Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Adha dah 9 bulan 4 hari..

Alhamdulillah umi ucapkan kepada Tuhan yang Maha Esa. Zuriat yang Allah berikan pada 26 November 2009 kini sudah berusia 9 bulan 4 hari. Seorang anak yang susah nak meragam kecuali tidak sihat, seorang anak yang makin ligat sampai mamanye penat. Begitu cepat waktu berlalu, kini anak teruna umi dah hampir menjadi sorang kanak-kanak.

Raya tahun ini lebih bermakna, mesti seronok tengok keletah adha nanti. Tahun lepas raya membawa perut yang sarat. Tahun ni membawa anak kecil yang "lasak" dan tak reti nak duduk diam habis semua nak di kenjahnye...

Persiapan raya, alhamdulillah dah hampir selesai. Baju raya adha dan mama semua dah lengkap.Baju raya adah dah ada 4 pasang termasuk baju melayu. Cukup dah kot rasanye. Dalam almari banyak lagi bju yang masih cantik dan jarang adha pakai.. Kasut ada 2pasang, stoking 3pasang. Mamnye pulak baju kurung saje 5 pasang(banyakkan).. Tapi kasut je belum beli lagi. Tak sempatla. Coz masa shopping baju adha, dia dah meragam nak tido. Banyak-banyak baju raya, baju raya sang suami je belum beli lagi. Insyallah esok kami gi cari..


Inila dia budak yang sangat lasak. Sekarang kalo letak adha dalam stroller confirm dia berdiri punya. Tu la jarang dah pakai stroller. Masa balik kampung jumaat lepas, habis bawah meja dia masuk. Dahla masuk bawah meja pastu berdiri plak. Ayahnye nak tukar tikar getah pun payah.


 Ini plak gambar mencuba baju raya. Sangat2 comel tengok dia pakai baju raya yang di beli oleh mama. Baju melayu makngah(aka kakak umi) yang sponser. Coz family umi kat perak tema biru tahun nie.. Ty makngah..

Perkembangan adha bila dah umur 9 bulan ni;

  • Dah mula nak duduk
  • Keje nak memanjat je
  • Dah merangkak
  • Suka membebel
  • kuat makan
  • bila nak pakai baju/ pampers berperang dulu dengan mama
  • suka menggigit
  • Dah ada gigi 2 batang..(yang atas baru nak tumbuh)

CONTEST MaMa3H: Si Comel Manis Berbaju Kurung / Berbaju Melayu

Nak tahu syarat lebih lanjut klik

To pihak penganjur sorry penyertaan last minute coz baju raya baru balik ambik kat kampung. Harap diterima yea...

Gambar yang saya pertaruhkan adalah :

Nama Anak : Muhammad Dzal Adha Bin Muhammad Hasry
Umur : 9 Bulan