Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Bila Gi checkup Dapat Jawapan Yang Merisaukan Hati...

Ngandung kan baby kembar membuat umi lebih berhati -hati dalam semua hal. Benda berat2 umi tak angkat, umi banyak rehatkan diri bila dirumah, tidoa yang cukup (walaupun bangun 2 3 kali buat susu si adha) jaga pemakanan dan banyak cari maklumat dalam internet.

Macam biasala bila dah pregnant mesti ada checkup kan. Pada 20 haribulan lepas(rabu) umi telah gi checkup kat Klinik kerajaan di Sek7. Alhamdulillah semua ok. Berat naik 0.2gram je. Dari checkup 2 minggu lepas yang naik 3 kg dalam masa 2 minggu. Urine bersih. Cuma tekanan darah je rendah. Follow checkup balik pada 3 haribulan 11.

Hari ni umi telah gi checkup kat panel office umi di SALAM Medical centre. Kat sini umi berjumpa dengan Doc Siti Mariam. Orangnye amat lemah lembut dan bakal gi haji 7 haribulan depan. Dekat SALAM umi kena gi checkup 1 bulan sekali. Kat sini semua ada.. Tiap2 kali gi checkup mesti kena scan... Best sangat tengok Baby dalam perut yang memeningkan doc untuk ambik gambar. Tapi dekat, ada jawapan yang merungsingkan hati umi.

Meh umi citer sikit perkembangan baby yea:
  • Baby dah mula bergerak dan menendang perut ibunye.
  • Baby berada dalam keadaan satu kepala ke bawah satu kepala di atas
  • Sangat sukar nak di scan coz kedudukan yang berselirat.
  • Jantina baby masih tak dapat dipastikan
  • Baby berkongsi uri(makanan)
Dalam point yang terakhir itula merunsingkan hati umi. Baby berkongsi makanan akan menyebabkan salah sorang baby akan kecik dari yang number satu. Itula yang terjadi pada umi. Bulan lepas scan berat baby maintain hanya beza dalam 10gram je. Tapi kali terlalu jauh beza. Kembar pertama berat dah cecah 223gram, memamg sesuai dengan berat baby berusia 18minggu. Tapi berat baby kedua memang jauh beza.  baru 168gram. terlalu banyak perbezaan antara baby pertama dengan kedua. Bezanye 55 gram. Doctor suruh datang lagi 2 minggu tengok balik perkembangan berat baby. Kalo masih beza terlalu banyak umi akan di transfer ke PPUM. Jumpa dengan doctor pakar kt sana plak.. Aduh risaunye hati umi ya Allah..

Inila faktor mungkin terjadi bagi kembar yang berkongsi uri(seiras). Akan terjadi perbezaan berat anatar baby. Coz baby berkongsi uri akan berkongsi makan. Berbeza dengan kembar berlainan uri(tidak seiras) yang mempunyai 2 uri tidak akan berkogsi makanan.

To Mama Elly&Emmy, atau sape2 yang ada pengalaman dalam hal nie atau ada maklumat yang boleh menstabilkan kembali berat baby kembar sila la kongsikan yea.. Umi masih baru dalam hal dunia kembar. Masih banyak maklumat yang perlu umi cari lagi...

Ini adalah gambar scan baby yang pertama.

Ini plak gambar scan baby kedua.

Khamis

TOLONG!!!! Sape ada petua sila kongsikan..

Dalam minggu nie start hari sabtu hari tue sampai ke hari nie tak habis-habis umi kena. Kalo dah kena tue bukannya sekejap. Palin kejap 10 minit paling lama setengah jam. Aduh, sakitnye. Hari nie tak pasal - pasal jalan terhinjut-hinjut. Macam orang patah kaki. Nak tau apa yang umi kena???

Sentak mengkarung/ kejang / simpul biawak.

