Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Pantun Karam Sigh Walia

Karam Singh Walia MELAPORKAN UNTUK TV3.

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10 Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,manusia mati meninggal dunia

11 Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
var curDiv = document.getElementById('ln19');

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
var curDiv = document.getElementById('ln21');

17. Hidup segan mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili


27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blahlah!!


**** Gurau je tau... jangan ambik hati...
hehehehe

Gerhana Matahari ( 22 Julai 2009)

KEADAAN di Shanghai sebelum (atas) dan selepas gerhana penuh.
Katanya kereta di bandar itu memerlukan lampu ketika "siang bertukar malam secara tiba-tiba." Orang ramai berpelukan antara satu sama lain dan sesetengahnya meniup wisel apabila gerhana bermula, katanya.

Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132. –

KANAK-KANAK menyaksikan gerhana matahari menerusi cermin mata khas dan teleskop di pinggir Osaka, Jepun semalam.


Pemerhati di Shanghai juga kecewa apabila hujan gerimis pada sebelah pagi. Namun apabila langit siang hari mula bertukar gelap seperti malam selama kira-kira lima minit, pemerhati menjadi teruja semula.

"Walaupun hujan turun, saya tidak mahu suasana muram. Saya mahu menikmati hari yang istimewa ini," katanya








PERINGKAT pergerakan gerhana matahari dilihat di Guwahati, Assam, India semalam.



Berjuta penduduk diselubungi ketakutan, sembunyi dalam rumah



TAREGNA (INDIA): Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.


Seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian rempuhan di sungai Ganges di India, di mana penganut Hindu berkumpul untuk menyaksikan fenomena itu.

Berjuta yang lain, diselubungi ketakutan, menyembunyikan diri mereka di dalam rumah.

Awan tebal yang menyelubungi India mengaburi matahari ketika gerhana bermula selepas waktu fajar. Namun beberapa minit kemudian awan beredar dan beberapa bandar di India dapat menyaksikan gerhana penuh yang berlaku jam 6.24 pagi waktu tempatan, sebelum bergerak ke Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan dan China.

Gerhana berlaku apabila bulan bergerak di antara matahari dan bumi, melindungi sang suria sebahagian atau sepenuhnya sehingga menyebabkan kegelapan di bumi. Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.

Di Beijing yang dijangka dapat melihat gerhana sepenuhnya, kabus tebal berwarna kelabu pada pagi mengecewakan penduduk yang bangun pagi untuk menyaksikan fenomena berkenaan.