Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Sekarang Meman Musim Dia Ek???

Dalam 2 3 hari ni banyak umi baca tentang kesihatan anak kawan-kawan. Maafla jika umi tak tinggalkan komen hanya menjadi silent rider je. Mungkin sekarang memang musim penyakit kot???  Kesihatan adha masa 10 bulan sampai nak masuk setahun hari tue alhamdulillah tak kena plak demam yang berlanjutan sampai 5 hari ke atas. Suka sangat. Tapikan dah masuk setahun ni, adha dah kena balik demam. Tapi yang jenis on off. Sekejap panas sekejap tak. Sebelah malam je dia panas kuat.

Dah 4 hari masuk hari ni adha demam dia kejap kebah kejap tak. Risau umi. Coz anak kakak umi "iman" masih kat hospital taiping coz dia kena demam macam adha la juga. Tapi iman ni putih orgnye bila time demam bukan nampak merah tapi kebiruan jadinye. Sekarang dah nak masuk 2 minggu iman berada di wad kanak2 hospital Taiping. Umi takut adha jadi macam iman. Risau hati seorang ibu yang tak boleh nak diceritakan.

Ini gambar malam tadi. Pukul 11.26malam. (abaikan bantal busuk ek). Masa ni badan adha memang panas sangat. Mata pejam tapi mulut still merengek. Cool fever yang kat kepala tu yang kedua umi letak coz yang pertama dah mula nak tertanggal coz kering dah gel dia. kebetulan malam tadi suami umi tiada dirumah gi outstation jadi umila yang membungkang kan mata sorang sampai pagi melayan adha yang merengek sampai ke pagi...

Malam ni kalo adha demam lagi umi nak bawa ke hospital Klang terus. Coz tadi kol pengasuh adha dah 2 kali muntah. Sebelum hantar rumah pengasuh adha dah muntak 2 kali kat rumah. Malam tadi pun sama. habis toto kena muntah adha. Kepada kawan-kawan doakan supaya kesihatan adha cepat sembuh yea...

*** datang kerja dengan hati yang penuh dengan kerisauan...