Nagndungkan adha dulu takdala pula kena sampai hari-hari. Dalam sebulan tue sekali je kena. Tapi kali ni terlalu kerap. Sampai menangis tahan sakit. Tak tahu dah nak buat macam mana. Pakai stoking time tido(walaupun cuaca panas waktu malam), pakai seluar panjang, minum air banyak and sapu minyak sebelum tido tapi tetap kena juga. SAKITNYE!!! Tolong umi yea kawan-kawan kalo ada yang tahu cara nak elakkan kena penyakit nie.. Dah tak tahan dah hari2 kena..
Tolong!!!

Isnin

Dah Pandai Tiru Gaya Dah...

Pejam celik, pejam celik minggu depan dah nak masuk 11 bulan usia adha. Kalo ikut bulan islam raya haji ini genapla usia adha 1 tahun. Cepatkan. Mujurla ngandung kali ni tak teringin makan ketupat bukan apa takut jadi macam tahun lepas tak sempat nak makan dah bersalin. Huhuhu..

Perkembangan yang terbaru dah pandai ngikut/ meniru apa yang orang buat. Pastu dah pandai nak berbual dengan bahasa yang mama dan ayah pun tak faham.


Tengokla gambar ini, bila mama kata adha buat mata. Inila yang jadinye. Siap berkerut-kerut muka nak buat gaya macam nie. Alahai anak teruna mama makin nakal yea.

Sekarang ni mama dah jadi mudah letih. Tapi tetap melayan kerenah si anak kesayangan, Mana boleh tinggal. Diala penawar hati mama. Adha 2 3 hari nak berkepit je dengan mama. Minum susu, mandi, main semua dengan mama. Macam mana la mama nak tinggalkan dengan ayah nanti kalo mama masuk hospital sayang??? Manja2 dengan ayah sama juga ye sayang...



*** Rabu ni kena gi checkup kat klinik kerajaan. Jumaat klinik panel. 8 Haribulan hospital klang.
*** Ada tak kawan2 yang nak datang kalo umi buat birthday adha bulan depan kat sini???

Khamis

Bila Dia Dah Pandai...

Hujung bulan nie genapla usia anak teruna kesayangan umi 11 bulan. Uik sekejap je kan. Dah Nak setahun dah umur dia. Dah makin banyak akal. Yang paling best bila nangis dah pandai hentak kaki. Ish budak nie. Nak je babab peha yang tembam tue.

Sikap anak teruna ni yang umi suka ialah, dia tidak berminat sangat dengan permainan macam lori, kereta yang ada music, atau apa saje yang mudah membosankan dia. Mujurla tak banyak pun sangat mainan dia kat rumah. Adha ni jenis yang nak suka bebas. Tak suka di pegang. Lebih suka menerokai rumah dari main mainan dia. (jimat duit mama).

Dalam banyak-banyak mainan yang ada kereta ni la dia paling suka. Maksud umi yang tak mudah di cemuih masa main. Dah pandai tolak kedepan tapi tak pandai ngundur lagi. Satu lagi tak pandai nak turun sendir. Kalo nak turun menjerit mintak tolong angkat.
Sekarang bila tiap2 petang suami akan bawa dia pergi ke Taman Permainan Yang tak jauh dari rumah. Memang seronok tengok dia main buai kat situ tapikan satu je umi tak tahan,
adha tak nak balik bila diangkat. Siap nangis bagai nak rak. Huhu. Penatla mama sayang macam nie..


Perkembangan terbaru adha dah boleh berdiri lama kalo tangan dia di lepaskan. Alhamdulillah semoga cepat jalan yea sayang. Takdala penat dah mama nak dukung. Kesian baby dalam perut mama nie...

*** Adhala segala penawar duka segala apa yang terjadi.
*** Alhamdulillah Adha berada dalam top 5 contest memek muka...

Kenapa Harus ada Sifat Begini Dalam Diri...(Tak bermakna Diri umi Baik)

Kenapa!!!

Mengapa!!!

