Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Tepat Benar Jangkaan Ku..



Ramai orang cakap naluri seorang ibu itu lebih tepat. Macam umi pregnantkan adha dulu... Bila period tak datang 5 hari umi dah rasa ada benda dalam perut. Seminggu sebelum tu umi dah agak coz t***k umi sakit gi check doc cakap takda lagi. Datang seminggu kemudian confirm Pregnant..

Begitu juga masa nak bersalinkan Adha. Dalam naluri umi, umi sering berkata2 anak umi macam akan bersalin pada raya haji. Takpun umi beraya dalam hospital. Tapi suami menyangkalnye coz tarikh jangkaan bulan 12. Kalo seorang ibu cakap yang itu. itula yang jadi. Memang umi beraya dalam hospital. Coz sehari sebelum raya umi dah bersalinkan Adha.

Kali ni umi tetap ada perasaan yang sama. Minggu lepas umi sakit kepala yang teruk. Nak pegang Adha sampai menggigil badan. Umi MC 3 hari. Gi check doc cakap tekanan darah umi rendah. Itu normal. Coz umi sama macam Mak umi. Orang kurus kerap dapat tekanan darah rendah. Buka itu je umi juga alami elrgic kulit yang umi tak pernah kena. Umi pun pelik kenapa dengan umi dalam 2 minggu ni.. Naluri umi mengatakan diriku pregnant lagi. Tapi dalam hati umi bermohon jangan la buat masa ni coz adha masih kecil. Umi rasa mahu bagi sepenuh perhatian dengannnye. Tapi kalo dah rezeki umi terima dengan seadanye..

Semala untuk menyenangkan hati umi, umi ajak suami gi farmasi untuk beli alat uji kehamilan. Umi beli alat yang harga 10 rgt satu. Suami umi cakap, janganla sangkut coz adha masih kecil. Umi ckap sesungguhnye rezeki anak itu ada. Ank itu rezeki dari Allah. Alhamdulillah suami umi faham. Balik je dari beli alat tue. Umi tak melenggahkan lagi masa terus umi gi toilet. Umi terkejut sangat2 dengan keputusan tue. Umi confius. Umi puas memikir. Umi rasa bersalah. Semua perasaan umi bercampur baur. Umi keluar dari toilet umi duduk di sofa sambil memikir..

Oleh kerana umi tak puas hati dengan keputusan umi terima umi ajak suami gi klinik. Untuk buat scan. Sampai klinik, kena buat sekali lagi urine test. Bila buat jawapan yang sama tetap umi dapat. Umi masuk jumpa doc, Doc buat scan tapi masih kosong. Umi bincangkan delima umi kepadnye. Ini first time yea doc bg nasihat. " Kalo betul u rasa kandungan ni membebankan u, u boleh buang. Tapi jangan pergi hospital melayu. Masa i kat JB ramai pateint i buang dekat hospital cina or india. Harga 500..' Inila kata2 Doc yang umi terima. Umi tak kata umi nak buang kandungan umi. Umi cuma cakap umi rasa terlalu awal untuk pregnant sekali lagi.

Umi kuar dari  bilik doc and ceritakan pada suami apa yang Doc itu cakapkan. Suami umi terkejut. Umi takkan lakukakan. Tak pernah ada niat itu dalam hati umi. Umi kol tanya mak. Mak umi cakap itu rezeki dari Allah. Jangan dengar apa yang Doc cakap. Ingat bukan senang nak dpat seorang cahaya mata. Ada orang tunggu bertahun2 masih belum dikurniakan cahata mata. Alhamdulillah umi tidak terpengaruh oleh cakap2 Doc.

Kalo ikutkan tarikh jangka bersalin umi ialah 25 March 2011. Kalo betul tarikh tu adha dah berumur 1 tahun 4 bulan. Ya Allah umi bersyukur atas kurniaan mu Ya Allah...


Tak nampak plak...


Meh kite tengok yang lebih jelas.

Nampakkan. Naik 2 line. Yang atas tu umi uji masa umi gi klinik. tak sampai 5 saat terus naik 2 line..Yang bawah tu umi uji kat rumah. sama juga letak je air kencing terus naik 2 line.

*** Alhamdulillah adha tak meragam. Adha anak yang baik...