Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Adha dah 9 bulan 4 hari..

Alhamdulillah umi ucapkan kepada Tuhan yang Maha Esa. Zuriat yang Allah berikan pada 26 November 2009 kini sudah berusia 9 bulan 4 hari. Seorang anak yang susah nak meragam kecuali tidak sihat, seorang anak yang makin ligat sampai mamanye penat. Begitu cepat waktu berlalu, kini anak teruna umi dah hampir menjadi sorang kanak-kanak.

Raya tahun ini lebih bermakna, mesti seronok tengok keletah adha nanti. Tahun lepas raya membawa perut yang sarat. Tahun ni membawa anak kecil yang "lasak" dan tak reti nak duduk diam habis semua nak di kenjahnye...

Persiapan raya, alhamdulillah dah hampir selesai. Baju raya adha dan mama semua dah lengkap.Baju raya adah dah ada 4 pasang termasuk baju melayu. Cukup dah kot rasanye. Dalam almari banyak lagi bju yang masih cantik dan jarang adha pakai.. Kasut ada 2pasang, stoking 3pasang. Mamnye pulak baju kurung saje 5 pasang(banyakkan).. Tapi kasut je belum beli lagi. Tak sempatla. Coz masa shopping baju adha, dia dah meragam nak tido. Banyak-banyak baju raya, baju raya sang suami je belum beli lagi. Insyallah esok kami gi cari..


Inila dia budak yang sangat lasak. Sekarang kalo letak adha dalam stroller confirm dia berdiri punya. Tu la jarang dah pakai stroller. Masa balik kampung jumaat lepas, habis bawah meja dia masuk. Dahla masuk bawah meja pastu berdiri plak. Ayahnye nak tukar tikar getah pun payah.


 Ini plak gambar mencuba baju raya. Sangat2 comel tengok dia pakai baju raya yang di beli oleh mama. Baju melayu makngah(aka kakak umi) yang sponser. Coz family umi kat perak tema biru tahun nie.. Ty makngah..

Perkembangan adha bila dah umur 9 bulan ni;

  • Dah mula nak duduk
  • Keje nak memanjat je
  • Dah merangkak
  • Suka membebel
  • kuat makan
  • bila nak pakai baju/ pampers berperang dulu dengan mama
  • suka menggigit
  • Dah ada gigi 2 batang..(yang atas baru nak tumbuh)

CONTEST MaMa3H: Si Comel Manis Berbaju Kurung / Berbaju Melayu

Nak tahu syarat lebih lanjut klik

To pihak penganjur sorry penyertaan last minute coz baju raya baru balik ambik kat kampung. Harap diterima yea...

Gambar yang saya pertaruhkan adalah :

Nama Anak : Muhammad Dzal Adha Bin Muhammad Hasry
Umur : 9 Bulan

Rabu

Checkup Kehamilan - 10 Minggu

Alhamdulillah kandunganku sudah masuk 10 minggu. Lagi 2 Minggu dah cukup 3 bulan. Semalam Umi telah pergi checkup untuk kandungan 2bulan. Sebenarnye checkup 2 bulan umi dh pergi 2minggu lepas tapi umi disuruh dtg kembali coz kandungan umi nampak bermasalah coz umi excident hari tue.

Alhamdulillah, semalam umi gi check kandungan umi tiada alami apa2 masalah. Semuanya normal. Mungkin 2 minggu lepas pundi kencing umi kurang air kot tu dia nampak kabur and macam ada masalah. Gi checkup semalam rutin macam biasa. Scan perut, timbang, check urine, dan ambik darah..

Masa scan umi happy tengok anak yang di kandung memebsar dengan sempurna. Walaupun masih kecil tapi comel. Cuma doktor lupa print je.
(Gambar ambik dr google)

Dah siap scan doc ambik darah. Aduh ambik darah ni bukan yang cucuk kat hujung jari ni tau, tapi cucuk kat urat pelipat tangan tue. Sakitnye coz darah umi tak laju nak kuar. Bengkak tangan umi. Dapat cukup2 je darah tue. Kalo tak kena ambik sekali lagi..

