Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Bukan 1 tapi 2 akan ku terima

Update check up 14 Minggu:

Semuanye normal kecuali baby...

Siapa sangka selama ni tiap bulan-bulan tidak nampak pun. Hanya satu jantung aje yang nampak. Tapi gi checkup kali ni keputusan yang amat memeranjatkan diriku dan suami. Apa yang kelihatan di scrin kali ni amat berbeza dengan apa yang klihatan masa checkup 10 minggu. Hari tu nampak satu nyawa kali ini dua. Di manakah ia sembunyi selama ini???

Dalam sejarah keluarga ku ada mempunyai keturunan kembar itupun sebelah nenek ku. Tapi tidak kusangka aku akan membawa kembali sejarah kelahiran kembar dalam keluarga. Mula-mula mendapat berita ini aku masih tak percaya. Sampaikan nak dekat 20 minit doc dok scan perutku. Akhirnye aku menerima dengan hati gembira. Aku akan mendapat 2 cahaya mata sekali bersalin tahun hadapan. Doc buat satu surat untuk aku pergi jumpa doktor pakar terus kerana kehamilan kembar merlukan perhatian yang teliti.

22 haribulan aku telah pergi melaporkan diri di klinik sek 7 and terus membuat buku merah. Aku dihantar untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan darah. Dalam part ambik darah ni paling mengerikan. 3 kali ambik baru dapat. Sampaikan tangan ku lebam kesan cucuk. Habis je ambik darah, bincang dengan doktor and kena ambik appoiment 2 minggu sekali kena datang klinik. Ingatkan itu je rupanya mengandung anak kembar berisiko mendapat kencing manis. Jadinye aku kena datang pada 24 haribulan (jumaat) untuk minum air gula.(nantikan umi ceritakan kenangan first time minum air gula)..

Perbezaan kehamilan kali ini adalah ;

  1. Badan mudah penat
  2. Parut rasa lebih besar dari ngandungkan adha
  3. Kuat makan
  4. Emosi kerap terganggu
Apa2 pun umi amat gembira bila mendapat tahu diri hamilkan anak kembar. Kepada sape2 yang ada pengalaman hamilkan anak kembar sila kongsikan yea. Umi masih baru dalah kehamilan kembar..