Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Kejam...

Apa nak jadi dengan manusia sekarang???

Kanak-kanak 3 tahun "Didera, dirogol, diliwat"

Semalam ketika umi menonton berita Tv3,, hati umi tersentuh dengan berita dimana seorang budak berusia 3tahun telah didera,dirogol dan liwat oleh teman lelaki ibunya iaitu warga Afrika... Ya Allah begitu kejamnye...
Ibunye sanggup membuat pernyataan palsu dimana anaknya didera oleh pembantu rumah yang diupahnye bagi melindungi kesalahan teman lelaki nya... Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua,,, bagaimanapun siasatan polis siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.
Kenapa ya masih ada manusia zalim sebegini di atas muka bumi ini??? Tidak kesiankah wanita ini pada anaknya yang masih kecil??? Umi harap wanita ini dan teman lelaki nya yang tak berperikemanusian ini diberi hukuman mati...