Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Baru Nak Buat N3 Pasal Hari Raya 2010

First Sekali umi Nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri to Kawan- Kawan yang mengenali diri umi. Andai ada terkasar bahasa, terbuat kecik hati dengan tak sengaja harap di maafkan...

Raya tahun ni umi beraya di rumah keluarga mertua dahulu iaitu di KELANTAN. First time raya jauh dari mak. Umi harapkan pengalaman yang indah akan umi dapat tapi sebaliknye. Itu biarla menjadi rahsia umi dan family. Yang pasti memang raya tahun ni tidak best bagi umi. Melayan kerenah Adha yang membuatkan hati umi gembira.

Tak banyak sangat gambar raya tahun nie. Hanya bila handset ada ditangan baru rasa nak tangkap kalo tak biarkan je la. Beraya di rumah mertua seronok coz adik beradik sebelah suami ni ramai. Jadi bila berkumpul mesti meriah punya. Kalo keluarga umi hanya 3 beradik je. Tapi seronok juga. Hari raya pertama  umi dan keluarga mertua telah bertolak keluar dr rumah untuk menziarahi kubur. Jauh kubur2 ni. Malam baru sampai rumah balik. Raya kedua petang umi dah bertolak balik ke Perak iaitu rumah mak umi.

Inila gambar family besar sebelah keluarga mertua.

Ini gambar mama dengan anaknye. Gambar anak dengan ayah takde.

Ini gambar dalam kereta nk pergi ziarah kubur. Adha dah makin lasak sekarang, bagi pakai kopiah habis dia buang. Dah tak reti duduk diam..

Ini plak gambar baru nak belajar duduk. Masih macam lalang goyang. Gambar ni ditangkap masa ziarahi rumah saudara keluarga mertua juga. Tapi umi lupala nama. Coz pertama kali pergi.

Ini gamabr masa dah ontheway balik perak. Adha yang lasak tak nak dok diam. Last2 biar dia duduk kat situ.


Gambar dekat rumah takda di tangkap. Ntahla kenapa. Mungkin mood yang ak ok lagi kot masa tue. Kiteorang pergi beraya di kedah Pada hari raya ketiga. Ruginye tak tangkap gambar bersama mak di kampung.

Ini je la kot yang umi dapat ceritakan pasal raya tahun nie. Tapi apa2 pun memang tak seronok sgt umi rasakan raya tahun nie. Hanya Tuhan yang tahu perasaan umi. Nantikan n3 menggembirakan yea kawan2.

1 ulasan:

Diamilikku berkata...

aisy pun suka duduk kat alas kaki tuh..tak tau nape...bila riba nangis..duk situ puas habis diterokanya semua benda