Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Bila Gi checkup Dapat Jawapan Yang Merisaukan Hati...

Ngandung kan baby kembar membuat umi lebih berhati -hati dalam semua hal. Benda berat2 umi tak angkat, umi banyak rehatkan diri bila dirumah, tidoa yang cukup (walaupun bangun 2 3 kali buat susu si adha) jaga pemakanan dan banyak cari maklumat dalam internet.

Macam biasala bila dah pregnant mesti ada checkup kan. Pada 20 haribulan lepas(rabu) umi telah gi checkup kat Klinik kerajaan di Sek7. Alhamdulillah semua ok. Berat naik 0.2gram je. Dari checkup 2 minggu lepas yang naik 3 kg dalam masa 2 minggu. Urine bersih. Cuma tekanan darah je rendah. Follow checkup balik pada 3 haribulan 11.

Hari ni umi telah gi checkup kat panel office umi di SALAM Medical centre. Kat sini umi berjumpa dengan Doc Siti Mariam. Orangnye amat lemah lembut dan bakal gi haji 7 haribulan depan. Dekat SALAM umi kena gi checkup 1 bulan sekali. Kat sini semua ada.. Tiap2 kali gi checkup mesti kena scan... Best sangat tengok Baby dalam perut yang memeningkan doc untuk ambik gambar. Tapi dekat, ada jawapan yang merungsingkan hati umi.

Meh umi citer sikit perkembangan baby yea:
  • Baby dah mula bergerak dan menendang perut ibunye.
  • Baby berada dalam keadaan satu kepala ke bawah satu kepala di atas
  • Sangat sukar nak di scan coz kedudukan yang berselirat.
  • Jantina baby masih tak dapat dipastikan
  • Baby berkongsi uri(makanan)
Dalam point yang terakhir itula merunsingkan hati umi. Baby berkongsi makanan akan menyebabkan salah sorang baby akan kecik dari yang number satu. Itula yang terjadi pada umi. Bulan lepas scan berat baby maintain hanya beza dalam 10gram je. Tapi kali terlalu jauh beza. Kembar pertama berat dah cecah 223gram, memamg sesuai dengan berat baby berusia 18minggu. Tapi berat baby kedua memang jauh beza.  baru 168gram. terlalu banyak perbezaan antara baby pertama dengan kedua. Bezanye 55 gram. Doctor suruh datang lagi 2 minggu tengok balik perkembangan berat baby. Kalo masih beza terlalu banyak umi akan di transfer ke PPUM. Jumpa dengan doctor pakar kt sana plak.. Aduh risaunye hati umi ya Allah..

Inila faktor mungkin terjadi bagi kembar yang berkongsi uri(seiras). Akan terjadi perbezaan berat anatar baby. Coz baby berkongsi uri akan berkongsi makan. Berbeza dengan kembar berlainan uri(tidak seiras) yang mempunyai 2 uri tidak akan berkogsi makanan.

To Mama Elly&Emmy, atau sape2 yang ada pengalaman dalam hal nie atau ada maklumat yang boleh menstabilkan kembali berat baby kembar sila la kongsikan yea.. Umi masih baru dalam hal dunia kembar. Masih banyak maklumat yang perlu umi cari lagi...

Ini adalah gambar scan baby yang pertama.

Ini plak gambar scan baby kedua.

7 ulasan:

@e_da berkata...

Jelas gambar scan tu baby 1 kecik 1 besar kan.. sy doakan kedua baby tu sihat..sypun teringin baby kembar

nurKN @ Nur berkata...

just chill..InsyaAllah, kalu jage pmknn, cukup rehat, mkn vtmin, ikut nsihat dktor..sume akn ok..

p/s:ur BP naik bab bnda2 cmni yg u pk sgt smpai wat diri jd pressure. xelok utk baby..mummy jge diri 1st..mummy sihat, bru baby sihat..^__^

liyanadiabu berkata...

wow...1st time tgk baby kembar melalui scan...hehehe..mcm xpercaya jer..tahniah yer...salam kenal...

Faiza Amir 2001 berkata...

ummi tumpang happy dpt kembar seronoknya....jaga diri ya, jgn tinggal supplement obimin/kalsium/omega 3

nanti dlm pantang buat stok ebm byk2...:)

Elly & Emmy berkata...

salam mama adha..

masa akak mengandung elly&emmy.. diorang pun berkongsi uri.. tapi berat diorang hampir sama.. tiada perebutan makanan.. tak tahu pulak cara nak bg diorang dpt sama byk makanan..
kena refer pada doc.. cuba baca kat link ni..
http://www.edaransalindah.com/kembar-kelahiran%20kembar-apa%20risikonya.htm

mamazana berkata...

wow!!! umi pregnant baby kembar ke??? congratz...

jgn terlampau risau sgt. x elok utk kesihatan. as long dua2 baby sihat, everything will be ok...

take care...

[senandunghatiku] berkata...

Salam Umi..risau tu lumrah buat kita seorang ibu. Tapi sentiasa fikir fpsitif. Masa akak aritu..penatnya x terkata. Sejak sari kandungan berusia 3 minggu sampailah melahirkan.Sentiasa ada dugaan. Kita membawa 2 nyawa dlm perut yg ruangnya x sebesar mana. kandungan akak langsung x berpusing hingga ke saat akhir. Sebab itu kena pilih ceaser.
Akak kena scan bukan diHPJ sahaja..malah dihantar hingga ke PPUM utk 3D scan. Anak kita sama berkongsi uri tapi anak akak duduk dlm karung yang berlainan. Oleh krn berkongsi uri, maka berat mrk x sama. Anggaran berat oleh doktor boleh naik atau trn dlm 300g. Jadi buat 1st twin dr anggarkan 1.9 dan yg 2nd 1.8( masa 33m) msk minggu ke 34 akak trs ceaser, 1st twin hanya 1.6 dan 2nd 1.8..
Jadi umi x perlu risau. Mcm akak kata..bersedia kerana ini anugerah dari Allah yang esa. Kun Fayakun. Jika itu yg terbaik buat kita maka mesti redha dgnnya..insyallah..segalanya dipermudahkan. Dah bersalin bagi tau ye..