Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Awas! Cerite Ini MenyeramKan...

Orang tua-tua cakap mata budak ni boleh nampak benda-benda halus yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar kite orang dewasa. Boleh percaya ke??? Terpulang pada hak individu itu sendiri untuk mempercayainye atau tidak. Tapi umi nak sharekan pengalaman umi yang baru berlaku malam tadi(fresh lagi la ni)..

Cerite dia begini yea...

Malam tadi dalam kul 8 malam adha dah tido. Macam biasa tido dalam buaian. Kadang-kadang umi tepuk je kat bawah. Oleh kerana umi telah mengalami kesakitan kaki semalam ayahnye yang henjut bagi tido dalam bauaian. Dalam kul 10 umi angkat adha masuk dalam bilik coz mata umi pun dah ngantuk jadi ingat nak tido terusla. Tapikan bila angkat je adha masuk dan letak je atas toto terus dia nangis macama di pukul. Dengan batuk makin kuat. Padahal sebelum tu takda plak dia batuk dah pun. Pujuk punya pujuk tak nak juga diam. Last2 dia bangun pergi kaco paksu dia tengok tv cite Seniman Bujang lapok.

Dalam kul 11 dia dah ngamuk nak tido balik. Bawa masuk bilik tutup lampu nak bagi dia tido. Dia nangis juga lagi. Macam kite pukul-pukul. Pastu menonggeng dengan muka tutup atas toto. Ada dalam 5 minit pujuk tak juga nak diam makin kuat nangisnye. Last2 angkat bawa kuar diam plak si adha ni. Geram plak rasanye. Dok asyik tengok tv dalam gelap tue, tengok-tengok adha dah tergolek tido sendiri atas tikar buloh. Tanpa bantal, dan alas apa2 kecuali tikar tue je. Umi dan suami biarkan sampaila dalam kul 2 pagi baru kiteorang decide nak masuk dalam bilik tido.

Bila dah angkat masuk bilik ingat dia boleh tidola. Tapi still nangis. Buka baju takut adha panas tak menjadi juga. Menangis juga tak berhenti. Bagi susu tak nak, tepuk pun taknak. Kalo ikutkan hati nak je babab peha dia yang debab tue. Geram rasnaye dengan kerenah dia malam tadi. Yea la kan kul 2 pagi angin takda apa takda tiba-tiba menangis. Dah 3 malam macam ni. Cuma malam tadi paling mencabar bagi umi dan suami.

Umi dan suami dah tak tahu nak wat macam mna. Nak kata adha ni tak tido dalam gelap mustahil coz selama ni kalo cerah tempat tu memang payahla dia nak tido. Dia lagi nak main adala. Pastu baru terfikir nak tukar pampers adha mungkin dah penuh(padahal baru je tukar kul 12 malam). Bila buka je lampu bilik tu automatik adha diam. Siap ambik susu sambung tido. Masa ni umi dan suami dah pandang lain. Ada dalam 10 minit kiteorang biarkan lampu bilik terpasang dan pastikan adha dah tido nyenyak baru kiteorang tutup balik lampu. Coz umi tak suka tido dalam cerah.

Tapi tak boleh coz adha bangun balik bila umi tutup lampu. Akhirnye, sampai pagi lampu bilik tue terpasang. Coz dengan cara tue la adha tido dengan nyenyak tanpa nangis.

Pagi tadi dalam kete berbual dengan suami pasala hal adha nangis:

Ummi : Abg tak pelik ke tengok adha nangis malam tadi...

Suami : Apa yang peliknye??

Ummi : Yea la masuk je bilik nangis. Bila dok luar elok plak dia tido walaupun kite tutup lampu. Padahal dalam bilik kite tutup lampu juga. Tapi dia nangis. Buka lampu elok plak dia tido...

Suami : Ada hantu kot. Kan mata budak ni boleh nampak segala benda halus.

Ummi :( Diam seribu bahasa.)




Gambar selingan je ni... Suka tengok gambar ni. adha buat muka cranky dia. coz suka maklang dia kepit...

*** Betulke adha kena ganggu dengan makhluk halus atau nampak sesuatu yang menakutkan dia...
*** Seramke citer umi ni???

2 ulasan:

Mieja@Amiizaa2001 berkata...

selalunya anak2 kecik kalau nampak benda2 halus tu bila mata mereka mcm awas jerk keatas...tgk atas mcm kat syiling/dinding mcm tu...ehhehehe tu pengalaman allysha+ali....kalau allysha dulu spontan dia kata ada hantu...:)

anakibu berkata...

salam...ermmm jika adha nagis lagi waktu mcm tue dlm bilik...amalkan ayat kerusi suruh hubby bc kan berkali2 hingga adha tenang...insyallah..

pengalaman...:anak pertama nagis mcm adha la dlm ...bilik ckp ader antu kat hujung dinding ...hubby ambil air tawar bacakan ayat kerusi 7 x ..simbah kat penjuru dingding..senyap danial..

tp hubby tak citer aper yg dia raser waktu tue....

kembar 3 ibu