Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Musim Demam..

Ini gambar hari first adha demam. Still aktif. Tapi mama still tak larat nak bangun. sejak eksiden hari tu umi  umi still rasa sakit di bawah perut. Gambar kat atas tue pada hari jumaat.

Tepat jam 10 malam adha dah mula panas badan. Umi bagi makan alhamdulillah susut panas badannye. Tapi tengah malam kerap adha bangun. Umi sendiri tido2 ayam2 je. Adha ni satu je perangainye, kalo demam tak nak dengan ayahnye. Dalam kesakitan umi rela bangun. Biarla kite sakit janji jangan anak sakit.

Umi sangkakan demam biasa rupanye bukan. Masuk hari kedua demam adha makin tinggi. Cecah 40'C. Dengan kerap muntahnye, tak nak makan dan hanya harapkan susu je itupun payah nak habiskan 6oz. Kalo habis pun pasti akan muntah kembali. Umi terus gi Hospital Klang bawa adha gi check. Dari kul 10 malm sampai hingga kul 3 pagi baru boleh jumpa doktor. Adha dah sampai takda suara menangis penat menunggu lama.(Nanti umi ceritekan insiden di HTAR)

Hari ketiga adha demam still tak kebah. Makin tinggi. Pagi semalam saje 6 kali dia muntah. Umi nekad ajak suami sekali lagi gi sek7 (klinik kerajaan). Kat sini doktor ambik darah adha dan bagi surat untuk masuk hospital coz adha muntah banyak kali dan adha dah takda energy. Kul 10 pagi umi bertolak dengan suami ke hospital dengan bag baju. Ingatkan sampai boleh terus jumpa doktor sebab dah bawa surat suruh tahan wad. Tapi tidak. Kena tunggu. Dari kul 10 pagi sampaila kul 3 petang baru boleh jumpa doktor untuk pengesahan masuk wad. Ingatkan kena tahan tapi doc tue cakap anak awak tak perlu tahan coz dia boleh minum susu lagi walaupun suhu badannye tinggi. Balik bagi makan ubat anti influrnza coz adha batuk, demam dan selsema. Nak marah pun ada. Penat menunggu last2 suruh balik.

(Gambar masa tunggu nak jumpa doktor)

Alhamdulillah balik dari hospital buat kali kedua panas badan adha makin kurang. cuma batuk aje belum. Kesian tengok adha coz nampak cengkung. Confirm berat badan adha turun. Adha still tak nak makan. Susu je dia nak. Itupun still muntah. Kalo still muntah umi nekad nak bawa gi klinik swasta nak tanya doc mcm mna plak..

Pengalaman Lalu kini Kembali..

Tidak aku sangka aku akan mengalami nasib serupa separti aku mengandungkan adha dahulu. Tidak jauh beza sangat. Minggu lepas adalah hari mencabar bagi diriku. Penat, sakit, letih and hampir putus asa dengan hidup. Mujur bila tengok muka adha kekuatan aku kembali walaupun dalam kesakitan.

Dahulu ketika di awal kehamilan adha aku mengalami insiden di mana umi telah diragut ketika menunggang motorsikal. Alhamdulillah umi tidak cedera. Cuma umi kehilangan gelang tangan yang hanya sempat pakai selama 2 bulan dan umi rasa dah tak mampu nak beli lagi. Mengandung kali ini insiden sama tetap berlaku. Cuma bukan umi kena ragut tapi kena langgar. Dulu umi tiada alami pendarahan kali ni umi alaminye.

Hanya tuhan je tahu betapa sakitnye bila kena. Coz umi jatuh terduduk. Dahla sakit kereta tu plak dah jauh baru berhenti. Lagi satu umi plak yang dipersalahkan padahal memang sah dia yang salah coz dia belakang umi tiba pintas and terus nak masuk simpang. Dia cakap umi tak nampak ke di bagi signal. Dah memang sahla tak nampak coz ko dok belakang aku. Aku dah dok tepi nak masuk simpang and ko plak pintas aku. Malas nak panjang lebar coz badan pun sakit umi biarkan.

Balik rumah cerite kat suami, memang suami umi angin. Tapi umi kata orang tu pun dah takda. Tapi number kereta umi ambik. Cuma report je umi tak buat. Coz dah taktahan sakit. Masuk bilik air tengok ada pendarahan sedikit. Ya Allah hanya tuhan je tahu betapa risaunye hati umi. Umi ajak suami gi klinik terus untuk scan baby takut apa2 terjadi. Alhamdulillah kandungan umi selamat. Walaupun ada pendarahan. Cuma Docktor bagi MC suruh rehat.

Tapi bagi umi takda maknanye nak rehat. Adha demam panas start hari khamis. Nantikan N3 adha demam selepas ini...

*** Umi still rasa sakit di bawah perut. 24 ni gi repeat scan...