Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Check-up 37 minggu


Hari nie umi telah pergi checkup untuk 37minggu...
Alhamdulillah semua sihat...
Cuma kepala baby je masih tinggi...
Baru masuk sikit je doc cakap...
Nampak gayanye ada peluang nak beraya dulu jumaat nie...
hehehe...
Tapi ada satu je umi kesalkan dengan klinik kerajaam nie...
Slow giler process nak wat checkup...
Umi dah kena 2 3 kali tapi boleh sabarla lg...
Lagi pun appoiment umi kul 10pg hari ni...
Selalu kul 8pg...
Nak tahu kenapa umi kata klinik kerajaan nie slow???
Pagi tadi masa dok tunggu umi di panggil umi adala bersembang dengan seorang kakak nie nak cucuk anaknye...
Masa tu tak silap umi dalam kul 9.45 pg...
Appoiment kakak tue kul 9.00pg
Bayangkanlah yea, umi kena panggil check bp, berat and tekanan darah dalam kul 10.30pg..
Tapi kakak tu nurse tak panggil lagi number nye...
Kakak tue dah 2 3 kali gi tanya knp lbt sgt coz number dia 2099 and umi plak 2110...
Nak tahu jawapan nurse kat kaunter tue apa???
Kad tak jumpa and harap sabar...
Jauh tak beza number tue and appoiment kul 10 dah nak siap dia ap pun takda lg...
Umi habis checkup dalam kul 11.30pg... Kakak tu masih tak di panggil..
Kesian kakak tue...
----------------------------
Apa pendapat korang yea kalo jadi kat korang???
Kenapa klinik kerajaan nie slow sangat???


Contest Si Manja Berkaca Mata

Kali ni umi nak join contest lagi... hehehe...
Contest kali ni dianjurkan oleh littlemishkah.blogspot.com
Syarat dia cukup senang bg umi la...
--------------------------------------

  • Buat satu entry pasal contest ni dengan title Contest Si Manja Berkaca Mata dan jangan lupa linkkan entry ini dalam post anda.
  • Upload gambar si manja anda yang berusia 1 hari hingga 4 tahun dengan aksi berkaca mata. Hanya sekeping gambar untuk seorang peserta diterima kay... jadi silalah pilih gambar anak anda yang anda rasakan terbaik.
  • Nyatakan nama dan umur si manja anda.
  • Jangan lupa letakkan banner contest ini di entry dan side bar blog anda.
  • Tinggalkan komen anda di sini dengan link entry blog anda.
  • Contest ini akan dinilai oleh Mr Hubby aka Abu Mishkah
  • Keputusan adalah muktamad dan akan diumumkan pada 20 Disember 2009.
Hadiahnye pula ialah;


Tupperware Legacy Floria Microwaveable Serving Set



3 X Hadiah saguhati ialah;

------------------------------------

jadi gambar yang umi pertaruhkan adalah;


Nama ; Muhammad Nur Iman
Umur ; 9 bulan

Isnin

Sempat tak???

Raya haji jumaat nie...
Ntah sempat ke tak umi sambut...
Perut dah mula tegang, tido pun dah tak lena, duduk pun dh tak senang,,,
Rindunye kat kampung...
Nak balik...
Harap2 boleh la balik raya nie...
Dah terbau ketupat dan gulai daging...
Nak buat sendiri boleh tapi nak juga air tangan ibunda tercinta....
(ngada-ngada je kan umi nie)
Lagi satu mak pun duk suruh balik...
Mak nak beli hadiah baby umi nanti mak cakap...
Mak nak gi beli takda kenderaan coz benda tue besar...
Apa yang korang pikir yea benda yang mak umi nak beli tue???

Ni yang buat umi tak sabar nak balik nie...
Moga baby kuar lepas raya yea sayang...
huhuhu...


Inila gambar umi sekarang yang hamil 9bulan... Tak nmpk perut pun

Kempunan!!!