Dah siap ambik darah kena gi check urine plak. Alhamdulillah ok. Tapi yang tak oknye berat badan. 2 minggu lepas datang timbang berat 47 kg. Tapi semalam timbang turun jadi 45 kg. Bulan pose ni kot lagipun selera umi masih kurang. Masih tak mampu nak menelan sepinggan nasi...

Dah habis semua urusan, doc bekalkan ubat acid folix(betul ke eja ni) dan ubat angin. Checkup next month pada 21 september 2010..


Isnin

Kalo DapaT Kat Dia IniLa JadinYe

video
Balik kerja sekarang ni kena terus gi ambik adha. Umi balik awal bulan pose ni. Kalo bulan biasa kul 5.45 umi baru balik. Tapi bulan Pose ni kul 4 dh balik. Jadi kenala gi ambik awal adha coz pengasuh nye bulan ramadhan dia berniaga...

Adha ni satu je tau perangai dia, kalo mamanye pakai tudung siapla dia tarik. Kalo tak bagi confirm jerit... Kat atas tu video dia tengah main dengan tudung mamanye.. Siap membebel lagi...
Layan je la video kat atas tue...

Khamis

Moment With New Born Contest


Jom kite ramai-ramai pakat join contest ni yang di anjurakan oleh kak allyani.
Kalo tak silap umi ni contest pertama yang di anjurkan oleh kak allyani.
Nak tahu syarat-syaratnye klik SINI.

Jadi gambar yang umi pertaruhkan adalah:

Nama Bayi : Muhammad Dzal Adha Muhammad Hasry
Tarikh Lahir : 26 November 2010
Berat Ketika Lahir : 2.83kg
Waktu gambar di tangkap : selepas keluar dari bilik bersalik
Nama Ibu : Ummi Kalthum Binti Mohd Nasir
Cerite disebalik gambar:
To kak allyani, ini adalah gambar yang tak diedit. Gambar ni umi tangkap selepas umi keluar dari bilik bersalin. Masa ni mak and suami dah ada. Umi tangkap gambar curi2 coz mak bising. Bila dapat je tengok adha yang umi kandung selama 9 bulan 10 hari umi sedih bercampur gembira. Inila rupa anak yang umi kendong kemana2 umi pergi sampai umi bersalin. Adha lahir awal 3 minggu dari tarikh jangkaannye. Umi sekeluarga terpaksa beraya haji di hospital klang. kempunan Umi nak makan ketupat sama gulai daging. Sekarang adha dah nak masuk 9 bulan, alhamdulillah dah makin bijak. Dah ada gigi 2 batang and insyallah akan mendapat adik tahun hadapan.

Minggu Depan dah 9 Bulan..

Kenapala bila masuk je bulan ramadhan malas benar rasanye nak menupdate blog. Bukannye takda cerite yang nak di tulis cuma takda mood nak berblogging. Tambah lagi morning sickeness yang sekejap datang waktu pagi sekejap datang waktu malam...

Berbalik pada tajuk kat atas, minggu depan 26 August 2010 adha dah genap 9 bulan. Ya Allah cepatnye  masa berlalu. Tahun lepas masa bulan puasa adha masih dalam kandungan umi. Baru nak masuk 7 bulan. Seronok rasanye melihat keletahnye sekarang yang dah nak mula nak menegur, bercakap(bahasa adha),merangkak and dah nak mula berdiri.

Sepanjang bulan ramadhan ni alhamdulillah adha tidak mengganggu umi dan suami berbuka or bersahur. Cuma time masak je mesti dia nak ikut gi dapur. Tak bawa confirm nangis. Letak dalam walker habis besen dia tarik. Waktu bersahur adha tido dengan nyenyak sekali. Alhamdulillah umi dikurniakan anak yang tidak kuat meragam cuma time dia tak sihat aje adha buat hal.

Adha suka sangat masuk kat dalam kawasan buai, and berpaut kat besi tu. kalo jatuh kan sakit.

