Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Minggu Depan dah 9 Bulan..

Kenapala bila masuk je bulan ramadhan malas benar rasanye nak menupdate blog. Bukannye takda cerite yang nak di tulis cuma takda mood nak berblogging. Tambah lagi morning sickeness yang sekejap datang waktu pagi sekejap datang waktu malam...

Berbalik pada tajuk kat atas, minggu depan 26 August 2010 adha dah genap 9 bulan. Ya Allah cepatnye  masa berlalu. Tahun lepas masa bulan puasa adha masih dalam kandungan umi. Baru nak masuk 7 bulan. Seronok rasanye melihat keletahnye sekarang yang dah nak mula nak menegur, bercakap(bahasa adha),merangkak and dah nak mula berdiri.

Sepanjang bulan ramadhan ni alhamdulillah adha tidak mengganggu umi dan suami berbuka or bersahur. Cuma time masak je mesti dia nak ikut gi dapur. Tak bawa confirm nangis. Letak dalam walker habis besen dia tarik. Waktu bersahur adha tido dengan nyenyak sekali. Alhamdulillah umi dikurniakan anak yang tidak kuat meragam cuma time dia tak sihat aje adha buat hal.

Adha suka sangat masuk kat dalam kawasan buai, and berpaut kat besi tu. kalo jatuh kan sakit.

Ni gambar adha suka, bila dia berjaya berdiri kat sofa.. Memang adha akan berdiri kalo ayah or mama ada atas kerusi adha ada kat bawah. Pastu nak duduk balik tak pandai nangis. Tak pun lepas tangan jatuh sendiri. Nampak tak putih kat gusi bawah adha. Gigi dah ada 2 batang. ni gamabr lama. masih tak jelas tapi sekarang dah nampak jelas...


Yang atas tu gambar pagi tadi. Nyenyak je tido. Takda nak bangun2 walaupun mama takda kat sebelah. Masa ni umi nak kejutkan suami bangun bersahur. Gambar yang bawah tu plak gambar malam selepas dia tido. adha malam dah tak nak tido dalam buai. Nak tido bawah. Bila tido bawah confirmla nak berkepit dengan mamanye. Lepas je berbuka pose adha dah nak tido.

*** Sejak accident baru2 nie perut umi kerap sakit. Mudah-mudahan kandungan umi selamat..

Tiada ulasan: