Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Cerita Lawak,,,

  • Topup Rm10 Tahab Sebulan
Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..
Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..
Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..
Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.


2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901


3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.


4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902


5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;


<01234567891023> send to 09903


6) tak lama pastu diorg akn reply;

"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"
hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..
kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..

  • Loghat Mana Paling Munasabah
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:


"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):


"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate)
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

  • Papa & Mama
Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

  • Kisah Isteri Cemburu Tak Bertempat
Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.
Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi *** Lain kali jangan suruh anak yang kol... Janganla ada sifat cemburu buta




Sekitar Open House Syarikat...

Semalam iaitu 6 Oktober 2009, syarikat di mana tempat umi bekerja telah menganjurkan open house... best sangat... Dapat berkumpul ramai2... Umi bekerja dengan syarikat Tol... setakat Prolintas mempunyai 3 Tol dan 2 sudah operasi dan satu lagi insyallah tahun depan dalam bulan March(3) akan beroperasi... Di sini umi sertakan sedikit gambar sekitar majlis tersebut... Tak banyak sangat gambar coz guna handphone aje... Nanti bila dapat gambar yang lain umi upload lagi yea...


Ini gambar umi dengan staff tempat umi bekerja... umi yang tgh2 tu.. dah tembam sikit coz pregnant 7bulan.


Ini gambar member umi yang dh tak tahan lapar dan ngantuk.. jadi buat muka ceria... hehehehe


Ini gambar yang paling umi suka... penyanyi tu tiba2 je mari suruh kak hani menyanyi... apa lgi sesi tolak mikrofon pun bermula... hahaha... dan ada sorang lagi siap pusing keliling meja bila penyanyi tu kejar,


Masa ni dh time makan... itu gambar penari yang membuat persembahan... abaikan gambar org tgh makan tu tau...

Ini gambar penyanyi Fido dari singapura... Yang atas pentastue tau... sorry gambar tak jelas...

*** ini je dulu gambar umi letak... nanti kalo ada gambar lagi umi upload yea...

Tempat Menarik Di Sekitar Rumah Kampungku (part 2)

Kat Perak nie banyak tau lagi tempat menarik... banyak tempat bersejarah,,, tempat mandi-manda,,, tempat beribadat dan banyakla lagi tempat yang cantik untuk melancong...
  • Teluk Batik ; Teluk Batik terletak di daerah Lumut... Pantainya cantik... dan sesuai untuk berkelah dan melakukan aktiviti Family Day... Di sini juga disediakan resort untuk bermalam atau berkhemah aje kat tepi pantai... banyak kemudahan yang disediakan di sini...


(1) Pantai Teluk Batik


(2) Teluk batik Resort

  • Muzium ; Kat Perak terdapat banyak muzium yang boleh di lawati,,, Antaranya ialah;
(1) Muzium Darul Ridzuan terlatak di  Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh. Di bina pada tahun 1926








(2) Muzium Beruas terletak di Daerah Manjung...





(3) Kompleks Pasir Salak terletak kira-kira 80kilometer dr Ipoh, dan dirasmikan oleh oleh Raja Muda Nazrin Shah pada 26 Mei 1990...
bertujuan untuk memperingati peristiwa berdarah yang berlaku di sini...









(4) Muzium Diraja Kuala Kangsar( Istana Kayangan) terletak di Kuala Kangsar,.. Ia dibina pada tahun 1926...

  • Terdapat satu lagi tempat peranginan  iaitu Pulau Pangkor... Untuk pergi kesini kite perlu manaiki bot...Tempatnye pun cantik... Disini umi sertakan gambar sekitar Pulau Pangkor...



  • Di Perak juga terdapat banyak Gua dan Gunung yang boleh dilawati... Antara nama-nama Gua dan Gunung yang terdapat di Negeri perak ialah;(tak blh nk tulis semua.Banyak sangat nama gunung dan gua yang terdapat disini)
  1. Gua tempurung
  2. Gua Kandu
  3. Gunung Besar
  4. Gunung Biong

*** Yang ini sahaja umi dapat ceritakan,,, banyak lagi sebenarnye tempat menarik yang umi tak cerita... ada masa nanti umi ceritakan lagi yea... semua tempat menarik mengikut daerah yang terdapat di negeri Perak... Memang best kalo pergi semua tempat-tempat ini tau... Bye...