Ni gambar adha suka, bila dia berjaya berdiri kat sofa.. Memang adha akan berdiri kalo ayah or mama ada atas kerusi adha ada kat bawah. Pastu nak duduk balik tak pandai nangis. Tak pun lepas tangan jatuh sendiri. Nampak tak putih kat gusi bawah adha. Gigi dah ada 2 batang. ni gamabr lama. masih tak jelas tapi sekarang dah nampak jelas...


Yang atas tu gambar pagi tadi. Nyenyak je tido. Takda nak bangun2 walaupun mama takda kat sebelah. Masa ni umi nak kejutkan suami bangun bersahur. Gambar yang bawah tu plak gambar malam selepas dia tido. adha malam dah tak nak tido dalam buai. Nak tido bawah. Bila tido bawah confirmla nak berkepit dengan mamanye. Lepas je berbuka pose adha dah nak tido.

*** Sejak accident baru2 nie perut umi kerap sakit. Mudah-mudahan kandungan umi selamat..

Mana Nak Cari...

Alhamdulillah umi diberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmatnye bulan ramadhan tahun nie. Walaupun umi masih alami night sickness umi berjaya tempuhinye. Cuma umi masih tidak berselera untuk makan. Berbuka cukupla hanya sekadar kuih muih. Masuk nasi confirm muntah walaupun terasa nak makan. Begitu juga bersahur. Dah 2 hari puasa ni umi bersahur hanya beralaskan nasi hanya 2 3 suap je, susu and air kosong. Ntah kenapa kali ni sungguh berbeze dari tahu lepas.

Tahu ni umi menjalani ibadah puasa bersama 2 orang tersayang. Tahun lepas 1 orang je. Puasa tahun lepas umi tengah hamilkan Adha 6 nak masuk 7 bulan. Tahun ni adha dah besar. Nak masuk 9 bulan dah. alhamdulillah waktu berbuka semalam dia tidak mengacau kami berbuka. Janji suap Adha makan sama.

Tapikan semalam waktu berbuka umi rasa tak cukup syarat. Makan pun nak taknak je. Rasa kecewa sangat. Puas umi cari benda tue. @ tempat pasar ramadhan umi pergi tapi masih tak jumpa. Nak gi jauh lagi cari rasa tak sempat dah. Coz dah nak dekat waktu berbuka.

Benda ni la umi cari. Umi nak sangat makan. Sampai luka tangan umi pagi tadi kena pisau. Coz terlalu inginkannye. Ada sape2 tahu tak kat mna jual sekitar area shah alam??? Dapat 1 ketul pun jadila... Masa ngandungkan daha senang plak carinye. tapi sekarang dah takda jual plak kat situ... Tolong... Umi nak sangat benda ni...

My 1st Contest " Cutiest Stripe & Line Contest"

Nak tahu syarat-syaratnye Klik SINI

Jadi gambar yang umi pertaruhkan adalah;

Nama anak : Muhammad Dzal Adha Bin Muhammad Hasry
Umur Baby ; 9 Bulan

Selasa

Musim Demam..

Ini gambar hari first adha demam. Still aktif. Tapi mama still tak larat nak bangun. sejak eksiden hari tu umi  umi still rasa sakit di bawah perut. Gambar kat atas tue pada hari jumaat.

Tepat jam 10 malam adha dah mula panas badan. Umi bagi makan alhamdulillah susut panas badannye. Tapi tengah malam kerap adha bangun. Umi sendiri tido2 ayam2 je. Adha ni satu je perangainye, kalo demam tak nak dengan ayahnye. Dalam kesakitan umi rela bangun. Biarla kite sakit janji jangan anak sakit.

