Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Alhamdulillah..

Aku bersyukur kepadamu Ya Allah... Anak di dalam kandungan sihat dan membesar dengan sempurna...
Selepas aku buat scan keseluruhan di klinik kerajaan tadi hati ku lega... kerana aku takut terjadi apa2 kepadanya...
Sekarang aku dapat merasakan pergerakan yang terlalu aktif sehinggakan tido ku terganggu... tapi aku gembira kerana ini menandakan dia sihat...
Aku cuma masih risau pasal kedudukan anakku yang masih belum berpusing... Dah nak masuk 30minggu tapi keadaan baby masih melintang... ini menyebabkan aku tidak selesa... Perutku menjadi berat sebelah...
Aku berdoa padamu Ya Allah agar anakku berpusing sebelum kandunganku mencecah 8 bulan...
Kata ibuku,,, suruh balik kampung untuk berurut supaya baby kembali kepada kedudukan asal...
Tapi aku takut... buatnya tersalah urut,,, akan terjadi apa-apa pula kepada kandunganku...
Aku juga mendapat nasihat daripada kakak yang bekerja di tempatku yang mengatakan bahawa baby akan berpusing sendiri... Itula yang menyebabkan aku berfikir sama ada aku nak balik kampung mengurut atau tidak...
Ya Allah engkau sahaja mengetahaui... Aku ingin merasakan pengalaman bersalin secara normal... Kerana penjagaan semasa berpantang lebih senang... Aku juga ingin anak ku sihat... Engkau kabulkanlah doaku Ya Allah...
Amin...

Tiada ulasan: