Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Confius

Perlukah soarang ibu hamil menjalani ujian mengesan penyakit kencing manis(diabetes)???

Aduh... umi keliru dah nie... Semalam umi kerap sangat ke toilet... sampai dah tak larat nak berjalan ke toilet yang jauh dari meja umi...
Umi mengeluh and didengari oleh kakak office.. dia kata " dah nak dkt bersalin memng kerap pi toilet coz baby dah tekan pundi kencing kite"... Pastu adala satu makhluk Allah kat office plak cakap" kerap buang air kecil salah satu tanda diabetes"...
Unutk makluman kawan-kawan sepanjang umi hamil takda plak doktor buat ujian mengesan diabetes ke atas umi... Bila umi tanya dia cakap umi keluarga umi takda sejarah yang kena penyakit diabetes...
Cuma tiap-tiap kali umi pi checkup doktor suruh wat urine test n ambik darah... Semalam kakak tue tanya ada tak doktor suruh minum air gula??? Umi dah confius...
Apa tujuan air gula tersebut???
Setakat nie belum lagi umi minum air gula... Mak umi pun pernah tanya juga...
Selidik punya selidik umi baru tahu apa tujuan air gula diminum...
Yang lagi memeningkan umi,,, kakak tu siap cakap'' ujian diabetes nie wajib buat walaupun keluarga kite tiada yang kena penyakit diabetes''...

Pada kawan-kawan umi  kalo boleh tolong yea bagi pendapat tentang nie boleh??? Perlukah umi mintak doktor buat ujian tersebut??? Umi pernah mintak buat tapi doktor kata tak payah...
jadi umi nak mintak pendapat dr kawan-kawan...





4 ulasan:

AMIEROZIANA berkata...

salam ziara.....

umi wat checkup kat private ker??? kalu kat gomen semua kena minum air gula ni masa 7bulan kandungan...

saya dulu kena 2 kali sebab berat naik banyak sangat tapi nasib baik takder kencing manis....

kerap kencing tu sebab baby dah turun bawah dah tekan kita punya blader tu yang asyik nak terkencing jer tu.....

mesti tak sabar nak tunggu baby lahir ni....

girl_perak berkata...

salam kak...
umi wat checkup kat goverment ang privete... tp dua2 takda buat ujian diabetes... risau jugak dah nak masuk 35 minggu tp msih tak da wat jugak ujian...
a.ah memng tak sabar nak tgu baby kuar... insyallah pas raya haji kuar kot baby...

h4ni3 berkata...

salam umi..

tak semua ibu mengandung kena buat test minum air gula tu (MGTT - modified glucose tolerance test). hanya yg berisiko tinggi jer yg buat

antara indication utk buat test ni:

1. ibu yg obese - pre pregnancy weight >80kg

2. bila doktor detect ada gula dlm air kencing, > 2 occasions (that's y tiap2 kali pegi check up, kena check urine)

3. mempunyai tanda2 kencing manis

4. Jangkitan yg berulang2 (kencing kotor atau jangkitan kulat pada vagina)

5. pernah mengalami intrauterine death (baby mati dlm kandungan)

6. mempunyai sejarah melahirkan baby yg abnormal/ bersaiz besar

7. mempunyai sejarah keluarga yg menghidap diabetes

8. sejarah 'berlebihan air ketuban' (polyhydromnios)

9. mempunyai sejarah penyakit polycystic ovarian syndrome

10. sejarah menghidapi GDM (gestational diabetes melitus) pada kandungan yg lalu

11. kenaikan berat badan yang berlebihan semasa mengandung

(senarai tak mengikut keutamaan)

so, kalau tiap2 kali umi pegi check up, diorg takde detect gula dlm urine, insyaAllah tak ada diabetes.. dan sbb tu juga dr tak buat ujian tu

girl_perak berkata...

thanks kak bg maklumat tue...
baru senang hati umi mendengarnye..