Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Ingin Mencari Ketenangan.

Sunyi?
Tanpa n3 yang boleh mengisi blog ini.
Ntah kenapa.
Hari-hari bukak tapi tiada idea nak menulis.

Hanya kosong di kepala.
Kalau dahulu ada saje yang nak diceritakan..

Umi ingin mencari ketenangan sebentar.
Mana tahu ada cerita di awal tahun baru akan datang...

Jumaat

Apa Perasaan Korang Anak Korang di Bandingkan dengan Anak Orang Lain?

Umi ingat umi nak simpan tapi bila simpan hati umi sakit. Umi tak tau nak luahkan kat mana. Puas di simpan akhirnye semalam umi luahkan di Facebook dan hari ni umi nak luahkan di blog kesayangan umi.

Sebelum tue umi nak mintak maaf awal-awal kepada orang ini andai dia terbaca dan terasa. Umi takda niat nak menyakitkan hati anda. Just umi nak luahkan apa yang umi rasa.

Baru-baru ni umi bawak twin pergi klinik untuk timbang berat badan umur 9bulan. Waktu dok menunggu tu jumpala mak kepada kawan umi ni bawak cucu dia yang comel okey. Debab dan dah mula bertatih. Umur cucu dia ni tua sebulan je dari twin.

Memang berbeza beratnye dengan twin yang kecik macam mak dia. Yeala twin usia 9bulan baru berat 6kg sorang. Kami bersembangla. Makcik ni tanya bagi makan apa? Umi cakap macam-macam umi bagi makan. Bubur,nestum, biskut dan puree buah-buahan. Dia tanya lagi minum susu malam berapa kali. Umi cakap dalam 2 3 kali jugak.

Dalam dok tunggu nama di panggil, umi adala bagi twin minum air masak. Mungkin salah umi letak dalam botol panjang 9oz. Tapi tak penuh ye kawan-kawan setakat 60ml je. Botol je besar. Makcik ni nampak umi bagi tapi mungkin botol yang berisi susu tak nampak kot.

Habis je settle umi hantar anak-anak rumah pengasuh dan terus masuk keje. Tapikan keesokkan harinye kawan umi ni mari jumpa umi. Dia cerita apa yang mak dia cakapkan. Umi tak salahkan apa yang makcik tu cakap tapi sebagai ibu memang umi terasa.

Apa yang korang rasa bila makcik tu cakap dia kesian tengok anak umi kecik je berbanding dengan cucu dia yang comel dan debab tue? Bukan umi tak bagi makan. Bermacam-macam umi bagi. Cuma umi tak mampu nak bagi susu mahal macam saranan doktor untuk naikkan berat badan dia yang telah jatuh garisan kuning.

Salahkah umi bagi anak umi minum air masak. Sedangkan usia dia dah 9bulan? Umi tak bagi 1 botol panjang yang penuh cuma bagi sedikit sahaja. Dorang tengah batuk nurse sarankan minum air masak sedikit untuk hilangkan kahak.

Dia nampak ke umi tak letak minyak di badan anak umi sehinggakan anak umi dapat asma. Ya Allah, umi betul-betul tak salahkan makcik ini iaitu mak kawan umi. Umi hanya terasa apa yang dikatakannya.

Ibu mana tak sayang anak. Ibu mana tak mahu yang terbaik untuk anaknye. Umi dah cuba sebaik mungkin. Mungkin dah baka jenis kecik itu sebabla anak umi kecik kot. Lagi satu berat dorang masa lahir bukan macam berat bayi biasa yang 2.5 ke atas. Berat twin umi dalam 2.17 dan 1.93kg je. Nak naik banyak mana la sangat.Naik tiap-tiap bulan umi dah bersyukur sangat.

Kalau kawan-kawna yang kena apa perasaan korang...


Khamis

Tidak Mahu Hadiah Ke?

Umi dah umumkan senarai pemenang GA.
Tapi baru sorang yang beri respon..
Mana lagi 2.

Erm, tak nak hadiah ke?
Hadiah dah umi ready tapi pemenang masih tak beri alamat untuk dipos.

Umi bagi last minggu ni tau. 
Kalau masih takda umi akan wat cabutan lain.

Rabu

Alhamdulillah...

Blog akan di update seperti biasa...
Erm rinddunye kat korang...

Khamis

Kerenah Anak - Anak Di Tempat Orang Ramai


Alhamdulillah umi dikurniakan anak-anak yang senang dijaga dan senang bawak diri. Cuma di waktu kecil seperti kembar ni dorang dah kenal orang. Bukan sebarangan orang boleh pegang. Kalau tak tak sampai 5 minit dah mula menangis mencari mamanye.