Sedihnye...
Ingatkan boleh la lepaskan hajat nak gi tengok wayang sebelum bercuti panjang nie semalam...
Tapi tak boleh juga...
Nak nangis je rasanye..
Yea la,,, dah seminggu cerita tu keluar(2012),,, tapi semalam baru nak tengok...
Last1 hubby kata tak pyhla gi tengok kite beli DVD je...
Kecewa nye...
""""

"""

""

"
Tapikan pikir2 balik betul juga kot... Coz jiran umi cakap sound dalam wayang tu kuat giler tak elok untuk bayi dalam perut...
Lagipun umi pun dah saratkan, baby dah boleh dengar suara di luar...
Oleh kerana tak boleh nak gi tengok, suami telah membawa umi gi jalan2 kat kl and gi rumah adik ipar kat rawang...
Walaupun masih kecewa juga tak dapat tengok umi tetap menghappy kan diri...
Lastly balik dari rumah adik ipar suami singggah kat kedai DVD and belikan juga cerita itu walaupun DVD cetak rompak ...
Biarla asalkan boleh tengok juga...



Khamis

Pinky Lady Contest

Huhu... Tak sangka ada contest bertemakan Pink Colour..
Kebetulan umi pun minat colour pink jadi umi berminat nak join contest kali ni yang di anjurkan oleh

----------------------------------


K la ni la gambar yang umi pertaruhkan... gambar ni umi tangkap masa kat office and baru 1 bulan lepas kawin...
-----------------------------------
Ha nak tau knp umi suka colour pink???

Colour pink nie nampak lembut di mata umi... Dan umi rasa sejuk je mata bila umi melihat colour pink nie...
Jadi memang sesuai la untuk kaum hawa coz melambangkan keayuan and kelembutan seorang hawa di muka bumi nie... (Poyo je ayat ni kan)
And suami umi juga suka jika umi memakai colour nie...
Ini bermakna memang koleksi baju umi dalam almari tue memang penuhla colour pink...
Cuma satu je,,, tema perkahwinan umi tak colour pink because my mummy berminat colour purple...
Tapi apa-apa pun colour purple adalah colour kedua yang umi minat...
--------------------------------

Ha ni pula syarat-syarat nak sertai contest nie... kalo takda syarat bukan nama contest la yea...

  1. Buat satu entry bertajuk " Pinky lady Contest" dan mesti cerita serba sedikit tentang apa yang best dengan pink nie..


  2. Jangan lupa upload satu gambar sahaja yang serba pink(gambar kahwin tidak di galakkan)


  3. Copy banner di atas dan letakkan di bhgn entry masing2 dan jgn lupa link kan kepada http://ciare.blogspot.com/


  4. Banner nie juga harusla juga diletakkan di bahagian sidebar anda


  5. Dah semua buat letakkan link anda di ruang komen penganjur


  6. tarikh tutup contest ini adalah sebelum 27 November 2009..


  7. Keputusan akan diumumkan seminggu selepas raya haji... And hadiah masih misteri...


Anakku Ceria Give-away Contest

Selagi umi masih belum bercuti panjang,,, umi nak juga masuk contest lagi...
Manala tau kan ada rezeki untuk anak saudara umi... hehehe
Kali nie contest yang umi nak sertai adalah "Anakku Ceria Give-away Contest"...
Ia dianjurkan oleh Ibu Irfan ...


Inilah gambar yang umi pertaruhkan... Ini gambar anak saudara sebelah suami umi...
(gambar kabur, guna hst je)

Nama baby ; Iman
Umur ; 1tahun +++

-------------------------------------------
Cara -cara penyertaan contest nie adalah seperti berikut;



2. Be a follower of   http://jommainkutu.blogspot.com/

3. Put entry contest in your blog (sticky mode entry ya!) dengan gelagat anak anda yang paling ceria.

4. Copy the contest banner into the blog entry with the contest link in your entry  http://mystory-noriza.blogspot.com/

5. Place the Contest banner in your sidebar with link back to the contest entry (no link back will be disqualified)

8. Leave a comment on this post (Anakku Ceria Give away Contest) for me to pick up the winner.

Syarat -syaratnya pula;
 
