Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Checkup Umur Adha 1 Tahun...

Hari ni umi gi klinik seksyen 7, Shah Alam untuk melengkapkan cucuk imunisasi(betul ke?) adha. Seperti yang di jangka kan adha memang akan buat rondaan di dalam klinik. Almaklumla dah boleh kaki, semua dia nak terjah. Tak kira la dalam bilik nurse ke, bilik cucuk ke semua dia nak gi. Mujurla si suami teman kalo tak patah pinggang mama di buatnye.

Alhamdulillah, berat adha bertambah menjadi 10.3kg. Tinggi plak 78cm. BMI umi lupala... Semuanya ok. Kali ni gi timbang tak payah nak buka baju and segalanye. Bagi berdiri je atas mesin timbang tue, sama juga nak ambik tinggi. Kalo dulu kesian adha kena bogel.

Bab nak cucuk yang payah sikit. Ingatkan kena cucuk kat peha bila cucuk setahun. Tapi tak dah. Kali ni cucuk kat bahu. Umi bagi bahu kanan untuk adha di cucuk. Bab nak cucuk ni, Adha meronta coz tak nak dipegang. Habis mama dia tolak. Huhu kuat sungguh tenaga si anak teruna ni. Sampaikan nurse kena tolong pegang kaki supaya tak tendang. Habis cucuk idak plak dia nak nagis. Ngada2 plak adha ni tau. Habis orang tengok dia meraung.

Next checkup adalah 28 haribulan 5 2011, untuk checkup 1 tahun 6 bulan. Ini mungkin akan umi buat kat kampung. Coz umi dalam pantang. Nenek dia la kena bawa gi cucuk. Mama kena jaga baby ye sayang. Ini ajela yang umi dapat ceritakan tentang checkup adha kali ni. Sorry takda gambar coz adha asyik berjalan-jalan jadi kemera dok dalam bag.