Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Tempat Menarik di Sekitar Rumah Kg Ku...(part 1)


Ini gambar di kawasan Air Terjun yang bernama Lata Kekabu... Ianya terletak di Lenggong, Perak... Ia memang sesuai di jadikan temapt perkelahan bersama family... Cantikkan??? Dahulu Umi rajin pergi jugak ke sini tapi semenjak kerja di Shah Alam dah jarang pergi ke sini.. Insyallah selepas bersalin nanti umi akan mengunjungi tempat ini bersama family...

Di kampung umi juga terdapat sebuah muzium iaitu Muzium Arkeologi Kota Tampan... Disini terdapat banyak maklumat dan mepamerkan semua artifak dari ekskavasi Arkeologi Pra Sejarah.Disini juga turut dipamerkan orang tertua di Negeri Perak yang di kenali sebagai Perak Man... Disini umi letakkan gambar rangka Perak Man...


Di kawasan Lenggong juga terdapat kawasan untuk riadah bersama keluarga iaitu di Tasik Raban... Di sini ada pelabagai kemudahan untuk digunakan oleh semua pengunjung... Selain itu,,, Tasek raban turut menyediakan kemudahan tempat tinggal,,, bot untuk disewa,, permainan kayak,, dan banyak lagi... Semua harga yang ditawrkan adalah berapatutan... Rugi tau kalo tidak mengunjungi tempat ini... di sini sertakan serba sedikit gambar tentang Tasik Raban...


(1) Gambar Tasik raban


(2) Chalet


(3) Aktiviti Berkayak

1 ulasan:

LYaFRINA berkata...

Teringin nk pegi PERAK... kakak sy pon ade y mnetap kat Taiping Perak... Dulo pun pernah skolah rendah kt perak...