Sedar tak sedar dah setahu pun berlalu. Kegembiraan yang umi dapat pada tarikh ni masih tak dapat diceritakan dengan kata-kata. Kerana tarikh ini juga umi kempunan nak makan ketupat sama gulai daging air tangan bonda tercinta. Kerana tarikh inila umi terpaksa beraya haji atas katil.
9 Zulhijah dalah hari dimana umat islam di malaysia tengah sibuk membuat ketupat, lemang, nasi impik, rendang dan mcam2 lagi makanan untuk di jamu di pagi raya haji aku dok tengah sibuk bertungkus lumus bertarung nyawa di atas katil. Kenangan sehari sebelum hari raya yang takkan ku lupakan.
Inila hadiah yang hadir dalam hidupku pada tarikh yang betul2 istimewa buat suamiku dan diriku sendiri.
Tak sabar nak beraya dengan mama and ayah. Keluar awal dari tarikh yang sepatutnye. Ingin melihat dunia lebih awal.
Ketika usia 2jam. Hilang rasa sakit yang ditanggung bila melihat wajah bayi yang bersih. Sayu rasanya.
Ketika usia sebulan. Berat dah mencecah 4.2kg. Pipi dah labuh.
Gambar yang terkini. Dah nak cecah setahun minggu depan(ikut calender omputih). Kalo ikut kalendar islam hari dah setahun.
Sekejap je kan masa berlalu. Dah kira setahun dah usia anak teruna umi. Bakal menjadi abang dikala usia 1 tahun 4 bulan. Adha anak yang tidak banyak ragam bagi umi. Cuma semalam dan hari ni dia mengalami demam berjangkit dr umi sendiri. Harap Adha cepat sembuh coz minggu depan nak balik kampung sambut hari jadi kat rumah bonda tercinta.
*** smlm gi scan perut coz baby kurang aktif akibat dari umi demam 4 hari. doc situ cakap bakal kembar adalah baby boy. Mana satu betul? Girl or Boy???? Biarla yang penting baby mama sihat.