Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

CONTEST HARI IBU



CONTEST HARI IBU
Nak tahu syarat-syaratnye KLIK SINI yea



 Ini la gambar umi dengan mak kesayangan umi... Gambar ni belum umi kahwin tapi dah tunang...

Berbalik dengan tajuk contest di atas, banyak umi nak kongsikan tapi umi pilih satu je iaitu tentang kepayahan mak umi membesarkan kami 4beradik... Kisah ini akan umi kongsikan hingga anak cucu..

Ikuti kisah di bawah ini;

Umi dilahirkan pada 6 june 1988 jam 6.30petang di HUSM kubang kerian kelantan. Masa umi dilahirkan hubungan ayah dan mak masih berpanjangan. Ayah umi adalah sorang askar dan mak suri rumah sepnjang masa. Tapi Tuhan juga tahu bertapa panjangnye jodoh seseorang itu di muka bumi ini. Di kala umur umi 9 bulan ayah dan mak telah berpisah. Umi masih terlalu kecil masa itu, abang sulung umi masa ni umur 6 tahun dan kakak 4tahun. Setelah berpisah mak telah membawa kami adik beradik pulang ke kampung di Lenggong perak. Di sinila kami dibesarkan...

Di saat ini la umi nampak kesusahan mak dalam membesarkan adik beradik.. Emak membantingkan tulang 4 keratnye untuk mencari rezeki.. Ayah??? satu sen pun tak hantar duit kat mak untuk kami adik beradik. Jangankan kata nk bagi duit datang jenguk pun tidak. Mujur la di kampung umi ini ada projek ikan pekasam. Mak mengambil upah menyiang ikan dengan harga 10kg 5ringgit.

Ketika umi berumur 5tahun mak bertemu jodoh lagi.. Tapi tidak kekal lama... Emak diuji lagi dengan kematian suami baru.. Ketika itu adik umi berumur 4 tahun. Ya Allah kuat betul dugaan mu. Kami berpindah randah dr satu rumah ke rumah yang kami sewa. Peralatan elektrik rumah pun hanya pakai yang orang bagi, mak tidak mampu nak beli. Di alam persekolahan kami 3 beradik bergilir bersekolah.. Kerana tiada duit belanja, kalo hari ni umi pergi sekolah mesti kakak atau abang bercuti and tolong mak bekerja, sampai la kami adik beradik bersekolah menengah and dapat biasiswa baru hilang kesusahan ini..

Tapi walaupun kami adik beradik dapat biasiswa, kami tetap susah. Dulu asal cuti sekolah kami adik beradik akan cari kerja sambilan. Kerja kat restoran and ambil upah buat kuih raya di rumah orang ketika bulan puasa. Kami adik beradik tidak mahu nyusahkan mak untuk membeli kelengkapan sekolah dan raya.. Kadang-kadang kami juga akan membantu mak menyiang ikan di rumah orang. Kami tidak sampai hati melihat tangan mak kecut bermain air ketika meyiang ikan kadang2 sampai 80kg...

Hidup kami mulai senang sedikit ketika abang sulung umi bekerja sebagai Navy di lumut. Mak tidak kerje sesusah dulu. Mak hanya ambil upah berkerja di kedai makan sebagai tukang masak. Masa ini umi satu family dah dapat bantuan rumah PPRT..Ayah??? tak pernah datang jenguk muka pun ketika kami kesusahan.

Tapi kegembiraan mak hilang kembali.. Abang sulung telah kembali kerahmatullah pada 5 januari 2008 jam 7.40malam.. Arwah meninggalkan kami selepas 2 minggu kakak berkahwin and sebulan sebelum arwah berkahwin dengan pilihan hati. Mak sekali lagi di uji. Tempat mak bergantung telah meninggalkan mak. Umi masih ingat sebulan umi bercuti tanpa gaji nak jaga mak. Biarla umi tak bekerja umi tak sanggup melihat mak sakit. Umi tahu mak bersedih sangat2 coz abang umi adalah harapan family tapi Allah lebih menyayangnginye...

ALhamdulillah kini mak semakin pulih cuma kadang-kala mak teringat arwah abang.. Hidup mak kini makin senang sedikit tidal lagi perlu susah payah macam dahulu kala. Kami adik beradik masing-masing dah berkerja and berkahwin. Cuma tinggal adik yang bongsu masih bersekolah.. Mak dah ada kenderaan sendiri iaitu motor untuk gi bekerja. Walaupun mak dapat duit pencen arwah abang tiap2 bulan mak tetap mahu bekerja. Mak umi jenis tidak mahu berharap sepenuhnye pada duit pencen and insurans arwah abang..

To mak;
Akak minta maaf kalo mak terbaca atau mendengar cerite orang andai terbaca apa yang di tulis dalam blog ni. Akak hanya nak berkongsi cerita sahaja tentang kejayaan mak membesarkan kami adik beradik. Sempena hari ibu and kebetulan hari jadi mak pun jatuh pada bulan mei iaitu 15 Mei ini akak ingin mengucapkan selamat hari ibu and happy birthday to MAK. Semoga Allah memberikan mak kekuatan untuk menempuh hidup yang masih panjang. Semoga Allah mengurniakan kesihata yang baik pada mak.. Lastly. I LOVE U MAK...

2 ulasan:

Lelord berkata...

uwaaaa t'haru...

Edriena Hazelina berkata...

hye dek..
akak salah sorang juri untuk contest nie.
terharu baca cerita nie.
akak pasti Allah dah janji kan kesenangan di akhirat kelak buat ibu adek.