1.Terbuka kepada ibubapa yang mempunyai anak/anak sedara/ di bawah usia 24 bulan.
2. Satu contestant 1 entry sahaja
3. Contest bermula dari 22 October 2009 sehingga 22 November Nov 2009
4. Proses pemilihan pemenang akan dilakukan oleh juri-juri yang dilantik oleh penganjur.
4.Gambar pemenang akan dipamerkan di blog penganjur
5.Proses pemilihan pemenang oleh juri adalah muktamad

Hadiahnya pula;
* 1 Vantage Cookware 3.0L




1.Hanya 1 pemenang akan dipilih dan akan memenangi dan ditaja oleh http://jommainkutu.blogspot.com/




BEST kan...Apa lagi join la sekarang snap gambar anak yang paling ceria

Selasa

36 minggu + 2 hari

Dah 36 minggu dah umi... Itula kata2 doktor pada umi pg tadi...
Sekejapnye rasa... Dah nak dekat bersalin...
Tapi hari ni umi punya appoiment kul 9pg... Malasnye rasa nak pegi coz tak pernah dapat kul 9pg...
Tapi apa kan dayakan kena pegi juga... kalo tak kite tak tahu perkembangan baby..
Tak macam biasa selalu umi pegi dapat number 1(2001) tapi hr ni ambik ko!!! Number 2098... Pesakit ramai giler... Huhu...
Ha nasib baik umi tak disyaki kna kencing manis coz minggu lepas umi check berat naik hampir 2 kilo...
Hari nie berat naik banyak juga iaitu 1.3kg... Apa umi mkn nie???
Naik banyak nye... pantang nanti mesti kena pantang betul2 nie... Huhu...
BP and urine semua ok... Alhamdulillah...

Tapi ada satu je yang umi pikir... Doktor cakap kepala baby masih tinggi and sepatutnye kepala baby dah dok diam2 bila doktor tekan... Erm macam mana yea nak buat bg kepala bby dok bawah
(dekat dengan pintu rahim)... Doktor syak baby umi besar tp br 3kg doktor tu la cakap masa scan and tulang pinggul umi kecik... Aduh...
Doktor suruh datang lagi mgu depan nak tengok lagi sama ada kepala baby masih tinggi or dh tak bergerak bila doktor tekan...
Kalo tak,, takut nanti umi akan alami kesukaran untuk bersalin atau bersalin menggunakan alat bantuan seperti vacum or focep(betul ke umi eja nie)... Lebih teruk operation...
Uik takut umi dengarnye,..
Mintak2la baby dh ok minggu depan...
Kite tunggu yea... itupun kalo umi tak bersalin lagi...


Isnin

Contest Anak Daraku Bertocang

Ha kali nie ada contest lagi and mungkin contest terakhir kot yang umi akan jaoin sebelum bercuti panjang selama 2 bulan...

Contest kali ni adalah contest " Contest Anak daraku Bertocang"... Ia dianjurkan oleh Siti Sifir's Supernova Share-out Space Oleh kerana umi masih belum punyai cahaya mata, umi pertaruhkan sekali lagi gambar anak saudara umi iaitu anak adik ipar umi sebelah suami...


Nama ; Fahiyatul Amna
Umur ; 1 Tahun

(Gambar nie diambil sewaktu hari raya lalu... Toncangnye tak nampak sangat coz rambut sikit.. Tapi okla nampak sepit rambut tue...)


----------------------------------------
Jom kite baca syarat2 join contest nie...



  • Sila letakkan linkkan blog anda ke blog penaja Fitrah Cinta dan jadi follower Fitrah Cinta. Sila jengah ke sana dan tinggalkan komen tentang blog k.Sari di entry contest blog masing2.

  • Anak anda itu hendaklah perempuan, berumur bawah 3 tahun. Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai.
  • Letakkan banner di sidebar...
  • Tolong beri tajuk Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 di entry anda.
  • Tarikh tutup 30 November 2009 jam 12 pm (tengahari)
  • Sebagai menambah perasa, sila rajin singgah dan beri komen. Mungkin ini caranya untuk merasuah Siti Sifir's Supernova Share-Out Space ... :P walaubagaimanapun biarlah gambar bertocang anak anda menyengat ye...( tocang budak ada sengat kah??)

  • Tinggalkan link anda dikotak komen.


Hadiahnya adalah :

Hadiah pertama :

  • Baju gown Sarakids dan baucer di bawah (dah cuti sekolah kan..bolehlah kalian merendek...)


Voucher free n easy 3 hari 2 malam ke HONG KONG



Hadiah kedua :


  • Baju gown Sarakids & Baucer di bawah





So, marila kite meriahkan lagi contest nie... Cepat!!!

Teringat...

Dahulu dikala umi mengalami kesusahan, kesakitan dan kesenangan hanya ada satu tempat sahaja umi boleh ngadu dan berkongsi...
Kini, umi rasa betul2 down walaupun hubby and mummy ada...
Tapi umi rasa lebih senang jika tempat yang dahulu masih ada hingga kini...
Tapi sejak "Dia" pergi umi rasa kosong sangat... Umi tidak tahu kenapa dan mengapa...
Mungkinkah kerana umi rapat dengan "Dia"...
5 Januari 2010 genapla 2 tahun "Dia" pergi meninggalkan umi dan family buat selama-lamanye...
Tetapi umi masih merasakan bayangan dia dikala umi kesusahan, kesedihan and gembira...
Walaupun umi hanya sempat melihat "Dia" yang sudah berpakaian serba putih dan di letakkan di sebuah kotak tanpa sempat memberikan ciuman yang terakhir,,, umi terpaksa akur dengan kehendak Allah
Kerana semua yang dikurniakan oleh Allah adalah hanya pinjaman walaupun umi kecewa dengan diri sendiri tidak depat memberi penghormatan terakhir pada org yang umi sayang...
Buat "Dia" umi doakan semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah...
Umi sentiasa rindukan dirimu... Walaupun kita dah berlainan dunia..
Amin...

*** "Dia" yang umi maksudkan adalah arwah abang umi yang umi sayang... Dia telah meninggalkan umi satu family setelah cukup 2minggu kakak umi berkahwin dan sebulan "Dia" sebelum berkahwin... Hanya Allah yang tahu betapa family umi terasa kehilangannye...

Ini gambar masa hari pertunangan umi yang diambil sempena tarikh perkahwinan arwah abg umi yang taidak sempat dibuat. Berbaju biru itu adalah bekas tunang arwah abang umi...

Jumaat

Apa dosaku...

Hari ni umi baru je nak ada mood.. Tapi mood umi tu macam disentap tak sampai 5 minit selepas umi gembira...
Menitis air mata umi hanya kerana kerenah org office yang ku sanjung selama nie...
Puas ku tahan air mata tapi terjatuh juga hari nie...
Umi tahu diri umi kecik saje di mata tapi setiap manusia mesti ada buat kesilapan...
Umi akui umi pernah melakukan kesilapan tapi janganla di hukum sebegini...
Puas di tanya, puas diselidik dan puas juga umi meminta maaf tapi tidak siapa peduli...
Sakitnya hati umi tidak terkata...
Hilang sudah kegembiraan umi yang hanya seketika tadi muncul...
Hilang sudah senyuman yang umi lihat malam tadi...
Yang ada hanya kesakitan hati dan air mata yang muncul...


....

Ikan oh... ikan...


Hehehe semalam suami umi telah membeli sebuah aquarium... Walaupun masih kosong tapi umi tetap suka...
Cuma ikan nye kecik... Tak nampak sangat dalam gambar... Hehehe, tunggula 2 3 hari lagi mesti banyak ikan dalam tue...
(sejuk mata umi memandang aquarium nie)

Baby Face...


(gambar tak berapa jelas)
Inila gambar ultrasound baby umi yang dah nak masuk 36 minggu...  Gembira tak terkata masa scan tu baby tengok umi dan hubby... Dengan mata terbuka... Tapi masa nak print baby dah pejam mata balik...
Tak sabar nak tunggu baby keluar coz nak tengok dan main dengan baby... Umi seronok membaca blog kawan2 yang sudah mempunyai cahaya mata... Comey sungguh gambar anak-anak kawan umi...

Khamis

Sorry...

Kepada kengkawan umi, umi minta maaf coz tiada apa yang nak di kongsikan..
Umi macam tak berapa nak ada mood coz badan tak berapa nak sihat...
Perut rasa memulas je 2 3 hr nie and baby pun aktif...
Lgpun dah nak cukup 36minggu...

Umi minta maaf yea kalo blog umi tak di update...

Sorry...

Selasa

Warehouse Sale...


27 November - 7 December 2009
Pedypak Children Warehouse Sale
Cash & Carry

Products Offerer
Baby Walker
ToloCar
Swing Car
Tricycle
Rocking Horse
Scooter
Play Pen
Stroller
Car Seat
Baby Walker
Baby Gate
Bicycle
and more
-------------------------------------
Location (Tel 603 3165 0910)
Lot 10797 Lebohraya Petai
Pandamaran
42000 Port Klang

------------------------------------------


21-22 November 2009
Pureen Stock Clearence Promotion
Products Offered
Baby Diapers
Baby Apparels
Baby Toiletries
Baby Accessories
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Sanitary Pads
Maternity Pads
Brands Featured
Pureen Pride ‘N’ Joy
Pureen Basic
Tracia Toiletries
Dr Mist
Time: 10am to 6pm
----------------------------------------
Location (Tel 603 7628 8888)
Summit Company (M) Sdn Bhd
Lot 6 Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Jadi kepada ibu-ibu yang ingin bershopping barangan baby boleh la datang kat alamat di atas yea...

35 minggu

Macam baru semalam je umi dapat tahu diri umi hamil... Sedar-sedar dah masuk 35 minggu dan minggu depan dah 36minggu(9bulan)... Sekejapnye rasa... Dah nak jadi ibu...
Macam biasa hari nie umi telah pegi checkup kat klinik goverment di sek7... dalam kul 6.00 pagi umi telah bangun menyiapkan diri... Biasala nak dapat number palin awal punya pasal kat klinik... lebih kurang kul 7pagi umi dan suami telah keluar dari rumah dan menuju ke klinik.. Bila umi sampai dah ramai dh orang dok menunggu nak masuk je bila pintu di buka nanti... Dalam hati ini dok takda harapanla nak dapat number satu kali nie...
Tapi umi tak kisah umi pegi je dok depan... Dalam kul 7.30 pagi pintu dibuka... Alhamdulillah umi dapat juga number 1... hehehehe... Sukanye...
Nak tau hasil pemeriksaannye???
------------------------------------------------
Berat ; 57.4kg (naik 1.9kg)
HB ; - (tidak di chek)
Urine ; Bersih
Tekanan Darah ; 103/71
Baby ; Sihat
Tarikh Temujanji ; 17/11/2009

Ha pasal berat badan tue... memang umi kena ceramah tadi... Naik 1.9kg pun salah... belum lagi 2kg ke atas... Nurse tu siap cakap minggu depan kalo naik macam nie lagi kite wat ujian kencing manis yea... Alamak!!! takutnye dengar... Janganla ada kencing manis di saat akhir hamil nie...
Sekarang umi dah start checkup 1 minggu sekali... Coz minggu depan kandungan umi dah cecah 35minggu (9bulan)... Insyaallah khamis atau jumaat nie umi akan letakkan gmbr ultrasound baby umi...




Isnin

" Seindah Butterfly" Giveaway (A)


Ok kawan-kawan kali ni contest dianjurkan oleh http://seindahbutterfly.blogspot.com
ia dianjurkan sempena ulang tahun anniversary yang Ke- 2 on 15 dec 2009
Hadiahnye pula di taja oleh Puan Eila iaitu tokey Shawl...

Semua contest mestila ada syarat dia kan... nak tau syarat2 contest nie??? Jom kite baca di bawah nie..


  • Firstly, mestila kena jadai flower kepada blog nie and sponser(Done)


  • Masukkanla Bloglist nie ke dalam senarai anda(Done)


  • Jangan la plak lupa letakkan Banner kat atas tue kat ruangan si debar anda dan link kan kepada ke entry ini(Done)


  • Jangan lupa buat satu entry bertajuk seperti di atas (Done)


  • Uploadkan hanya SATU gambar kawin anda yang sangat sweet....


