Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Janganla Kena Minum LAgi...

Buat Ibu-Ibu yang pernah hamil, pernah tak anda di suruh minum air gula??? Kalo ada mesti ada kenangan buat pertama kali kena minumkan... Jadi umi nak kongsikan pengalaman umi and umi harap ini yang terakhir umi kena minum...


Masa ngandungkan adha alhamdulillah umi taidak disuruh minum air gula. Bersyukur sangat-sangat walaupun mula2 keliru coz ada org cakap memang kena minum tapi umi tak plak disuruh minum. Tapi kali ni umi disuruh minum air gula coz hamilkan Baby Kembar berisiko untuk mendapat Diabetes sewaktu hamil. Aduh bila disuruh ambik appointment untuk minum air gula umi dah cuak. Sedap ke??? Banyak ke??? semua soalan bermain difikiran. Sehari sebelum pergi klinik kerajaan tue, office umi ada buat Majlis Jamuan Hari Raya. Masa ni umi nak makan yang manis takut tau. Takut effect pada keesokan hari plak. Tapi last2 makan juga. Sampai sengkak perut di buatnye.

Untuk proses ini, umi disuruh puasa start dr pukul 10 malan hinggalah pagi esok. Malam takpe umi boleh tahancoz umi biasa tido paling leat kul 11 paling awal kul 10malam. Tapi bangun pagi umi tak boleh tahan. Tekak ni nak sangat minum air tapi terpaksa jugala tahan. Appoitment kat klinik kul 8 pagi dalam kul 7.30 umi dah sampai. Ambik number and gi ambik darah dulu. Tang ambik darah ni umi faobis dah. Takut sangat darah tak keluar lagi. Tangan bekas cucuk hari tue masih lagi nampak lebam dan sakit. Tapi terpaksa juga ambikkan rela jela. Kali ni 2 kali cucuk baru keluar. Sakitnye.... Nak nagis je.. Tapi tahan. Dah ambik darah semua kena masuk bilik lain plak untuk minum air gula. Ingatkan sikit je tapikan satu gelas air teh kedai mamak tue. Banyak sangat..

Bila time minum, umi ingat boleh minum sikit2 coz manis. Tapi tak boleh. Masuk je air gula dalam mulut umi dah nak muntah. Bayangkanlah dahla perut kosong tak makan tiba2 kena minum air gula segelas gedebak. Mahu tak Termuntah. Kali kedua minum, umi minum terus tanpa henti. Kalo minum sikit2 takut plak lambat habis. Alhamdulillah sekali teguk habis lincin. Tapi tahan je nak muntah coz kalo muntah kena ambik appoinment lain untuk minum sekali lagi. Idakla umi nak mari minum lagi. Habis minum kena tunggu kul 10 pagi untuk ambik darah sekali lagi untuk check kandungan gula dalam badan.

Rasa lambat sangat waktu berjalan. Perut dah memusing nak muntah. Umi masuk bilik penyusuan untuk melelapkan mata bagi elakkan muntah. Kul 10 umi gi ambik darah sekali lagi. Alhamdulillah kali ni darah nak keluar kalo tak berapa kali plak nak kena cucuk bagi darah keluar pun tak tahu. Habis semua dah selesai dengan tak melenggahkan masa umi gi toilet buangkan apa yang ada dalam perut yang dari tadi nak terbuang. Lega rasanya. Mintak2la dah takda lagi appoinment minum air gula... Serik dah...

*** Lama benar tak da citer baru dalam blog umi. Nak tinggalkan sayang. Komputer umi dorang blok tak bagi buka blog. Ni pun pinjam komputer kwan jap...

Isnin

Bukan 1 tapi 2 akan ku terima

Update check up 14 Minggu:

Semuanye normal kecuali baby...

Siapa sangka selama ni tiap bulan-bulan tidak nampak pun. Hanya satu jantung aje yang nampak. Tapi gi checkup kali ni keputusan yang amat memeranjatkan diriku dan suami. Apa yang kelihatan di scrin kali ni amat berbeza dengan apa yang klihatan masa checkup 10 minggu. Hari tu nampak satu nyawa kali ini dua. Di manakah ia sembunyi selama ini???

Dalam sejarah keluarga ku ada mempunyai keturunan kembar itupun sebelah nenek ku. Tapi tidak kusangka aku akan membawa kembali sejarah kelahiran kembar dalam keluarga. Mula-mula mendapat berita ini aku masih tak percaya. Sampaikan nak dekat 20 minit doc dok scan perutku. Akhirnye aku menerima dengan hati gembira. Aku akan mendapat 2 cahaya mata sekali bersalin tahun hadapan. Doc buat satu surat untuk aku pergi jumpa doktor pakar terus kerana kehamilan kembar merlukan perhatian yang teliti.

22 haribulan aku telah pergi melaporkan diri di klinik sek 7 and terus membuat buku merah. Aku dihantar untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan darah. Dalam part ambik darah ni paling mengerikan. 3 kali ambik baru dapat. Sampaikan tangan ku lebam kesan cucuk. Habis je ambik darah, bincang dengan doktor and kena ambik appoiment 2 minggu sekali kena datang klinik. Ingatkan itu je rupanya mengandung anak kembar berisiko mendapat kencing manis. Jadinye aku kena datang pada 24 haribulan (jumaat) untuk minum air gula.(nantikan umi ceritakan kenangan first time minum air gula)..

Perbezaan kehamilan kali ini adalah ;

  1. Badan mudah penat
  2. Parut rasa lebih besar dari ngandungkan adha
  3. Kuat makan
  4. Emosi kerap terganggu
Apa2 pun umi amat gembira bila mendapat tahu diri hamilkan anak kembar. Kepada sape2 yang ada pengalaman hamilkan anak kembar sila kongsikan yea. Umi masih baru dalah kehamilan kembar..

Rabu

Baru Nak Buat N3 Pasal Hari Raya 2010

First Sekali umi Nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri to Kawan- Kawan yang mengenali diri umi. Andai ada terkasar bahasa, terbuat kecik hati dengan tak sengaja harap di maafkan...

Raya tahun ni umi beraya di rumah keluarga mertua dahulu iaitu di KELANTAN. First time raya jauh dari mak. Umi harapkan pengalaman yang indah akan umi dapat tapi sebaliknye. Itu biarla menjadi rahsia umi dan family. Yang pasti memang raya tahun ni tidak best bagi umi. Melayan kerenah Adha yang membuatkan hati umi gembira.

Tak banyak sangat gambar raya tahun nie. Hanya bila handset ada ditangan baru rasa nak tangkap kalo tak biarkan je la. Beraya di rumah mertua seronok coz adik beradik sebelah suami ni ramai. Jadi bila berkumpul mesti meriah punya. Kalo keluarga umi hanya 3 beradik je. Tapi seronok juga. Hari raya pertama  umi dan keluarga mertua telah bertolak keluar dr rumah untuk menziarahi kubur. Jauh kubur2 ni. Malam baru sampai rumah balik. Raya kedua petang umi dah bertolak balik ke Perak iaitu rumah mak umi.

Inila gambar family besar sebelah keluarga mertua.

Ini gambar mama dengan anaknye. Gambar anak dengan ayah takde.

Ini gambar dalam kereta nk pergi ziarah kubur. Adha dah makin lasak sekarang, bagi pakai kopiah habis dia buang. Dah tak reti duduk diam..

Ini plak gambar baru nak belajar duduk. Masih macam lalang goyang. Gambar ni ditangkap masa ziarahi rumah saudara keluarga mertua juga. Tapi umi lupala nama. Coz pertama kali pergi.

Ini gamabr masa dah ontheway balik perak. Adha yang lasak tak nak dok diam. Last2 biar dia duduk kat situ.


Gambar dekat rumah takda di tangkap. Ntahla kenapa. Mungkin mood yang ak ok lagi kot masa tue. Kiteorang pergi beraya di kedah Pada hari raya ketiga. Ruginye tak tangkap gambar bersama mak di kampung.

Ini je la kot yang umi dapat ceritakan pasal raya tahun nie. Tapi apa2 pun memang tak seronok sgt umi rasakan raya tahun nie. Hanya Tuhan yang tahu perasaan umi. Nantikan n3 menggembirakan yea kawan2.

