Hari yang memenatkan minggu lepas. Sibuk dekat office dengan panggilan keluar masuk dan pengambilan staff baru lagi and satu lagi Majlis Aqiqah anak umi pada hari sabtu. Penatnye...
1 Mei 2010, adha telah selamat di aqiqahkan di kampung ayah mertua umi di kelantan. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun memenatkan. Layan je la gambar kat bawah coz umi hari ni office tengah pindah barang untuk ke office baru...
Ni gambar hari pertama sampai kampung. Rumah ayah mertua umi ni banyak binatang yang dia pelihara. Salah satunye kera dan monyet. gambar kat atas tue kera. Kera ni jinak sangat and tak boleh tengok budak kecik dia nak pegang. Pastu kera ni buat bunyi bila nampak budak... Oleh kerana umi takut maka umi dok jauhla tengok. Abaikan gambar umi yang tak bermekap tu...
Ini la gambar kambing yang nak di korbankan. Besarnye kambing ni. Umi suka tengok tanduk dia yang panjang tu.
Gambar ni masa proses sembelih. Umi tengok dari jauh je. Takut... suami pun sebenarnye takut tengok darah. Dia pegang tali je pastu masa proses sembelih dia dah lari... Pening katanye..
Ini plak proses melapah kambing. Semua yang dok melapah ni ahli keluarga ayah. Ada abang ipar, adik, and sepupu..
Tema anak beranak adalah merah. Tapi baju umi tak nampak sangatla merah coz gambar gelap. Time kenduri ni adha meragam sikit coz tak nak dengan orang. nak berdukung je. jadi tak banyakla gambar yang di tangkap.
Umi balik dari kampung semalam jam 9malam dr kelantan. Penatnye. Nak balik petang kereta plak gi baiki. Jadi kenala tunggu kereta siap and terpaksala balik waktu malam. Gambar mama takde yea. coz muka penat and tak sesuai ditayangkan. Layan je la gambar adha tido dalam kereta kat atas tue...
*** hadiah untuk contest dah ada. cuma pemenang je belum di pilih.. harap bersabar yea...