Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

KEMALANGAN...

Tidak kuduga,,, dalam aku berhati-hati kemalangan tetap berlaku.
Umi telah terlibat kemalangan antara motor dengan kereta pada 10/09/09(Rabu) ketika dalam perjalanan ke tempat kerja...
Alhamdulillah,, umi tidak mengalami kecederaan serius cuma bengkak badan sedikit dan terseliuh di bahu kiri...
Semasa kejadian berlaku,, aku tidak kisah apa yang terjadi pada diriku,,, aku cuma bertawakal kpd Allah supaya bayi di dalam kandunganku tidak tercedera,,, aku sungguh risau kerana ini adalah cahaya mata pertama bgku,,, aku tidak akan terima hakikat jikalau apa2 terjadi padanya..
Mujurlah orang yang melanggarku adalah seorang doktor,, beliau telah membawaku ke kliniknya dan hasil pemeriksaan alhamdulillah bayiku sihat...
Tetapi,, aku mendapat perkhabaran duka,,, dimana bayiku songsang...Ya Allah,,, aku berharap sangat bayiku akan berpusing pada kedudukan asal...dan sihat semasa dilahirkan nanti...
Buat bayiku,.. maafkan ibu kerana dengan tidak sengaja telah menyakitimu,,, dan ibu harap anakku membesar dengan sihat dan sempurna...
Amin...