Adha adalah paling senang membawak diri. Tidak kisah dengan sapa dia main. Umur beza  2 3 tahun dari dia pun, dia boleh buat kawan. Terutamanye budak-budak yang mengaji dengan mak umi. Memang kamcingla. Tapi satu hal jugak adha, kalau tak nampak umi takpe. Tapi kalau dan nampak umi tak boleh jauh sikit mulala memanggil mama. Pastu tanya orang, " Mama, ane?".


Si atiqah paling banyak akal hari tu. Atiqah baru lepas kena campak keladi. tengok muka dia masih kelihatan biji-biji halus. Kembar umi pakaikan carter je pagi tu. Cuaca kampung di tengah hari panas. Tambah pulak ramai orangkan.


Si adik aqilah, buat hal sendiri. Tapi janganla di ambik dukung orang lain. Confirm jebik mulut dia. Tambah pulak kalau mama dia tidak nampak depan mata. Dulu umi pernah buat N3 dimana twin tak suka dipegang twin lebih suka bebas di bawah. Inila buktinye. Bagi je barang dia main je. Janji jangan suka-suka angkat. Sampai orang ramai cakap senang maknye jaga kalau baik macam ni. Main sendiri je.


Lihatla mata adik baru lepas nangis bila di angkat oleh orang dia tak kenal. Ntahla kenapa. Anak-anak umi takut dengan orang. Kalau duduk 24 jam dengan umi takpela kot takut dengan orang. Ini tidak pagi dengan pengasuh malam baru dengan umi.


Adha dah makin bijak. Mulut pun dah makin petah. Pantang nampak mama pegang kamera ada aje aksi dia. Tapi payah nak senyum dan fokus kepada kamera. kena agah baru gelak.


Alhamdulillah bila dah makin lama di tempat orang kembar makin nak dengan orang yang dia nampak. Apa pun umi seronok bawak anak-anak di tempat orang ramai. Tapi janji macam rumahla. Coz twin bebas bermain di bawah. Kalau kat luar kena cari stroller baru senang nak bawak jalan.

Insyallah Rezeki Itu Ada...



Insyallah ada rezeki untuk umi gunakan untuk twin.
Mungkin minggu ni umi pergi ambik takpun minggu depan.
Second hand je. 
Tapi barang masih baru.
Seperti gambar di atas.

Rabu

Resepi Bubur Nasi + Puri Labu




Bahan-Bahan:


  • Beras yang di kisar separuh halus
  • Lobak dihiris halus
  • Labu (direbus dan di lenyek)
  • Air secukupnye.
Cara-Cara:

  • Masukkan beras sama air ke dalam periuk.
  • Masukkan sekali dengan lobak yang dihiris halus.
  • Biarkan ia masak seketika. Kalau nak lembik masukkan air secukupnye.
  • Bila dah siap, masukkan sedikit puri labu kedalam bubur nasi.
  • Siap untuk dihidangkan.

WW - Pengantin 2 Beradik

Adik berambut serabai baru bangun tido

PEMENANG GA SECOND BIRTHDAY ADHA


First sekali umi mohon maaf atas kelambatan cabutan undi di buat.
Umi terlalu bz dalam urusan family.
Mana anak tidak sihat lagi dan majlis kenduri mak saudara sendiri.

Second, umi mohon maaf cabutan terpaksa dibuat melalui sistem random.
Bukan kerana tukang cabut undi tidak sihat.
Tapi si tukang cabut undi tidak memberi kerjasama yang kurang baik.
Habis dibaling-balingnye kertas undi.
Siap gelak-gelak lagi.
Maka cabutan terpaksa dibuat melalui sistem random.

Jom kite tengok sapa yang kena?
Meh cepat.









No pertama adalah:









http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/11/sec0nd-birthday-adha-giveaway.html



No Kedua adalah:









http://mimiezalikhahouse.blogspot.com/2011/11/sec0nd-birthday-adha-giveaway.html

 No Ketiga adalah :


















http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/11/sec0nd-birthday-adha-giveaway.html



Noted: Kepada Pemenang Sila beritahu jantina anak jika pemenang dah kahwin dan mempunyai anak.. Yang masih bujang hadiah misteri menanti anda.

Selasa

Majlis Pertunangan & Persandingan Sepupu (part 1)

Hari ahad baru ni umi pulang ke kampun halaman di perak.Pukul 3 pagi hari sbatu baru sampai rumah mak.Mana taknye pukul 11 malam baru bertolak dari shah alam.

