Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Moment With New Born Contest


Jom kite ramai-ramai pakat join contest ni yang di anjurakan oleh kak allyani.
Kalo tak silap umi ni contest pertama yang di anjurkan oleh kak allyani.
Nak tahu syarat-syaratnye klik SINI.

Jadi gambar yang umi pertaruhkan adalah:

Nama Bayi : Muhammad Dzal Adha Muhammad Hasry
Tarikh Lahir : 26 November 2010
Berat Ketika Lahir : 2.83kg
Waktu gambar di tangkap : selepas keluar dari bilik bersalik
Nama Ibu : Ummi Kalthum Binti Mohd Nasir
Cerite disebalik gambar:
To kak allyani, ini adalah gambar yang tak diedit. Gambar ni umi tangkap selepas umi keluar dari bilik bersalin. Masa ni mak and suami dah ada. Umi tangkap gambar curi2 coz mak bising. Bila dapat je tengok adha yang umi kandung selama 9 bulan 10 hari umi sedih bercampur gembira. Inila rupa anak yang umi kendong kemana2 umi pergi sampai umi bersalin. Adha lahir awal 3 minggu dari tarikh jangkaannye. Umi sekeluarga terpaksa beraya haji di hospital klang. kempunan Umi nak makan ketupat sama gulai daging. Sekarang adha dah nak masuk 9 bulan, alhamdulillah dah makin bijak. Dah ada gigi 2 batang and insyallah akan mendapat adik tahun hadapan.

Minggu Depan dah 9 Bulan..

Kenapala bila masuk je bulan ramadhan malas benar rasanye nak menupdate blog. Bukannye takda cerite yang nak di tulis cuma takda mood nak berblogging. Tambah lagi morning sickeness yang sekejap datang waktu pagi sekejap datang waktu malam...

Berbalik pada tajuk kat atas, minggu depan 26 August 2010 adha dah genap 9 bulan. Ya Allah cepatnye  masa berlalu. Tahun lepas masa bulan puasa adha masih dalam kandungan umi. Baru nak masuk 7 bulan. Seronok rasanye melihat keletahnye sekarang yang dah nak mula nak menegur, bercakap(bahasa adha),merangkak and dah nak mula berdiri.

Sepanjang bulan ramadhan ni alhamdulillah adha tidak mengganggu umi dan suami berbuka or bersahur. Cuma time masak je mesti dia nak ikut gi dapur. Tak bawa confirm nangis. Letak dalam walker habis besen dia tarik. Waktu bersahur adha tido dengan nyenyak sekali. Alhamdulillah umi dikurniakan anak yang tidak kuat meragam cuma time dia tak sihat aje adha buat hal.

Adha suka sangat masuk kat dalam kawasan buai, and berpaut kat besi tu. kalo jatuh kan sakit.

Ni gambar adha suka, bila dia berjaya berdiri kat sofa.. Memang adha akan berdiri kalo ayah or mama ada atas kerusi adha ada kat bawah. Pastu nak duduk balik tak pandai nangis. Tak pun lepas tangan jatuh sendiri. Nampak tak putih kat gusi bawah adha. Gigi dah ada 2 batang. ni gamabr lama. masih tak jelas tapi sekarang dah nampak jelas...


Yang atas tu gambar pagi tadi. Nyenyak je tido. Takda nak bangun2 walaupun mama takda kat sebelah. Masa ni umi nak kejutkan suami bangun bersahur. Gambar yang bawah tu plak gambar malam selepas dia tido. adha malam dah tak nak tido dalam buai. Nak tido bawah. Bila tido bawah confirmla nak berkepit dengan mamanye. Lepas je berbuka pose adha dah nak tido.

*** Sejak accident baru2 nie perut umi kerap sakit. Mudah-mudahan kandungan umi selamat..