Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Pengasuh Lagi!!!!

Ini lagi sakit hati..
Umi baru dapat berita baru mengenai pengasuh anak umi.
Maklumat ni umi terima dari anak dia sendiri.
Dia merayu kalo boleh please tukar pengasuh kerana dia tak tahan tengok cara mak dia ngasuh anak umi.
Nak tahu kenapa??? Baca kat bawah...

  • Bagi makan nestum dalam botol sedangkan umi ada bagi mangkuk untuk suap nestum. Untuk makluman kawan2 umi tak biarkan dia buat bubur nasi guna berasnye tapi umi hantar beras sendiri takut nyusahkan "DIA"..
  • Biarkan adha main sendiri tanpa pengawasan. Nak tahu pengasuh buat apa???
    "tido"
  • Biarkan anak umi hisap susu sendiri didalam buaian tanpa pengawasan. Sampai satu tahap umi gi ambik adha dalam keadaan basah dengan susu.
  • Tidak peduli kalo adha menangis. Hanya biarkan dia senyap sendiri sampai letih.
  • Biarkan cucunye yang berumur 10 tahun and 6 tahun yang jaga jikalau dia keluar dari rumah.
  • Tidak pedulikan apa yang terjadi pada adha.(umi pernah cerite dalam N3 yang lepas)
  • Susu buat bukan ikut sukatan. sepatutnye 6oz tapi dah jadi 8oz...
Banyak lagi yang umi nak cerite tentang apa yang anak dia ngadu tapi umi tak sanggup. Dulu umi bersabar lagi. Tapi kali ni umi rasa anak umi teraniya. Patutla asal umi ambk adha dia macam lapar. Rupanya dia tak kenyang coz bagi makan dalam botol. Pastu cair..
Ya Allah.
Insyallah umi akan tukarkan pengasuh adha dalam bulan nie... Paling lewat bulan depan...


*** Berat Adha dah 8.4 kg.. Ini umi ambik masa timbang 3 hari lepas...

Dalam Delima...

Umi sayang sangat nak tinggalkan tempt keje sekarang..
Dah 2 tahun umi keje kat sini walaupun banyak dugaan yang umi rasa umi dapat..
Alhamdulillah umi tetap duduk sini.
Tapi baru-baru ni umi ada pegi satu interview satu tempat untuk jawatan kerani.
Umi tak letak 100% untuk kerja tue coz terlalu banyak orang datang interview..
Tapi alhamdulillah semalam umi terima panggilan dari syarikat tersebut memaklumkan umi dapat kerja tue..
Walaupun gaji yang ditawarkan tinggi sedikit dari sini umi tetap dalam delima.
Nak terima atau tidak.
Umi masih belum berikan keputusan kat syarikat tersebut.
Lagipun dia tahu, untuk berhenti di mana2 tempat kerja perlu diberi notis selama 1 bulan...
Syarikat tersebut tidak kisah bila umi nak masuk.


Umi tanya suami dia suruh accept coz satu hala dengan tempat keje dia.
Tapi yang tak best hari sabtu kena kerja halfday..
Kalo kat sini 5 hari satu minggu.
Ntahla. Dari semalam umi memikir tapi masih belum temui jawapan..
Boleh tak kawan2 bagi pendapat kepada umi apa perlu umi buat.
Berhenti kerja sini @ terima jawatan yang baru di syarikat lain???
TOLONG!!!! hapuskanla delima ini dari umi...


*** Harap apa yang umi tulis takda lagi nak timbulkan isu...