Umi sangkakan demam biasa rupanye bukan. Masuk hari kedua demam adha makin tinggi. Cecah 40'C. Dengan kerap muntahnye, tak nak makan dan hanya harapkan susu je itupun payah nak habiskan 6oz. Kalo habis pun pasti akan muntah kembali. Umi terus gi Hospital Klang bawa adha gi check. Dari kul 10 malm sampai hingga kul 3 pagi baru boleh jumpa doktor. Adha dah sampai takda suara menangis penat menunggu lama.(Nanti umi ceritekan insiden di HTAR)

Hari ketiga adha demam still tak kebah. Makin tinggi. Pagi semalam saje 6 kali dia muntah. Umi nekad ajak suami sekali lagi gi sek7 (klinik kerajaan). Kat sini doktor ambik darah adha dan bagi surat untuk masuk hospital coz adha muntah banyak kali dan adha dah takda energy. Kul 10 pagi umi bertolak dengan suami ke hospital dengan bag baju. Ingatkan sampai boleh terus jumpa doktor sebab dah bawa surat suruh tahan wad. Tapi tidak. Kena tunggu. Dari kul 10 pagi sampaila kul 3 petang baru boleh jumpa doktor untuk pengesahan masuk wad. Ingatkan kena tahan tapi doc tue cakap anak awak tak perlu tahan coz dia boleh minum susu lagi walaupun suhu badannye tinggi. Balik bagi makan ubat anti influrnza coz adha batuk, demam dan selsema. Nak marah pun ada. Penat menunggu last2 suruh balik.

(Gambar masa tunggu nak jumpa doktor)

Alhamdulillah balik dari hospital buat kali kedua panas badan adha makin kurang. cuma batuk aje belum. Kesian tengok adha coz nampak cengkung. Confirm berat badan adha turun. Adha still tak nak makan. Susu je dia nak. Itupun still muntah. Kalo still muntah umi nekad nak bawa gi klinik swasta nak tanya doc mcm mna plak..

Pengalaman Lalu kini Kembali..

Tidak aku sangka aku akan mengalami nasib serupa separti aku mengandungkan adha dahulu. Tidak jauh beza sangat. Minggu lepas adalah hari mencabar bagi diriku. Penat, sakit, letih and hampir putus asa dengan hidup. Mujur bila tengok muka adha kekuatan aku kembali walaupun dalam kesakitan.

Dahulu ketika di awal kehamilan adha aku mengalami insiden di mana umi telah diragut ketika menunggang motorsikal. Alhamdulillah umi tidak cedera. Cuma umi kehilangan gelang tangan yang hanya sempat pakai selama 2 bulan dan umi rasa dah tak mampu nak beli lagi. Mengandung kali ini insiden sama tetap berlaku. Cuma bukan umi kena ragut tapi kena langgar. Dulu umi tiada alami pendarahan kali ni umi alaminye.

Hanya tuhan je tahu betapa sakitnye bila kena. Coz umi jatuh terduduk. Dahla sakit kereta tu plak dah jauh baru berhenti. Lagi satu umi plak yang dipersalahkan padahal memang sah dia yang salah coz dia belakang umi tiba pintas and terus nak masuk simpang. Dia cakap umi tak nampak ke di bagi signal. Dah memang sahla tak nampak coz ko dok belakang aku. Aku dah dok tepi nak masuk simpang and ko plak pintas aku. Malas nak panjang lebar coz badan pun sakit umi biarkan.

Balik rumah cerite kat suami, memang suami umi angin. Tapi umi kata orang tu pun dah takda. Tapi number kereta umi ambik. Cuma report je umi tak buat. Coz dah taktahan sakit. Masuk bilik air tengok ada pendarahan sedikit. Ya Allah hanya tuhan je tahu betapa risaunye hati umi. Umi ajak suami gi klinik terus untuk scan baby takut apa2 terjadi. Alhamdulillah kandungan umi selamat. Walaupun ada pendarahan. Cuma Docktor bagi MC suruh rehat.

Tapi bagi umi takda maknanye nak rehat. Adha demam panas start hari khamis. Nantikan N3 adha demam selepas ini...

*** Umi still rasa sakit di bawah perut. 24 ni gi repeat scan...

Khamis

Season 4 - CUTE FUNNY EATING BABY

Nak tahu syarat-syaratnye KLik SINI

Owh tak lupa juga hadiah kali ni di taja oleh anje aka mama balqis.

 
" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"




Ok gambar yang umi pertaruhkan adalah;


Nama Baby : Muhammad Dzal Adha Bin Muhammad Hasry
Umur Anak : 9 Bulan