  • And ceritala serba sedikit kisah menarik pertama kali bertemu dengan suami/isteri atau tatkala cinta sedang berpuitk... (Done)


  • yang korang kena pastikan adalah gamabr itu mestila gambar suami/isteri anda.(Done)


  • Ha jagan lupa plak terjah blog sponser yea... pas habis terjah sila nyatakan 3 jenis shawl yang anda berkenan. Manala tau Puan Eila terharu lalu memberi ketiga2 tudung itu pada pemenang...(Done)


  • Jangan lupa juga tinggalkan link anda di ruang komen box entry(Done)


  • tarikh Luput nya ialah ; 06/12/2009

Inilah dia sponser kepada pihak penganjur iaitu Puan Eila;


&
Ole-ole dari Abu Dhabi


Kurmakah???

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi gambar yang umi pertaruhkan adalah;




-------------------------------------
Umi bertemu dengan suami dengan secara tidak sengaja... hanya dari usikan di tempat keje akhirnya membawa ke jinjang pelamin...
Masih ingat lagi, umi sebenarnye berkenan kepada kawan kepada suami umi masatue tapi umi tak tahu yang kawan dia sebenarnya dh kawin... And nak dijadikan cerita suami umi nie citerla kat umi bahawa kawan dia dah kawin and dah punyai sorang anak... terkejut giler umi... Tapi mujurla suami umi ini tidak mengetahui yang umi sukakan kawan dia...
Selepas itu dalam 2bulan umi tak berhubung dengan suami... Tiba-tiba satu malam tue umi dapat massage dari number tak dikenali... Umi balas and rupanye adalah dari dia(suami umi sekarang)...
Selama 6bulan kami dok massage, tiba-tiba dia cakap dia nak masuk meminang... umi ingatkan gurauan jadi umi pun cakapla "masuk je la berkawan lama2 pun tak guna juga"... Umi hanya cakap sebagai gurauan tapi tak sangka dia ambik serius..
Keesokkan hari nye ketika tengah lunch, umi dapat satu panggilan dari number yang umi tak kenal...
Nak tau sapa kol??? Org yang kol itu adalah ayah dia(ayah mertua).. terkejut giler umi dibuatnye... Mana taknye mak umi tak pernah jumpa dia and keluarga dia tak pernah jumpa umi.. Tut2 nak masuk meminang...
Siap dia cakap bulan 3 dorang datang htr rombongan meminang... langsung umi tak jadi makan and umi kol dia(suami) bertanyakan betul ke apa yang ayah dia cakapkan... Dia mengatakan benar...
Umi menelefon ibu di kampung beri tahu tentang hal ini... Ibu ssedikit terkejut and ibu bersetuju lalu perbincangan tarikh pertunangan hanya di buat melalui telefon antara ibuku dan keluarga dia...
Alhamdulillah bulan 3 2008 iaitu selepas tarikh mengundi aku selamat di pertunangkan dengan Muhammad Hasry Bin Hamat dan kami dinikahkan pada 22 januari 2009 pada pukul 5.15petang selepas banyak cubaan yang kami tempuh selama bertunang...
Sekarang kami cukup bahagia semenjak bergelar suami isteri walaupun kadang kala ada juga dugaan yang menimpa... Kini kami bakal dikurniakan cahay mata yang pertama pada awal bulan 12 tahun ini...
Amin...
-----------------------------------------

Ini pula tudung shawl yang umi berkenan di dalam blog Puan Eila;








Warna -warna yang umi pilih nie semua warna kegemaran umi...

My Sweet Little Shop Giveaway

Ha kawan-kawan kali ni umi terjumpa lagi satu contest yang baru... Contest ni kalo kawan nak tahu ia di anjurkan oleh My Sweet Little Shop Giveaway... Ia dianjurkan sempena pembukaan onlinebabyshop oleh My Sweet Little Shop Giveaway...


Kalo kawan-kawan nak tahu syarat yang diminta amat senang... Jom kite baca kat bawah ni yea....

"""""

"""

""

"




30 November 2009
(Tarikh Tutup)


  1. Macam selalu,,, kite mestila jadi follwers dan add la my sweet little shop di blog kite...(Done)


  2. Jangan pulak kite lupa nak letak banner kat atas nie di sidebar masing-masing and jangan lupa yea link kan ke giveaway ini...(Done)


  3. Yang ketiga buatla entri pasal giveawy nie.. (Done)


  4. Jangan pulak doa excitted sangat nak join kite lupa plak nak link back kepada blog nie...(Done)


  5. Lastly u all mestila tinggalkan link korang kat bahagian komen my sweet little shop...(Done)

Nak tau cara pemilhan pemenang???

Cara pemilihan adalah secara cabutan bertuah... Kiranya sapa yang bertuah je la menang... My sweet little shop akan memilih 3 orang pemenang...
Jadi apa kite tunggu lagi,,, mohla kite ramai-ramai join contest nie... Mana la tau ada rezeki kite menang...
hehehehe...

Ha tak lupa juga... Sambil Join contest nie jangan pula lupa and jenguk-jenguk barangan yang di jual di blog my sweet little shop yea... Murah-murah je...

Nak tau lebih lanjut kunjungi blog my sweet little shop...

Jumaat

Confius

Perlukah soarang ibu hamil menjalani ujian mengesan penyakit kencing manis(diabetes)???

Aduh... umi keliru dah nie... Semalam umi kerap sangat ke toilet... sampai dah tak larat nak berjalan ke toilet yang jauh dari meja umi...
Umi mengeluh and didengari oleh kakak office.. dia kata " dah nak dkt bersalin memng kerap pi toilet coz baby dah tekan pundi kencing kite"... Pastu adala satu makhluk Allah kat office plak cakap" kerap buang air kecil salah satu tanda diabetes"...
Unutk makluman kawan-kawan sepanjang umi hamil takda plak doktor buat ujian mengesan diabetes ke atas umi... Bila umi tanya dia cakap umi keluarga umi takda sejarah yang kena penyakit diabetes...
Cuma tiap-tiap kali umi pi checkup doktor suruh wat urine test n ambik darah... Semalam kakak tue tanya ada tak doktor suruh minum air gula??? Umi dah confius...
Apa tujuan air gula tersebut???
Setakat nie belum lagi umi minum air gula... Mak umi pun pernah tanya juga...
Selidik punya selidik umi baru tahu apa tujuan air gula diminum...
Yang lagi memeningkan umi,,, kakak tu siap cakap'' ujian diabetes nie wajib buat walaupun keluarga kite tiada yang kena penyakit diabetes''...

Pada kawan-kawan umi  kalo boleh tolong yea bagi pendapat tentang nie boleh??? Perlukah umi mintak doktor buat ujian tersebut??? Umi pernah mintak buat tapi doktor kata tak payah...
jadi umi nak mintak pendapat dr kawan-kawan...





Khamis

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

Ha... Ni umi nak cuba satu lagi contest iaitu "CUTEST BABY IN BLUE CONTEST''. Nak tau sapa penganjur contest nie??? http://elizakru.blogspot.com/ aka kak eliza...Contets nie dianjurkan sempena anniversary kak eliza yang ke-5 tau pada 17 november ini... Semoga berpanjangan...


24 Oktober 2009 hingga 17 November 2009

Nak tau apa syarat untuk menyertai contest nie??? Jom kite baca sama2 syarat yang di minta....


  1. Dah tentula terbuka kepada semua blogger yang menjadi flower secara langsung atau tidak langsung dengan penganjur...


  2. Mesti tiada paksaan menjadi Flower kepada kak eliza(dengan rela hati)


  3. Ni wajib... jangan lupa linkkan - elizakru.blogspot.com di blog anda


  4. Banner kat atas tue mesti di add kan di side bar blog masing2 and jangan lupa link kan kepada penganjur...


  5. Silala buat special entry tentang contest nie dan upload la gambar baby in blue... Tak kirala baju biru ke. kasut biru ke... as long ada biru


  6. Pastu jangan lupa tinggalkan link url anda di comment penganjur... Ini memudahkan pihak penganjur menjenguk penyertaan anda...


  7. Semestinye pemenang akan dipilih oleh pengadil profesional berdasarkan kecomelan dan kualiti gambar baby anda yang menarik perhatian juri...


  8. Had umur peserta adalah dari Newborn ~ 5Tahun


  9. Oleh kerana contest ini sempena anniversary penganjur yang ke-5 jadi akan ada LIMA pemenang

p/s: jangan lupa tau sertakan nama baby and umur tau...


------------------------------------------------------------------
Jadi gambar yang umi pertaruhkan bukan la anak umi coz anak umi keluar bulan 12 nie... jadi umi pertaruhkan gamabr anak buah umi... harap penyertaan umi di terima...
Inila gambar yang umi pertaruhkan...


Nama Baby ; Nur Hasya
Umur ; 1 tahun
D.O.B ; 11 June 2008


Nama Baby ; Muhammad Nur Iman
Umur ; 9bulan

Jadi inila gambar yang umi pertaruhkan... Dua2 anak saudara umi... Tahun depan baru boleh letak gambar anak sendiri...

Gambar sebelum dan selepas kawin

Ish teringat pulak zaman sebelum kawin kan... Dulu manja je dengan mak, keluar dengan kawan2, pakai baju apa pun boleh... Tapi sekarang kena jaga suami je... Nak manja dengan mak pun tak boleh sangat and kawan2 pun dah jarang boleh nak ajak keluar coz dorang masih belum kahwin... hehehe...
Umi sebelum kawin takdala bebas sangat macam org lain... Masih ada batasan nye...
Ni ada gambar umi sebelum kawin...


* Inilah gambar kawan yang paling rapat dengan umi... Sekarang hanya sembang dalam handset je.. kalo umi balik dah jarang dorang nak datang rumah coz segan dengan suami umi... huhu



* Seksi tak... baju ni sebenarnye ada cover dia tapi coz panas sangat baru balik dari jalan dengan mum buangla cover dia tue tinggal yang nie... Bju nie umi masih pakai lagi tapi sebelum ngandungla,...



* Ini gambar masa bulan puasa thn lepas... Dulu free hair tak pakai tudung sangat...


* Ini la gambar umi dengan mum... masa nie umi dah jadi tunangan orang... serupa tak muka...
------------------------------------------------------------------------------


Ini pula gambar selepas kawin... Kebanyakkan gambar semua pakai tudung...


* kalo tak silap umi gbr ni 2minggu selepas kawin kot... masa nie kat pejabat...



* Ini gambar selepas hampir sebulan kawin... Depan KLCC jalan2 dengan suami...



* Inila gambar terbaru umi... Yang sedang hamil 8bulan sekarang... Huhu




Rabu

Pregnant 34 minggu

Pejam celik-pejam celik tak sangka dah nak dekat due... Takut pun ada,,, happy pun ada... Sekarang kandungan umi dah masuk 34 minggu... Baby pun dah besar and makin aktif... Macam tak sabar nak keluar bila dia bergerak...
Segala persiapan unutk baby semua dah standby dalam kereta. Termasukla barang umi untuk pi hospital pun dah sedia... Bukan apa semalam umi pi klinik coz perut memulas mcm nk period and sakit sangat pinggang... Lastly doktor suruh balik rehat because itu adalah salah satu tanda nk bersalin... Takutnye... Umi baru 34 minggu takkan dah nak due... Risau umi...
Alhamdulillah pas doktor bg mc half day, umi balik rehat di rumah... dalam kul 4.30petang sakit yang umi rasa pagi tadi dah berkurangan... Nasib baik tak bersalin... hihi...
Tapi nak jadikan cerite,,, mak umi yang kat kampung jadi gelabah kerana anak dia dah sakit... Ini gara2 suamiku yang menelefon mak bg tahu yang umi dah sakit... Kesian mak tak pasal2 risaukan anaknye... Dah la jauh nak datang rumah ku di sini... Apa2 pun mak,, anakmu minta maaf yea...


*** Inila perut umi ketika usia kandungan 34minggu...