Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Dah Pandai Tiru Gaya Dah...

Pejam celik, pejam celik minggu depan dah nak masuk 11 bulan usia adha. Kalo ikut bulan islam raya haji ini genapla usia adha 1 tahun. Cepatkan. Mujurla ngandung kali ni tak teringin makan ketupat bukan apa takut jadi macam tahun lepas tak sempat nak makan dah bersalin. Huhuhu..

Perkembangan yang terbaru dah pandai ngikut/ meniru apa yang orang buat. Pastu dah pandai nak berbual dengan bahasa yang mama dan ayah pun tak faham.


Tengokla gambar ini, bila mama kata adha buat mata. Inila yang jadinye. Siap berkerut-kerut muka nak buat gaya macam nie. Alahai anak teruna mama makin nakal yea.

Sekarang ni mama dah jadi mudah letih. Tapi tetap melayan kerenah si anak kesayangan, Mana boleh tinggal. Diala penawar hati mama. Adha 2 3 hari nak berkepit je dengan mama. Minum susu, mandi, main semua dengan mama. Macam mana la mama nak tinggalkan dengan ayah nanti kalo mama masuk hospital sayang??? Manja2 dengan ayah sama juga ye sayang...



*** Rabu ni kena gi checkup kat klinik kerajaan. Jumaat klinik panel. 8 Haribulan hospital klang.
*** Ada tak kawan2 yang nak datang kalo umi buat birthday adha bulan depan kat sini???

1 ulasan:

Diamilikku berkata...

comel2nya aksi adha..hehehhehe..jauh la pulak buat birthday adha...:)