Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

“SHOW YOUR TEETH BABY!” CONTEST 2010!

Jom Kawan- Kawan kite pakat ramai-ramai join contest ni. Masih belum terlewat untuk kite pakat join.
Nak tahu syarat-syaratnye klik je

Nama Baby ; Muhammad Dzal Adha
Umur : 1 Tahun
Hobby Baby : Bermain kereta, dan berjalan-jalan
Berapa batang gigi : 7 Batang (4 atas 3 bawah)

Kali nak tahu lebih lanjut ye klik je link kat bawah nie.
Good Luck!!!

Sambutan Yang Sederhana Aje

Alhamdulillah tanggal 26 November telah kembali lagi minggu lepas. Tarikh inila yang telah memberikan beribu banyak makna dalam hidup umi dengan suami. Pada tarikh tersebut lahir satu nyawa yang umi kendong selama 37 minggu. Itula hadian paling bermakna dalam hidup umi serta keluarga.

26 November kali ni jatuh hari jumaat. Genapla usia adha 1 tahun. Alhamdulillah umi ucapkan kepada Allah taala dengan rezeki dan kurnian yang diberikan. Adha anak yang baik bagi umi walaupun kadang kala perangainye yang lasak memenatkan umi yang tak berapa larat dah sekarang. Tapi umi bersyukur kerana Adha dah jarang kena demam or sakit seperti dahulu.

Sambutan hari jadi Adha yang pertama di buat di kampung umi di Perak. Segala berjalan lancar hanya tiada kakak dan anaknye je. Memang terasa sunyi. Kakak ada kat hospital masa majlis berlangsung coz anak kakak umi di tahan di ward akibat demam yang tak kebah2(kata org perak).

Segala persiapan majlis hanya dibuat dalam suasana sedrhana. Tak ramai jemputan pun. Hanya kanak- kanak yang memeriahkan majlis ini. Kat kg ramai kanak-kanak berbanding sekitar rumah umi. Segala masakan mak umi yang buat. Umi dah tak begitu larat sekarang nie. Kalo duduk lama2 nak bangun sakit sangat. Tambah kalo tido ngiring lagila. Mujurla mak memahami anaknye. Ty mak.









Inila kek yang tak ditempah pun. Gi beli yang siap je kat kedai. Tak sempat nak tempah2. Kek yang kecik je.


Antara makanan yang disediakan. Tak banyak pun. Just ada kentang goreng, bihun goreng, nugget, kek gulung, air oren dan ada 2 jenis lagi tapi dah lupa namanye.
Bifday boy bergambar bersama ayah dan mama. Adha terpaksa dipegang coz dia nak pergi pegang kek tue. Tapi bila bergambar dengan mama sempat lagi tangannye capai kek. Habis baju dia sapu.

Ni plak antara tetamu yang datang. tak sangka ramai juga budak petang tue coz ada rewang berdekatan dengan rumah umi. Selalunye kalo kat kg umi ada rewang budak2 mesti pergi sana. Penuh rumah umi petang tue. Almaklum la rumah kecik je jadi berhimpit dorang duduk.

Tak banyak gambar yang ditangkap. Coz kamera bg suami pegang jadi dia banyak pegang dr tangkap gambar. Umi dah penat masa ni. Rasa nak masuk baring coz Adha nak gi mengacau orang makan. Dah dapat kaki duduk pun tak nak. Habis je majlis nie kiteorang sekeluarga pergi ke hospital tengok kakak dan anaknye. Memang penat. Malam baru boleh baring. Tapi seronok.

*** Esok gi cucuk adha setahun..