Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

1 Tahun 1 Bulan ~ Berkampung Di HTAR 3 hari 3 Malam




26 December 2010, genapla usia adha 1 tahun 1bulan. Tapikan adha terpaksa di tahan di wad kanak-kanak(pengasingan) Hospital Ampuan Rahimah Klang Jam 2300malam. Ini kerana adha telah mengalami demam, muntah, tak nak makan, kurang minum susu, dan cirit - birit lebih 10x dalam satu hari.

Kat atas adalah gambar adha waktu pagi hari pertama sewaktu di tahan di wad. Hati ibu mana yang tak sedih melihat anak yang lasak bermain, bergelak ketawa bila di agah tiba2 terbaring dengan wayar air di tangan dan tak boleh nak turun dr katil? Hanya mampu menangis je adha kerana tak boleh nak turun berjalan-jalan macam biasa.

Adha telah ditahan selama 3 hari dari malam isnin hingga petang semalam(29hbln). Demam adha jenis demam malam. Waktu siang dia suhu dia normal tapi bila masuk 8mlm keatas, suhu dia naik balik. Cirit-birit dia plak boleh katakan satu hari mesti lebih dr 10x. 3 hari duduk hospital hampir habis 1 bag pampers(50kpg). Muntah hanya 2x sehari. itupun mungkin kerana adha tak nak makan hanya harapkan susu itupun 5 botol je sehari. 1 botol nak dekat 2jam lebih baru habis.

Gambar tak banyak. Coz tiada mood sangat nak bergambar dalam hospital. Sedih melihat anak yang menangis dan terlentang je atas katil. Tapi alhamdulillah semalam adha dah baik dr demam dan muntah cuma berak je kerap lagi. Tapi doc benarkan balik dengan hanya berbekalkan air garam untuk adha minum.

To anak mama, cepat sembuh yea sayang...