Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

AdHa daH DaPaT "KaKi" BaRu

Selalunye bila kite sebut je budak dah dapat "kaki" mesti orang ingatkan budak tu dah boleh berjalan.
Kalo betul la tajuk kat atas tu alhamdulillah umi rasakan. Tapikan ada ke budak umur 7 bulan dah boleh berjalan???
Paling awal yang umi dengar umur 9 bulan ke atas. 7 bulan ke bawah takdala plak umi pernah dengar..


Eh, dah lari tajuk ek..
Adha masih tak boleh berjalan cuma adha dah boleh berdiri itupun kalo dia berpaut pada sesuatu. Alhamdulillah adha sedang belajar merangkak sekarang nie. Mungkin kerana berat badannye yang semangat sekarang ni mungkin lambat sikitla dia merangkak.
Maksud dapat Kaki baru kat atas tu adala "Walker". Adha dah duduk dalam walker. Siap berlari lagi. Penat mengejarnye. Dah jarang dah letak bagi menjulur kat bawah. Bukan apa senang nak masak kalo biar dok dalam walker nie..
Tapi satu hal la plak, bila dok dalam walker nie habis semua benda nak tarik.. Umi takut dia tarik wayar elektrik je. Satu lagi TV. Tv rumah umi letak rendah je. Itupun dia nak gi sambar je. Adha owh adha...
Muka happy bila biarkan dia bebas main..

Terkejut ayah marah dia.. sebab nak gi kat tv belakang dia...


Comel tak saya unty semua...

Tengok tue walaupun dah tahan dengan kusyen tetap di nak gi kat tv... Pintu rumah kena tutup kalo adha dalam walker kalo tak lepas kat luar la jap lagi...

MaMa dah Ada Pemain BoLa sEpaK Kat Rumah...

Sejak adha dah pandai menjulur ni rumah dah tak payah sapu dah. Confirm bersih. Pantang letak je confirm habis satu rumah dia pusing.
Baru2 ni giant adala nampak bola. Bila gi je kat situ adha terus nak gi ambik bola. Duduk pun tak diam masa dukungnye,.. Dah la badan semangat. Maknye kurus. Bergoyong jugala maknye...
Tapikan Bola tu besar la plak dari adha... Main jela.. Janji bola...
Bila dah ada bola dok kejar bola la plak bila dalam rumah.
Kesian tengok adha menjulur kejarkan bola.
Takpe sayang janji badan sihat coz mengeluarkan peluh...
Tengok tue nak pegan bola pun tak sampai. Bola besar dar Adha. Excited punya pasal ayah nya beli baju bola. Ayah dia cakap baru nampak macam pemain bola cara menjulur..
Eh, mama bola dah bergerak la..
Kesian anak mama sampai ternganga mulutnye mengejar bola.

Yang ni plak umi terpaksa letak bola dalam kawasan besi buaian coz kesian tengok dia terkejar bola tue..
Letak dalam tu takdala bola tu lari jauh.. Tapikan Adha tak suka dia tolak balik bola tu keluar..
Cerdik sungguh dia..