Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Jalan-Jalan Di Puncak Genting...

   Jumaat baru ni mak umi merangkap Makpah kepada adha telah berkunjung ke rumah umi. Seronok sangat bila mak datang. Tak banyak aktiviti yang kami buat coz mak datang timing silap... Jadi hari sabtu mak ajak naik genting coz mak tak pernah naik. Dah jarang mak datang kan umi pun bawa naik genting. Dalam kul 3 petang kami bertolak dari rumah.. Ingat nak pegi pagi tapi suami umi keje half day hari sabtu...

    Ini gambar mak bersama adha di hadapan pintu masuk indoor game... Kami tak masuk pun coz mak cakap kalo masuk rugi je coz mak tak berani nak main and umi lagila anak tak nak dengan mak mcm mna nak main. Tengok gambar adha tu dh muncung mulutnye...

Ini plak gambar umi bersama mak.. Serupa tak muka???



Gambar kat atas masa naik keretapi.. Mak cakap naik benda ni lagi puas coz tak payah berjalan jauh-jauh. Adha cukup suka naik benda ni. Tengokla gambarnye siap muncung mulut...Sampai dah lupa mama dan ayahnye. Kain tuala umi bawa coz nak balut badan adha masa dok dalam stroller tapi adha wat main plak. Adha ni pantang ada kain atas badan mesti dia tarik punya.


Masa ni dah nak balik and adha dah start meragam mengantuk. Bila dah start mengantuk dengan sape pun tak nak dah... tak boleh nak bergambar banyak coz adha dah tido and umi plak kena dukungnye. jadi banyak tempat yang kami pergi tak bergambar. Kami bertolak balik dalam kul 6.30petang. Adha tido sampai kami berhenti makan pun tak bangun dah..



2 ulasan:

cheqna berkata...

beshnya jalan2......

mamaaerish : berkata...

wah genting.... biler la ai nk pegi nih... hik3