Umi pulang ke kampung kerana ada kenduri di rumah mak saudara umi. Dekat sangat dengan rumah mak umi. Jalan kaki 5 minit pun sampai. Majlis kenduri ni buat 2 majlis sekali. 
Pagi majlis pertunangan sepupu umi aka maklang adha. Petang majlis persandingan abang sepupu umi yang sulung.

Meriah sungguh kenduri kat sini. Memang happy. Makanan pun sedap. Tapi takda gambar coz dok dalam rumah je time kenduri. Panas, kesian anak-anak.



Inila maklang iaitu sepupu umi yang bertunang baru ni. Cantik tak? Baru umur 22 tahun ni. Kerja sebagai nurse kat PPUM.


Gambar bersama anak buah dia aka adha. Ops lupa nak bagi tahu. Adha ni umi dah hantar balik kampung dulu lepas baik demam hari tu. Dia balik dengan maklang dia nila.





Gambar mama dengan sepupu mama harusla ada. Rapat tau kami ni dari kecik lagi. Beza umur pun setahun je. 


Anak bujang ni dah pandai request tangkap gambar dia. Pandai ambik kamera sendiri tangkap. Adoila anak. Ikut perangai siapala nikan. 


Inila gambar hantaran dari pihak perempuan. Baju dan pelamin tema pink tapi hantaran tema purple. Huhu. Cantik jugak. Hantaran semua di buat oleh tukang tunang tu sendiri.



Alhamdulillah semua dah selamat, dah jadi tunang orang dah pun maklang ni. Time ni teringat pulak time umi bertunang. menggigil badan time nak sarung cinicin. Tangan menggelatar macam sejuk sangat. Hihihi.


Cantikkan pelamain dia? Pelamin ni ambik kat tempat sama dengan pelamin kahwin umi 3 tahun lepas. Sekarang lagi moden pelamin dia. Bermacam-macam fesyen.


Last sekali, semoga kekal ke perkahwinan. Selamat menempuh alam pertunangan.

Insyallah ada jodoh 1 tahun lagi, makan gulai la kite.

Campak Keladi

Jumaat baru-baru ni kakak telah di serang penyakit campak keladi.
Ntahla itula nama yang umi dapat bila mak, pengasuh dan orang office cakap.
Penuh satu badan dari muka sampai kaki.



Tengokla muka kakak yang kelihatan macam comot.
Kakak masa ni baru je lepas baik demam.
Malam jumaat tu dia tido dah macam gelisah.
Miang kot.
Pagi tu umi angkat nak nyusu terkejut penuh biji-biji merah.


Tengokla kat badan pun ada.
Merengek hanya Allah yang tahu.
Mujurla adik tak kena.
Tapi mengacau kakak lagi adala..


Ini gambar bahagian belakang.


Bila tengok kakak kena macam ni teringat isya anak mama ely pernah kena baru-baru ni.
Terus tanya kak ely ubat apa dia guna.


Kak elly cakap sapu air kelapa ataupun bagi minum.
Isya dapat ubat makan bila pergi klinik.
Tapi kakak dapat ubat sapu je.



Alhamdulillah hari sabtu dah makin hilang biji-biji merah kat badan.
Cuma kat muka je masih kelihatan sedikit.
Terima kasih kasih kak elly bagi petua tue.
Cuma kembar umi tak bagi minum air kelapa cuma sapu je kat badan.

Sabtu

Biar Murah Janji Anak Suka

Apa Yang Murah?

Begitu leka bermain lego.

Sampai ke bawah dia main.

Bermain bersama adik

Salah satu permainan kegemaran dia sekarang.

Happy!!!

Kusyuk mendengar.

Marah mama kacau.

Mainan anak-anak umi. Yes itula yang murah. Secara jujur umi katakan mainan paling mahal umi beli adalah kereta kesayangan adha yang dah tak mampu nak tampung berat dia sekarang. Dah bersagat tayar bila dia naik. Tempat duduk pun dah tercabut tapi still boleh pasang.


Kat atas adalah antara koleksi mainan dia. Sekarang dah menjadi permainan adik-adik jugak. Umi bukan jenis beli mainan tia-tiap kali keluar jalan. Umi tidak mahu ajar. Umi takut dia akan biasa bila umi selalu belikan. Ini terjadi pada anak kakak umi, IMAN.

bila tak belikan mengamuk di tempat awam. Itu umi tidak sukan. Umi beli bila umi rasa ia sesuai dengan anak-anak umi. kebanyakkan mainan adha berunsur pelajaran atau minda. Adha tak suka sangat robot atau patung. Dia lebih suka mainan yang berbunyi, boleh bergerak takpun yang boleh buat dia ralik.

Alhamdulillah, walaupun mainan yang tak berkualiti dari segi harga, anak-anak umi gembira bila bermain. Tak kisahla dia dah rosak ke atau tak. tetap dia main. 

Jadi tak kisahla mainan murah ke mahal, itu tak penting janji anak-anak happy. 

Jumaat

Berkongsi Apa Saja



Bermain bersama-sama.

Kongsi mainan yang sama.

Khamis

Xtvt Bersama Anak : Main Di Taman Kanak - Kanak

Alhamdulillah Ya Allah.
Sungguh tenang bila masa bersama anak-anak.
Sungguh gembira melihat anak gembira bermain di luar.

Sungguh umi cakap, dulu masa umi tidak pandai bawak kereta anak-anak hanya bermain di rumah.
Boleh katakan pintu rumah tu jarangla buka di hari cuti.
Berkurung saje dalam rumah.
Tapi nasib baikla anak-anak tidak meragam.
Main sendiri je.

Sejak dah pandai bawa kereta ni, rajin jugak melayan anak-anak bermain di taman.
Tidakla jauh mana pun.
Belakang kawasan perumahan umi je.
Taman kanak-kanak yang disediakan disitu je.

So, Tanamkan dalam jiwa:
Masa bersama anak-anak adalah yang paling baik.

Dah Pandai main sendiri

Dah tidak takut turun gelongsor

Makin ligat dia naik turun tangga untuk main gelongsor

Dah pandai buai sendiri.

Dah susah tengok kamera bila nak tangkap gambar
Noted: So, Tanamkan dalam jiwa:Masa bersama anak-anak adalah yang paling baik.

Rabu

Ini Yang Ku Mampu : Janji Anak Umi Happy

N3 luahan perasaan.
Andai tak sudi baca sila klik pangkah di atas.


Bila hari jadi anak tiba mesti ibu bapa yang excited kan? Mesti bermacam-macam bermain di pikiran. Nak beli hadiah apa? nak beli kek macam mana? Nak makan apa jamu orang? Nek decore macam majlis nanti? Dll..

Umi tak nafikan semua itu bermain di fikiran umi. Umi jugak nak gembirakan hati anak-anak. Terutamanye di hari manis dorang. Tapi umi sedar dengan masalah umi. Buat aje apa yang boleh janji anak umi gembira sudah.

Biarkanla tiada kek yang sedap, tiada jamuan makan, tiada hadiah yang mahal janji anak umi happy dengan apa yang umi berikan. Mungkin anak umi akan tahu kelak hanya ini yang mampu mama berikan.

Tatkala orang lain menyambut hari jadi di rumah, umi membawa adha berjalan. Di mana? Hanya meneman mama membeli barang di giant seksyen 13, shah alam. Sedih? Hati ibu mana tak sedih. Umi nak bawa jalan jauh umi tak berapa pandai jalan kat shah alam. Suami umi kena kerja. Biasala keje macam suami umi yang makan elaun outstation mana boleh cuti.


Alhamdulillah adha happy bila umi bawak jalan. Tak kisahla kat mana pun. Janji dia keluar jalan. Tapi hati mama yang sedih sayang.

Masa ni nak tengok cheff wan kat dalam giant sek 13

Muka checky.

Zoom dari jauh je coz ramai orang.


Dah habis shopping (barang makan anak-anak je), bagi dia main kat playgound dalam giant tue. Tapi dia main gelongsor yang rendah je. Yang lain semua tinggi. Adha macam tak seronok. Asyik terjerit  panggil mama.


Ingatkan nak bawak dia main air dekat wet world shah alam. Tapi memangdangkan badan dah mula dedar dan mood dah makin kelaut umi tak nak bawak dia pergi main air. Last-last ronda shah alam. 


Dah habis ronda dalam pukul 12 adha dah mengantuk. Adha akan tido paling awal 3 jam sekali waktu siang. Paling lama dia tahan dari pagi sampai pukul 4petang je. Pastu dia akan tido sendiri.


Ontheway nak balik rumah, terlintas nak singgah carrefour. Dekat sangat dengan rumah. Dalam tu ada permainan banyak jugak. Umi decide nak singgah bagi adha main puas-puas sebelum balik rumah dan ambik kembar kat rumah pengasuh.


Adha memang happy giler dalam carrefour. Sampai menjerit taknak balik.


Muka takut masa mula-mula naik.

Dah mula bersuara.

Dah seronok. Dah berhenti pandai pulak suruh masuk coin.

Main bowling.

Kusyuk tengok bola lalu.

Happy.

Umi bersyukur Ya Allah, hanya ini yang mampu ku beri untuk gembirakan anakku. Insyallah ada rezeki, mama akan sambut hari jadi sayang dengan adik-adik. Insyallah...