Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Pap Smear


Apa Itu Ujian Pap Smear???

Ujian ini adalah merupakan salah satu cara memeriksa sel-sel yang berkumpul di dalam serviks dan faraj...
Dengan ini kite boleh mengesan kehadiran jangkitan,inflamasi dan sel-sel yang tidak normal atau kanser.
Ini bermakna ujian ini dilakukan untuk mengesan malignan dan pra -maglinan dalam serviks..

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?


Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus dan kemudian diperiksa di bawah microskop.


Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif:Tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP
 
MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius
Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.


DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?


Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.


*** Alhamdulillah umi dah pun buat ujian nie... keputusan nye minggu depan

Tiada ulasan: