Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Botak Sudah Anak Mama

First sekali, mama minta maaf yea sayang...
Mama yang nak gunting rambut tapi adha yang jadi mangsa.
Sorry tau..


Kejadian ni baru berlaku petang semalam.
Ayah adha la nak sangat gunting rambut adha.
Rambut adha kan kerinting jadi bila kering jadi macam nie:
Ha, bergumpal-gumpal. Kalo perempuan boleh ikat mcam mama coz rambut mama macam adha juga.
Letak minyak baru nampak rapi rambut adha.

Jadi disebabkan rambut adh adah nampak panjang suami pun bawa dia kedai gunting rambut belakang rumah je.
Ikutkan malas nak ikut biar suami je handle tapi adha tak nak ikut plak ayahnye semalam.
Jadi nak tak nak mama pun kena ikutla.


Ini la aksi adha. Taknak dia duduk atas kerusi tue. Nak turun je kejenye. Sampaikan kain yang balut dia terbuka. Mama kena pegang badan, india tue pegang kepala sambil mesin rambut adha.
Ini baru separuh mesin. Yang atas tu sayang je nak potong. ingatkan nak simpan jadi jambul tapi ayahnye tak bagila plak.

Dah nak siap. Tinggal repair sikit je lagi. Habis baju mama lekat rambut adha.

Masuk kete adha merajuk dengan mama. taknak pandang mama. Mama panggil pun tak nak. Bukan mamala nak gunting rambut adha. Ayah yang suruh. Huhu sedih tau. Tapikan bila tengok dia botak jadi kelakar. Umi senyum sorang-sorang. Serius nampak kelakar tengok anak botak.
Ini gambar masa tido. Kesian anak mama. Kena botak buat kali kedua.
Sebenarnye, umi nak suruh kedai tue potong buang rambut yang pusing-pusing je. Tapi sekali umi masuk(mama tengah gayut telefon masa suami bawa masuk adha dalam kedai), dia dah potong guna mesin tapak 2. Nak marah pun ada. Tapi nak buat macam mana kan. 
Kalo rambut adha tebal takdala nampak sangat kulit kepala. Tapi rambut adha ni jenis nipis. pastu sikit plak tu. Jadi, nampakla macam botak.
Takpe sayang lepas ni tunggu adha 2 tahun plak baru potong yea..

*** Bila rambut mama plak nak di potong.
*** Potong tak sampai 5 minit caj kena bayar Rm 5

2 ulasan:

AMIEROZIANA berkata...

takpe umi...lagi kerap kita cukur rambut dia lagi lebat nnt rambut dia naik...mcm anas dulu sebelum sy botakkan kepala dia rambut dia nipis jer...skang memang lebatlah rambut dia..

Mieja@Amiizaa2001 berkata...

comelnya bulu mata.....rambut nipis peberet abg ali jugak nie....:):)