Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Al Fatihah

Umi telah menerima perkhabaran duka pada hari ini...
Seorang lagi sepupu Adha iaitu anak kepada kakak Suami Umi telah menghadap Ilahi sebaik dilahirkan pagi tadi...
Anak ini telah dilahirkan tanpa tempurung kepala...
Dan doktor sudah berkata dari awal bahawa anak ini tiada harapan untuk hidup sebaik dilahirkan...
Besar sungguh ciptaan Allah...
 
Buat kakak ipar Umi,,
Umi dan sekeluarga meminta maaf tidak dapat balik buat masa ini...
Insyallah cuti Raya Cina ini Umi sekeluarga akan datang di rumah kakak...
 
*** Semoga Allah mencurahi Rahmat keatas Jenazah anak kakak ipar Umi
 

Tiada ulasan: