Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

BoNDa's 1st Giveaway - Contest Anugerah Terindah


Kali ini umi nak join contest BoNDa's 1st Giveaway - Contest Anugerah Terindah.
Contest nie dianjurkan sempena Hari Lahir ibu Bonda Pn Nor Rizan..
Nak tau syarat yang diminta klik di SINI

To BonDa inila cerite yang Umi ingin kongsikan. Harap sudila membaca;

   Pada tanggal 22 January 2009 umi telah dinikahkan dengan suami tercinta Muhammad Hasry dengan berwalikan tok kadi... Siapa sangka juga akan "Bunting pelamin" setelah 3bulan mendirikan rumah tangga... Umi bersyukur tak terhingga tatkala umi diberi khabar gembira oleh doc setelah Mr P umi lewat 5hari... Umi tidak alami sebarang alahan ketika awal mengandung cuma umi mengalami sedikit kesakitan di Payudara... Kerana kesakitan inila umi dapat berita yang umi telah hamil 1Bulan...
  
   Umi dijangka bersalin 15 December 2009.. Sebulan sebelum umi sambut anniversary yang pertama... Umi rasa ini adalah hadiah yang terbaik untuk diberikan pada suami sempena Anniversary kami yang pertama... Di awal kehamilan(trimester pertama) umi tidak alami sebarang alahan yang teruk cuma umi kadang jadi lemah di kala malam datang... Boleh umi katakan hampir tiap-tiap hari umi makan di luar... Alhamdulillah suami faham...

   Di kala kandungan umi mencecah 7bulan umi ditimpa kemalangan di mana umi dilanggar dengan kereta dr belakang. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnye perut umi ketika itu. Dalam hati umi berdoa supaya Anak umi selamat. Masa kejadian umi sedang menaiki motor. Selepas kejadian umi tidak dibenarkan menaik motor lagi hingga bersalin. Alhamdulillah selepas kejadian tak diingini berlaku umi tidak lagi ditimpa sebarang masalah cuma umi tidak boleh terlalu dekat dengan suami coz umi akan jadi marah tak tentu pasal. Tapi tidakla hari2 kadang2 je.

  Tanggal 24 November 2009 umi telah menghadiri checkup untuk minggu ke-37. Semuanye normal cuma berat badan dan ketinggian telah turun. Dalam hati umi jangkakan sempat balik raya haji. Tapi pada malam hari 24 November, umi dah jadi tak senang duduk. Baring salah, duduk salah, and nak tido pun susah. Umi tak sangaka itu adalah salah satu tanda kelahiran. Keesokan paginye, ketika umi sedang bersiap hendak ke tempat kerja, sesuatu telah keluar dengan banyaknye dari kangkang umi. Sah air ketuban... Terus kol mak di kampung and mak suruh gi hospital.. Umi kol suami suruh hantar umi ke hospital...
25 November 2009 jam 11 pagi umi dah di admitkan di dalam wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Masa ni bukaan rahim baru 1cm and umi tidak berasa sebarang kesakitan.

   Jam 12malam, umi dah mula terasa constraction. Sakitnye masa nie macam segugut. Kadang2 datang kadang2 hilang. Tapi tatkala constraction datang langsir disebelah umi tarik dan genggam. Ketika ini suami umi pulang ke Perak untuk ambil Mak di kampung.

  Masa berlalu begitu pantas, sakit yang umi alami makin kuat. Hinggakan nurse nak pasang CTG tidak bagi. Perut umi makin mengeras dengan kuat. Jam dah menunjukkan 7pagi. Dah 24jam umi masih tidak bersalin. Bukaan rahim still 1cm dari semalam. Umi dah tak terkira berapa kali proses seluk cek bukaan rahim di buat tapi bukaan baru 1cm. Umi tak tido semalaman, makan pagi pun tak. Hanya menahan sakit yang teramat sangat. Dalam 8pagi umi terjaga dari tido yang umi tak sedar bila umi tertdio. Buka je mata tengok Mak datang. Mak datang bawa makanan. Tapi umi tak mampu dah nak telan. Umi diberi minum air Zam-zam dan air pelusuh yang di bawa oleh Mak. Sungguh sayu hati ini, Mak sanggup bawa dari jauh hanya untuk anaknye. Umi minum tak banyak, dalam hati umi masa nie cepatla baby kuar..

  Jam 10pagi, sakit yang umi rasakan dah memang terlalu kuat. Umi dah tak mampu nak duduk rasanya. Nurse suruh ngiring ke kiri. Umi ikut je. Sekali lagi cek bukaan. Alhamdulillah bukaan dah 8cm and umi di suruh teran and dah nampak kepala baby. Umi dipindahkan ke atas katil lain dan di tolak ke labour room. Umi sempat lagi kol mak suruh tunggu di depan lobour room.

  Alhamdulillah, jam 10.44pagi umi telah selamat melahirkan Adha dengan seberat 2.83kg hanya dengan 3 kali teran. Hilang segala kesakitan yang umi rasa tatkala Adha di letakkan di atas dada dan umi telah menghadiahkan sebuah ciuman kasih buat pertama kali. Kalo Bonda nak tahu, lepas Adha di angkat untuk dibersihkan umi telah minta air dr nurse sebanyak 2 kali. Tekak umi kering sangat rasanya. And umi tak sedar bila umi di jahit yang di bawah coz umi tertido kerana ngantuk yang teramat sangat. Umi hanya sedar bila nurse kejut untuk dipindah masuk wad...

   Jam 12.30 tengah hari, umi telah berada di dalam wad. Suami dan mak telah siap menunggu di katil. Umi nampak air mata kegembiraan di mata suami. Alhamdulillah Adha dilahirkan dengan cukup sifat. Tiada sikit yang kekurangan.. Umi dibenarkan pulang pada hari raya haji.. Umi bersalin sehari sebelum raya haji and awal 3 minggu dari tarikh jangkaan...

Gambar ini di tangkap beberapa jam selepas keluar dr labour room.

Gambar Adha yang latest berusia 3bulan

Gambar masa Adha kecik dengan umi takdala... umi letak gambar ni yea...


Inilah pengalaman umi yang umi tangkkan lupa sepanjang hidup umi.

2 ulasan:

aiDieNa berkata...

Nasib baik tak der apa² lepas kemalangan tu.. ikhss.. seriau jer.. lenkali takyah lar naik moto time pregnant.. bahaya.. anyway.. best of luck!

girl_perak berkata...

masa tu suami kje outstion byk tu naik motor...