Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Checkup Umur Adha 1 Tahun...

Hari ni umi gi klinik seksyen 7, Shah Alam untuk melengkapkan cucuk imunisasi(betul ke?) adha. Seperti yang di jangka kan adha memang akan buat rondaan di dalam klinik. Almaklumla dah boleh kaki, semua dia nak terjah. Tak kira la dalam bilik nurse ke, bilik cucuk ke semua dia nak gi. Mujurla si suami teman kalo tak patah pinggang mama di buatnye.

Alhamdulillah, berat adha bertambah menjadi 10.3kg. Tinggi plak 78cm. BMI umi lupala... Semuanya ok. Kali ni gi timbang tak payah nak buka baju and segalanye. Bagi berdiri je atas mesin timbang tue, sama juga nak ambik tinggi. Kalo dulu kesian adha kena bogel.

Bab nak cucuk yang payah sikit. Ingatkan kena cucuk kat peha bila cucuk setahun. Tapi tak dah. Kali ni cucuk kat bahu. Umi bagi bahu kanan untuk adha di cucuk. Bab nak cucuk ni, Adha meronta coz tak nak dipegang. Habis mama dia tolak. Huhu kuat sungguh tenaga si anak teruna ni. Sampaikan nurse kena tolong pegang kaki supaya tak tendang. Habis cucuk idak plak dia nak nagis. Ngada2 plak adha ni tau. Habis orang tengok dia meraung.

Next checkup adalah 28 haribulan 5 2011, untuk checkup 1 tahun 6 bulan. Ini mungkin akan umi buat kat kampung. Coz umi dalam pantang. Nenek dia la kena bawa gi cucuk. Mama kena jaga baby ye sayang. Ini ajela yang umi dapat ceritakan tentang checkup adha kali ni. Sorry takda gambar coz adha asyik berjalan-jalan jadi kemera dok dalam bag.

Isnin

“SHOW YOUR TEETH BABY!” CONTEST 2010!

Jom Kawan- Kawan kite pakat ramai-ramai join contest ni. Masih belum terlewat untuk kite pakat join.
Nak tahu syarat-syaratnye klik je

Nama Baby ; Muhammad Dzal Adha
Umur : 1 Tahun
Hobby Baby : Bermain kereta, dan berjalan-jalan
Berapa batang gigi : 7 Batang (4 atas 3 bawah)

Kali nak tahu lebih lanjut ye klik je link kat bawah nie.
Good Luck!!!

Sambutan Yang Sederhana Aje

Alhamdulillah tanggal 26 November telah kembali lagi minggu lepas. Tarikh inila yang telah memberikan beribu banyak makna dalam hidup umi dengan suami. Pada tarikh tersebut lahir satu nyawa yang umi kendong selama 37 minggu. Itula hadian paling bermakna dalam hidup umi serta keluarga.

26 November kali ni jatuh hari jumaat. Genapla usia adha 1 tahun. Alhamdulillah umi ucapkan kepada Allah taala dengan rezeki dan kurnian yang diberikan. Adha anak yang baik bagi umi walaupun kadang kala perangainye yang lasak memenatkan umi yang tak berapa larat dah sekarang. Tapi umi bersyukur kerana Adha dah jarang kena demam or sakit seperti dahulu.

Sambutan hari jadi Adha yang pertama di buat di kampung umi di Perak. Segala berjalan lancar hanya tiada kakak dan anaknye je. Memang terasa sunyi. Kakak ada kat hospital masa majlis berlangsung coz anak kakak umi di tahan di ward akibat demam yang tak kebah2(kata org perak).

Segala persiapan majlis hanya dibuat dalam suasana sedrhana. Tak ramai jemputan pun. Hanya kanak- kanak yang memeriahkan majlis ini. Kat kg ramai kanak-kanak berbanding sekitar rumah umi. Segala masakan mak umi yang buat. Umi dah tak begitu larat sekarang nie. Kalo duduk lama2 nak bangun sakit sangat. Tambah kalo tido ngiring lagila. Mujurla mak memahami anaknye. Ty mak.









Inila kek yang tak ditempah pun. Gi beli yang siap je kat kedai. Tak sempat nak tempah2. Kek yang kecik je.


Antara makanan yang disediakan. Tak banyak pun. Just ada kentang goreng, bihun goreng, nugget, kek gulung, air oren dan ada 2 jenis lagi tapi dah lupa namanye.
Bifday boy bergambar bersama ayah dan mama. Adha terpaksa dipegang coz dia nak pergi pegang kek tue. Tapi bila bergambar dengan mama sempat lagi tangannye capai kek. Habis baju dia sapu.

Ni plak antara tetamu yang datang. tak sangka ramai juga budak petang tue coz ada rewang berdekatan dengan rumah umi. Selalunye kalo kat kg umi ada rewang budak2 mesti pergi sana. Penuh rumah umi petang tue. Almaklum la rumah kecik je jadi berhimpit dorang duduk.

Tak banyak gambar yang ditangkap. Coz kamera bg suami pegang jadi dia banyak pegang dr tangkap gambar. Umi dah penat masa ni. Rasa nak masuk baring coz Adha nak gi mengacau orang makan. Dah dapat kaki duduk pun tak nak. Habis je majlis nie kiteorang sekeluarga pergi ke hospital tengok kakak dan anaknye. Memang penat. Malam baru boleh baring. Tapi seronok.

*** Esok gi cucuk adha setahun..

Baby & Toys Contest

Nak tahu syarat-syaratnye klik je

Nama Baby; Muhammad Dzal Adha Muhammad Hasry
Umur Baby; 1 Tahun
Tarikh Lahir Baby ; 26 November 2009

Mama adha nak tag kan kepada:
 MaMa Lya

Miera

Mama Elly & Emmy

Hatiku Berbunga Girang...

Alhamdulillah minggu ni adalah minggu terakhir Adha berada dalam usia 11 bulan. Tiada lagi panggilan baby untuk umurnye. Boleh di kategorikan sebagai kanak-kanak dah. Jumaat ni genapla umurnye setahun.
Uh, cepat sungguh masa berlalu.

Alahmdulillah perkembangan adha bergerak seiring dgn usianye. Bagi umi takda lambat dan takda yang cepat. Memang dikala usia seperti Adha memang dia dah sepatutnye boleh. Tapi ini tidak bermakna jika budak sebaya adha kalo masih tak boleh, bukan nye lembap. Tapi bagi masa pada dorang untuk belajar. Insyallah boleh cuma cepat dan lambat je. Betul tak para ibu semua.

ADha dah mula berjalan dalam 2 minggu lepas. Cuma masa tue dia masih baru belajar dan tak pandai bangun sendri. Nak berjalan mesti berpaut pada mana-mana @ mama angkat berdiri bru berjalan. Tapi dlam 10 langkah je pastu jatuh. Tapi, dalam hari rabu minggu lepas dia dah mula bangun sendir, dan menapak dengan laju. Siap nak berlari. Jalan pun masih tak betul ada hati nak berlari anak mama nie.

Umi dan suami bersyukur kepada Allah kerana bagi umi adha anak yang senang di jaga, tak banyak kerenah dan makin banyak benda dia belajar. Adha meringankan kerja mama. Lepas ni takda dah dukung sangat si debab nie. (10kg).. Mama dah tak larat yea sayang. Adha dah kena jalan sendiri. Cuma ada part2 tertentu mama dan ayah akan dukung.

Hari sabtu, umi bawa dia jalan di dataran shah alam. Biar dia mengexplorekan diri dia dengan duni luar. Dan merasmikan kaki barunye. Seronok tengok dia jalan sendiri. Terhibur hati. Siap nak berebut bola dengan sorang kanak-kanak kat situ. Sian anak mama, mama lupa bawa bola untuk sayang main. Jom kite layan gambar Adha kat bawah yea...



 Gambar dua2 di atas, adha msih malu2 nak berjalan. Mungkin masih gayat untuk menapak di atas bukit. Sekarang nie dia kerap sgt masukkan jari dalam  mulut main gigi yang dah 7 batang. Geram je tengoknye. Kite tarik dia masuk balik jari dia.

Ini adalah gambar cubaan dia memanjat besi. Tak boleh yea sayang. Kang jatuh kan sakit.

Jom unty semua kite jogging. Adha dah boleh jalan tau. Jogging baik untuk kesihatan..


Dah penat berjalan kite duduk. Habis daun kering dikutipnye.


*** To all my freind, umi nak jemput mengahdiri hari jadi Adha yang pertama pada 27 November 2010 jam 4 petang di kampung umi di perak. Ni alamatnye:
              Kampung pengkalan ikan, kuak,
              33400 lenggong perak.
              012 - 5500249(umi)

Selasa

Ada Apa Dengan Tarikh 9 Zulhijah Dalam Hidupku???

Masih segar dalam ingatanku ini. Tarikh inila tarikh bermakna bagi diriku, suamiku. and family sebelah aku dengan suami. Kawan - kawan yang mengikuti cerite dalam blog ni dari tahun lepas mesti dapat agak ada apa dengan tarikh bulan islam ini iaitu 9 Zulhijah.

Sedar tak sedar dah setahu pun berlalu. Kegembiraan yang umi dapat pada tarikh ni masih tak dapat diceritakan dengan kata-kata. Kerana tarikh ini juga umi kempunan nak makan ketupat sama gulai daging air tangan bonda tercinta. Kerana tarikh inila umi terpaksa beraya haji atas katil.

9 Zulhijah dalah hari dimana umat islam di malaysia tengah sibuk membuat ketupat, lemang, nasi impik, rendang dan mcam2 lagi makanan untuk di jamu di pagi raya haji aku dok tengah sibuk bertungkus lumus bertarung nyawa di atas katil. Kenangan sehari sebelum hari raya yang takkan ku lupakan.

Inila hadiah yang hadir dalam hidupku pada tarikh yang betul2 istimewa buat suamiku dan diriku sendiri.
Tak sabar nak beraya dengan mama and ayah. Keluar awal dari tarikh yang sepatutnye. Ingin melihat dunia lebih awal.

Ketika usia 2jam. Hilang rasa sakit yang ditanggung bila melihat wajah bayi yang bersih. Sayu rasanya.

Ketika usia sebulan. Berat dah mencecah 4.2kg. Pipi dah labuh.

Gambar yang terkini. Dah nak cecah setahun minggu depan(ikut calender omputih). Kalo ikut kalendar islam hari dah setahun.

Sekejap je kan masa berlalu. Dah kira setahun dah usia anak teruna umi. Bakal menjadi abang dikala usia 1 tahun 4 bulan. Adha anak yang tidak banyak ragam bagi umi. Cuma semalam dan hari ni dia mengalami demam berjangkit dr umi sendiri. Harap Adha cepat sembuh coz minggu depan nak balik kampung sambut hari jadi kat rumah bonda tercinta.


*** smlm gi scan perut coz baby kurang aktif akibat dari umi demam 4 hari. doc situ cakap bakal kembar adalah baby boy. Mana satu betul? Girl or Boy???? Biarla yang penting baby mama sihat.

Baby And Toys Contest


Nak Tahu Syarat2 Yang lebih Lanjut Kikk JE http://dilazfamily.blogspot.com/2010/10/baby-and-toys-contest.html.

Syarat yang paling penting yea kawan2:
Mestila menjadi Flower kepada pihak penganjur dan terbuka kepada semua blogger dr malaysia atau luar malysia(kepada yang dok luar malaysia mestila ada alamat di malaysia yea)

Jadi gambar yang umi pertaruhkan adalah:

My Son:

Nama anak : Muhammad Dzal Adha
Umur Anak : 11 bulan ( Minggu depan 1 tahun)

Kawan2 yang mama tags adalah:
  • Mama emmy dan elly
  • Mama Nia dan Adel
*** Good Luck Sayang

Khamis

Kehamilan 20 minggu...

Sekejap je rasanye. Dah 20 minggu dah umi usung baby kembar ni dalam perut. Masa hamilkan adha rasa lambat benar masa berjalan. Alhandulillah sepanjang hamilkan baby kembar ni umi tiada alami sebarang masalah yang serius. Hanya sakit2 biasa je. Normal bagi ibu mengandung..

Berbalik pada N3 lepas, umi mengalami kerisauan kerana salah seorang dr kembar mengalami berat yang tak stabil. Tapi alhamdulillah, berkat dari doa, dan pemakanan yang betul berat baby kembali normal. Tidak jauh beza dari yang lepas.. Baby pun dah makin kuat kick perut mamanye.

Perkembangan terbaru tentang mama & Baby:
  • Berat mama dah cecah 50 kg
  • HB normal(ngandungkan adha bawah 10)
  • Baby sihat.
  • Insyallah baby girl

Yang gambar atas tue first baby. Yang bawah adalah second baby...


Ini plak gambar abang kepada bakal kembar. Huhu mkin melasak abgnye sekarang nie.. Udah tak terlayan mamanye...