Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Janganla Kena Minum LAgi...

Buat Ibu-Ibu yang pernah hamil, pernah tak anda di suruh minum air gula??? Kalo ada mesti ada kenangan buat pertama kali kena minumkan... Jadi umi nak kongsikan pengalaman umi and umi harap ini yang terakhir umi kena minum...


Masa ngandungkan adha alhamdulillah umi taidak disuruh minum air gula. Bersyukur sangat-sangat walaupun mula2 keliru coz ada org cakap memang kena minum tapi umi tak plak disuruh minum. Tapi kali ni umi disuruh minum air gula coz hamilkan Baby Kembar berisiko untuk mendapat Diabetes sewaktu hamil. Aduh bila disuruh ambik appointment untuk minum air gula umi dah cuak. Sedap ke??? Banyak ke??? semua soalan bermain difikiran. Sehari sebelum pergi klinik kerajaan tue, office umi ada buat Majlis Jamuan Hari Raya. Masa ni umi nak makan yang manis takut tau. Takut effect pada keesokan hari plak. Tapi last2 makan juga. Sampai sengkak perut di buatnye.

Untuk proses ini, umi disuruh puasa start dr pukul 10 malan hinggalah pagi esok. Malam takpe umi boleh tahancoz umi biasa tido paling leat kul 11 paling awal kul 10malam. Tapi bangun pagi umi tak boleh tahan. Tekak ni nak sangat minum air tapi terpaksa jugala tahan. Appoitment kat klinik kul 8 pagi dalam kul 7.30 umi dah sampai. Ambik number and gi ambik darah dulu. Tang ambik darah ni umi faobis dah. Takut sangat darah tak keluar lagi. Tangan bekas cucuk hari tue masih lagi nampak lebam dan sakit. Tapi terpaksa juga ambikkan rela jela. Kali ni 2 kali cucuk baru keluar. Sakitnye.... Nak nagis je.. Tapi tahan. Dah ambik darah semua kena masuk bilik lain plak untuk minum air gula. Ingatkan sikit je tapikan satu gelas air teh kedai mamak tue. Banyak sangat..

Bila time minum, umi ingat boleh minum sikit2 coz manis. Tapi tak boleh. Masuk je air gula dalam mulut umi dah nak muntah. Bayangkanlah dahla perut kosong tak makan tiba2 kena minum air gula segelas gedebak. Mahu tak Termuntah. Kali kedua minum, umi minum terus tanpa henti. Kalo minum sikit2 takut plak lambat habis. Alhamdulillah sekali teguk habis lincin. Tapi tahan je nak muntah coz kalo muntah kena ambik appoinment lain untuk minum sekali lagi. Idakla umi nak mari minum lagi. Habis minum kena tunggu kul 10 pagi untuk ambik darah sekali lagi untuk check kandungan gula dalam badan.

Rasa lambat sangat waktu berjalan. Perut dah memusing nak muntah. Umi masuk bilik penyusuan untuk melelapkan mata bagi elakkan muntah. Kul 10 umi gi ambik darah sekali lagi. Alhamdulillah kali ni darah nak keluar kalo tak berapa kali plak nak kena cucuk bagi darah keluar pun tak tahu. Habis semua dah selesai dengan tak melenggahkan masa umi gi toilet buangkan apa yang ada dalam perut yang dari tadi nak terbuang. Lega rasanya. Mintak2la dah takda lagi appoinment minum air gula... Serik dah...

*** Lama benar tak da citer baru dalam blog umi. Nak tinggalkan sayang. Komputer umi dorang blok tak bagi buka blog. Ni pun pinjam komputer kwan jap...

1 ulasan:

mamaaerish@eb berkata...

eb mnm sedap jer... leh tgk kat sini eh... http://mamaaerish.blogspot.com/2010/04/minom-air-gula.html

congrats yer yang dpt twins... tringat baby ku dulu... hu3