Isnin

Jawapan Untuk N3 Jom Teka Adha tengah buat apa....

Pertama sekali umi minta maaf coz terlupa buat N3 bahawa Jom teka tu dah tamat kul 12 tengah hari tadi... Sorry tau.. Walaupun ramai yang tak join kan diri untuk jom teka tue umi tetap happy coz ada juga yang join. Mungkin hadiah yang tak best kot... Tapi apa2 pun umi ikhlas nak bagi..

Jadi jawapan kepada N3 ini ialah :

Adha tengah meneran berak......

Itula gaya adha kalo tengah meneran berak. Nak berak mesti nak cari mamanye. siap muncung mulut lagi...

Pemenang yang berjaya adalah:

  1. Lynn
  2. MaMa Awatiff
Kepada pemenang sila berikan alamat yea.. Untuk umi poskan hadiah botol minuman tu... Sila berikan secepat mungkin tau... Lagi cepat bagi lagi cepat umi pos...

Cute Baby Contest

Jom ramai kite pakat join contest ni. Mana tahu kot ada rezeki anak masing2. Kan ke semua anak yang di anugerahkan oleh Allah itu centik, comel dan tiada cacat cela di mata Allah..

Contest kali ni di anjurkan oleh Happy Baby Shop
Nak tahu syarat-syaratnye klik je tajuk contest ni:

Jadi gambar yang umi pertaruhkan adalah:

Nama Penuh Bayi : Muhammad Dzal Adha Bin Muhammad Hasry
Nama Panggilan : Adha / A'a
Umur Bayi : 9 Bulan
Jantina Bayi : Lelaki
Bangsa : Melayu
Nama Penuh Ibu : Ummi Kalthum Bt Mohd Nasir
Nama Pengirim : Ummi Kalthum Bt Mohd Nasir
E-mail Adress : girl_perak@yahoo.com

Slogan :
Saya Suka Happy Baby Shop adalah kerana, di Baby Shop terdapat banyak pilihan baju untuk kanak-kanak lelaki takpun perempuan. Dengan adanye Baby Shop ini dapat menjimatkan masa para ibu untuk membeli baju anak-anak dengan hanya online sahaja.

Umi Nak tag kepada 5 orang ibu untuk menjoinkan diri dalam contest ni...

  1. Kak Lya
  2. Kak Alyyani
  3. CPM
  4. MaMa Awatiff
  5. Mummy Yana
Kepada sesiapa nak joinkan diri silakan yea...

Moga Ada Rezeki...


     Jumaat lepas kami sekeluarge berbuka di luar. Idakla jauh sangat dari rumah. Kul 6.30 baru keluar. Tempat yang di tuju adalah Tesco Hyper Shah Alam.. Sengaja menukar selera asyik makan kat rumah je. Lagipun nak gi cari baju 2 little pricess iaitu anak adik ipar umi yang duduk kat rawang tue. Kiteorang makan kat JM nasi Beriyani dalam tesco tue je. Tapi tak habis pun umi makan coz adha yang sungguh cranky tak mahu duduk diam asyik nak berdiri je dalam walker nak melihat lamou atas kepala..

    Itula melayu kan, dari rumah cakap nak beli baju anak saudara je dengan pampers Adha yang dah nak kehabisan stok. Tapi sampai je tesco macam2 plak yang di beli. Habis juga 200++. Lingkup kalo macam ni kalo tak disenaraikan apa yang nak di beli...

   Habis je membeli turun bawah tengok ada tempat untuk menangkap gambar. Kira studio kecik je. Terlintas juga dalam hati nak tangkap gambar si kecik tu dengan memakai kostum. Suami gi tany dulu kena bayar ke? Tapi tidak, beli barang kat tesco 50 ringgit ke atas boleh menjoinkan diri untuk pertandingan Baby Comel Tesco...(Umi tak ingatla tajuk pertandingan).. Umi ingatkan saje2 tangkap rupa-rupanye pertandingan. apa salah mencuba kan... Mana Tau kot ada rezeki si kecik yang comel nie... Meh kite layan gambar yang di tangkap...



Payah sungguh nak dapatkan gambar adha yang tengah senyum macam selalu. Dia Takut dengan penangkap gambar...


Bgai bola baru nak senyum sikit tapi udahnye dia buat mulut ternaganga plak.


Ni baru nak boleh senyum.


Tapi mata plak tak tengok kamera. Macam2 perangai adha sekarang...

     Sebenarnye masa gambar ni di tangkap adha dah ngantuk. Tula payah nak bagi kerjasama. Lagi satu dia takut dengan orang dan patung ziraffah dan kuda yang terdapat kat studio kecik tue. Adha kalo kat rumah paling lewat dia tido kul 10 lebih. Kalo berjalan rumah orang mahu kul 11 baru tido.. Itula kiteorang jarang berbuka kat luar coz adha tido awal..


*** Moga adha ada rezeki dalam pertandingan nie...

Jumaat

Contest Memek Muka Si Manja

Terasa ingin join contest ni. Coz banyak sangat memek muka adha dalam handset kamera. Manala tahu kot ada nasib menyebelahi adha kan.

Ada kawan- kawan yang nak join??? kalo ada jom kite ramai-ramai klik SINI untuk mengetahui syarat-syaratnye....

Jadi gambar yang umi pertaruhkan adalah :

Nama Anak : Muhammad Dzal Adha
Umur Anak : 9 Bulan
Cerita tentang gambar:
Bila Suami nak tangkap gambar adha dengan tak sengaja adha membuat muka garang macam ni. siap berkerut muka dan muncung..

Khamis

Jom Teka apa Adha Tengah Buat...(Ada Hadiah)

Senang Je... Tinggalkan Je komen Kawan2 dekat ruangan komen. Setiap sorang hanya boleh seberapa yang kawan-kawan nak. Umi akan pilih 2 pemenang yang jawapan paling tepat...

Tarikh Tutup nye Ialah Hari isnin Bersamaan 6 September 2010 jam 12 tgh hari.
Jadi mari kite tengok gambar nie:



Hadiah kepada peneka yang tepat adalah:

Botol Minuman...


Di sini ada sedikit klu untuk jawapan kat atas;
  • Umi tak pernah publishkan lagi dalam blog apa yang adha buat.
  • Jawapan berdasarkan eksperasi muka adha.

Rabu

Ku ber"Simpul Kasih" pada 31 august 2010...

Mesti ramai yang gi shopping kan semalam. Yeala cuti hari merdeka mesti la gi shopping takpun bawa family jalan-jalan. Umi kuar juga tapi idakla lama benar keluarnye. Beli apa yang patut pastu balik. Adha tak berapa nak sihat semalam. Asyik cirit-birit je. Pastu badan kejap panas kejap sejuk. Rupa-rupanye gigi atas nak tumbuh. Dah nampak putih dah kat gusi atas nye.

Berbalik pada tajuk kat atas, memang umi plan nak wat sendiri tahun nie. Suami umi minat sangat dengan Simpul Kasih. Kalo dapat letak dalam kereta bila balik kampung confirm habis punya. Takpun tinggal sikit je. Jadinye dari beli mahal-mahal baik kite buat. Jimat. Modal pun baru berapa. Lagipun semalam kan cuti harusla menggunakan masa tue dengan sempurna.

Mesti kawan tahu kuih Simpul Kasih kan??? ala yang dibuat dr kulit popia and inti nye serunding(ayam/daging). Takdala payah nak buatnye. Cuma kalo ada anak kecik ni je susah sikit. Tambah plak dia meragam. Berapa kali berhenti umi masa membuatnye.. Alhamdulillah akhirnye berjaya juga.

Jadi inila rupa kuih yang umi buat....



Satu bungkus kulit popia umi dapat satu besen kecik ni. Cukupla untuk makan sendiri dan jamu pada orang raya nanti...
Ni masa tengah goreng.. Wangi sangat. Tak masa ni suami dah tak sabar nak makan...

Yang ni plak dah siap goreng. Tak habis lagi goreng satu besen lagi. tula nampak sikit. Bila dah siap goreng semua dapatla separuh bekas panjang. Ada masa umi wat lagi bagi cukup satu bekas...