Kenapa bila seseorang itu melakukan kesalahan orang tak berani menegur secara berhadapan??? Adakah kerana takut orang itu tak boleh terima? Atau lebih suka bercakap belakang..

Bagi umi, umi lebih suka orang cakap berdepan kalo umi buat salah. Coz umi rasa kalo bercakap di belakang (mengumpat) lebih membuatkan umi sakit hati. Terutamanya kalo org itu mendiamkan diri dan menjauhkan diri. Umi tak kisah sangat kalo tak bertegur, tak seramah dulu. Tapikan umi lebih suka kalo umi tahu apa kesalahan umi kalo umi buat salah sampai nampak sangat kite ni salah.

Buat kawan- kawa, umi nak tanya pendapatla. Umi tak katala diri umi ni baik sangat. Semua manusia ada membuat kesilapan. Takda yang tak pernah. Haruskah orang yang rasa umi buat salah itu menjauhkan diri/ tak nak seramah dulu atau menjauhkan diri dari kita??? Pleasa bagi pendapat.

*** hati ibu mengandung cepat sensitif. Ntahla kenapa...
*** Jangan dijadikan isu plak kepada sesiapa yang membaca coz ini adalah luahan hati umi.

Selasa

Dah lama takda cite si budak ni...

Makin lama makin kosong blog ni kan. Bukan takda cite yang nak di tulis tapi masalah lain yang menyebabkan blog ini tidak dapat diupdate.. Ntahla.. Sunyi je rasa... Tapi takpe dah ada peluang untuk menaip ni baik umi guna sebaik mungkin kan...

Dah lama takda cite anak kesayangan umi. Dah 10 bulan 1 minggu dah pun usia nye. Sekejap aje masa berlalu. Bulan ni dah nak masuk 11 bulan. Bulan depan dah setahun. Tahun depan dah ada 2 adik. Mak ai cepat je masa berlalu. Tak sedar pun. Perkembangan Adha ketika usia dah nak masuk 11 bulan:
  1. Dah mula nak meniti.
  2. Makin lasak kalo dalam kereta.
  3. Dah pandai panggil ayah, Mama Je belum.
  4. Merangkak macam berlari je sekarang.
  5. Gigi dah nak masuk 6 batang. 4 atas 2 bawah
  6. Makin kuat makan. Pantang kite makan mesti dia nak.
  7. Dah mula tukar susu. Kalo dulu jenama Promile sekarang jenama murah sikit iaitu DUMEX. (Jimat sikit)
  8. Pandai nak mengikut orang. Terutamanya kalo orang tue nak keluar.
  9. Pandai memanjat sofa dah. Pantang lepa je sedar2 atas sofa.
  10. Dah makin susah nak tido. Banyak nak main.
Meh kite tengok gambar adha yang terbaru..
 Inila rupa budak yang makin bam2 and lasak. Mak umi panggil si budak keinting. Belakang je kerinting rambutnye depan takda la plak.

Habis huruf ABC tue dicabutnye. Dahla dicabutnye pastu digigit-gigit plak. Adha owh adha..

Tengok tue ada je benda yang nak di buatnye. Cuba teka apa yang adha buat tue???

Ini la kerjanye kalo dia dapat duduk atas tikar. Mengopek gam di tikar. Tikar tue suami umi gam kan coz masa adha menjulur dulu dia kuat tarik tikar dan hisap. Tapi sekarang dia plak tukang menarik buang gam tue.

*** Kepada pemenang teka yang umi buat tue. Umi mintak maaf coz hadiah belum di poskan lagi. Coz suami 2 minggu asyik outstion je. Umi tak reti bawa kereta jadi kena tunggu suami free baru boleh gi poskan..
*** bulan nie aktiviti terasa padat sgt. Besok checkup kat Klinik Sek 7, Isnin depan hospital Klang,22 haribulan checkup kat SALAM. Banyaknye...