Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Pengalaman Lalu kini Kembali..

Tidak aku sangka aku akan mengalami nasib serupa separti aku mengandungkan adha dahulu. Tidak jauh beza sangat. Minggu lepas adalah hari mencabar bagi diriku. Penat, sakit, letih and hampir putus asa dengan hidup. Mujur bila tengok muka adha kekuatan aku kembali walaupun dalam kesakitan.

Dahulu ketika di awal kehamilan adha aku mengalami insiden di mana umi telah diragut ketika menunggang motorsikal. Alhamdulillah umi tidak cedera. Cuma umi kehilangan gelang tangan yang hanya sempat pakai selama 2 bulan dan umi rasa dah tak mampu nak beli lagi. Mengandung kali ini insiden sama tetap berlaku. Cuma bukan umi kena ragut tapi kena langgar. Dulu umi tiada alami pendarahan kali ni umi alaminye.

Hanya tuhan je tahu betapa sakitnye bila kena. Coz umi jatuh terduduk. Dahla sakit kereta tu plak dah jauh baru berhenti. Lagi satu umi plak yang dipersalahkan padahal memang sah dia yang salah coz dia belakang umi tiba pintas and terus nak masuk simpang. Dia cakap umi tak nampak ke di bagi signal. Dah memang sahla tak nampak coz ko dok belakang aku. Aku dah dok tepi nak masuk simpang and ko plak pintas aku. Malas nak panjang lebar coz badan pun sakit umi biarkan.

Balik rumah cerite kat suami, memang suami umi angin. Tapi umi kata orang tu pun dah takda. Tapi number kereta umi ambik. Cuma report je umi tak buat. Coz dah taktahan sakit. Masuk bilik air tengok ada pendarahan sedikit. Ya Allah hanya tuhan je tahu betapa risaunye hati umi. Umi ajak suami gi klinik terus untuk scan baby takut apa2 terjadi. Alhamdulillah kandungan umi selamat. Walaupun ada pendarahan. Cuma Docktor bagi MC suruh rehat.

Tapi bagi umi takda maknanye nak rehat. Adha demam panas start hari khamis. Nantikan N3 adha demam selepas ini...

*** Umi still rasa sakit di bawah perut. 24 ni gi repeat scan...

Tiada ulasan: