Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Alhamdulillah...

Pagi ini umi telah pergi checkup di klinik panel company umi... Umi pergi untuk scan baby, kedudukan baby, check tekanan darah, air kencing dan berat badan umi... Nak tau apa keputusannye???


"""""


"""


"""

 
""


  • Scan Baby ; Baby doktor kata boy, dan berat dia dah mencecah 2.6kg dalam usia 33minggu


  • Kedudukan Baby ; Baby dah duduk dalam keadaan normal dimana kepala sudah berada di bawah


  • Tekanan Darah ; Masih rendah


  • Air Kencing ; Dah tak kotor


  • Berat Badan ; hihihi... naik byk dr berat normal iaitu 43 kg normal dan sekarang dh 56kg...


*** Apa-apa pun umi memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana baby umi sihat dan sempurna walaupun doktor kata muka baby banyak ikut ayah...

Rabu

Aduh...

Semalam umi telah pergi unutk medical checkup pregnant... Sebelum pergi tue,,, kepala ni rasa berat je... Dalam hati umi ni cakap janganla tekanan darah umi jatuh lagi... Malas nak dengar leteran dr doktor... Dalam kul 7.05 umi telah sampai kat klinik dan dengan bangganye umi menjadi org pertama sampai... huhu... Nak dapat number pertama punya pasal... Sampai je klinik kna pulak menunggu coz klinik tak bukak lagi(padan muka datang awal lg)... Dalam kul 7.30 pintu dibuka dan umi telah mendapat number yang pertama iaitu 2001.... Bestnye...
Dalam dok menunggu,,, kepala umi ni still lagi pening... Sampai nak berjalan pun tak blh... Bila nurse panggil chech darah, umi dah berdebar takut tekanan drh jatuh lagi... Sampai je nurse tu tanya,," kenapa muka awak pucat sangat??? Umi terus diam...
...............................................
Mula adegan kena ceramah dengan nurse tu bila dia tengok tekanan umi rendh sgt dr 2minggu lepas... bukannye sikit jatuh... Tahan je la telinga nie,,, dhla pening pastu kna ceramah free...
lepas tu pi wat urine test dh plak dapat kencing kotor,,, kena lgi la ceramahnye,,, banyak minum air nurse tu cakap... N ceramah free yang terakhir adalah HB umi tak naik2... masih 10.6... Aduh,,, geramnye... ubat sentiasa makan, air dh terlebih minum sampai kerap masuk toilet,,, tapi kenapa masih mcm nie...
Sabar je la...
..............................................
Selepas je balik pada klinik,,, umi terus bagi tahu husband yang umi tak nak keje... Dia faham terus bawa pi klinik panel... Kat sini pun kena ceramah free... Sabar jela... Umi cakap umi nk ambik mc untuk hari  ni...
Alhamdulillah dapat... dan umi terus balik ke rumah tido secukup-cukuonye coz dh 2-3 hari umi pyh nak tido..


*** Sebelum pergi klinik


*** Inila mc yang umi dapat

Isnin

Shopping Lagi...

Huhu,,, tak sabar rasanya nak tunggu baby keluar... Tinggal lagi 1 bulan lebih... Sekarang Umi dah masuk 33minggu...
Hari ahad lepas, umi dan suami telah pergi bershopping kat pusat pakaian manjaku di sg buloh. Kebetulan kat pusat pakaian ini ada wat promosi barangan baby.. Apa lagi terus belila... Harga dia??? memang murah giler... Pelbagai jenama ada...
Umi telah membeli beberapa pasang bju untuk baby & pelbagai barangan lain... Mungkin terlalu awal umi beli tapi umi rasa memang patut beli sekarang coz nanti dh tak larat nak jalan... hehehe
Ini adalah antara barang yang umi beli...



  • Ini adalah koleksi mitten &botten yang umi beli

  • Inilah antara pakaian yang umi beli... Rasanya dah cukup...
Memang berbaloi rasanya pergi membeli kat situ... Adala dlm 6 - 7 helai baju yang umi beli... Dalam pukul 4 petang umi dh ontheway pulang ke rumah... dalam kereta memang umi jadi letih coz lama sangat berdiri... Sampai kaki sakit... N bila sampai rumah salin baju terus baring atas sofa... Penatnye...



  • Inilah gambar ibu mengandung yang kepenatan selepas shopping... hehehe (abaikan gambar yang tak berbaju tu)

Khamis

My Funniest Baby Contest

Rupanya ada contest lagi... Kali ni contest untuk baby... Contest ni dianjurkan oleh;
Umi teruja sangat nak join... Jadi umi pertaruhkan gambar anak saudara umi... baby umi bulan 12 baru keluar..

"My Funniest Baby Contest"


20.10.2009 - 13.11.2009 (12.00 t/h)


BERUMUR : 1 BULAN - 3 TAHUN
KATEGORI A: BABY GIRL
KATEGORI B : BABY BOY

Syarat Penyertaan:

- Jadi Follower Umidanish dan sponsor2 serta add Umidanish dalam bloglist anda
- Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda dengan aksi Funny yang paling menarik hati para juri. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya. Sila juga nyatakan apa yang terdapat di semua blog sponsor umidanish.
- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke Umidanish dan semua sponsor (no link back will be disqualified)
Berikut adalahlah sposor2nyer...so link jugak dgn sponsor2 ni erk :
Sponser 1 : Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/)

Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)

Sponser 3 : Moms&babyshop (http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/
- Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini
- Hanya satu sahaja pemenang bagi setiap kategori, jadi pastikan anda meletakkan satu gambar baby anda yang memiliki aksi lucu paling cutes.
- Semua penyertaan akan diadili oleh parajuri yang akan dilantik oleh umidanish sendiri.Hadiah pilihan untuk peserta bertuah akan dicabut oleh baby danish sendiri.. Hadiah ini untuk selain pemenang kategori A dan B.

Jadi,,, umi nak join bg kategori (b)... Gambarnye ialah;

''''


'''


''


'

Kategori B - Baby Boy



Nama ; Muhammad Nur Iman
Umur ; 7 bulan

~~~ Umi pilih picture coz masa nie dia terkejut tengok flash dr kamera umi... Besarkan mata dia...



Nak tau apa ada dalam blog sponser UMMIDANISH???
Jom kite tengok kat bawah yea...

"""
""
"

  1. Sponser yang pertama iaitu Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/).. Jadi barang yang terdapat dalam blog ni; Diapers Stackers, Produk Tuppaware,Minuman Herba HPA & Produk Kesihatan Ibu Bersalin HPA,cloth diapers, Lunatots Microfiber Insert, Lunatots Laundry Bag, Lunatots Nappy Wet Bag,  & Bio Aura Filter.


  2. Sponser yang kedua plak ialah
    IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)... Jadi inilah benda yang terdapat dlm blog ni; ~ Pakaian Wanita & kanak-kanak , Produk Kesihatan ECPI


  3. Sponser yang ketiga ialah Moms&babyshop  (http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/) ... Inilah yang terdapat dalam blog ini;

    ~ Cloth Diapers, Susu HI-Goat HR & Just Diet Mate 5.












Rabu

Kejam...

Apa nak jadi dengan manusia sekarang???

Kanak-kanak 3 tahun "Didera, dirogol, diliwat"

Semalam ketika umi menonton berita Tv3,, hati umi tersentuh dengan berita dimana seorang budak berusia 3tahun telah didera,dirogol dan liwat oleh teman lelaki ibunya iaitu warga Afrika... Ya Allah begitu kejamnye...
Ibunye sanggup membuat pernyataan palsu dimana anaknya didera oleh pembantu rumah yang diupahnye bagi melindungi kesalahan teman lelaki nya... Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua,,, bagaimanapun siasatan polis siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.
Kenapa ya masih ada manusia zalim sebegini di atas muka bumi ini??? Tidak kesiankah wanita ini pada anaknya yang masih kecil??? Umi harap wanita ini dan teman lelaki nya yang tak berperikemanusian ini diberi hukuman mati...





Selasa

" Contest Unik & Anggun Bersama D'Nur Boutique"

Contest lagi... Kali ni bukan unutk baby tau tapi untuk mummy baby...
Contest ni dianjurkan oleh D'Nur Boutique...



Nak tau apa syarat-syaratnye... Jom tengok kat bawah...

1) Terbuka kepada kesemua pengunjung secara langsung & tak langsung, mengikuti, terjumpa atau terbaca blog saya ini ............ ( Pelanggan D'Nur Boutique satu bonus )

2) pastu link kan blog D'Nur Boutique kt bloglist korang...

3) mesti join followers D'Nur Boutique

4) Copy logo contest & letakkan kat sidebar blog korang bersama link D'Nur Boutique...

5) buat entry khas kt blog korang dengan tajuk"Contest Unik & Anggun Bersama D'Nur Boutique"....(tajuk nie jer yg diterima k)

6) letakkan gambar yg nak dipertandingkan...

7) lastly, tinggalkan komen anda semua di entry nie berserta nama penuh, alamat, no tpn, email


So gambar yang umi pertandingkan ialah;

''''

'''

''

'

" Contest Unik & Anggun Bersama D'Nur Boutique"





*** gambar ni umi tangkap masa dalam perjalanan balik kelantan...




Isnin

Iman dengan Walker...

Ish kenapala dalam 2 3 hari ni umi asyik teringatkan anak saudara umi yang berusia 7bulan... Dah sampai terbawak-bawak dalam mimpi... Aduh rindunye... belum anak sendiri lagi... kalo anak sendiri lagila rindu...nak balik tengok jauh sangat... perak nue... kalo takda aral melintang insyaallah sabtu nie umi balik kampung... Boleh tengok dia... Semalam ibunye ada hantar gambar Iman dalam walker baru beli... comey sangat... Ni umi sertakan gambarnye...


*** Ini gambar masa first day walker di beli... Cantik coz ada alat muzik...



*** Ini gambar hr kedua... alat muzik dah takda... ibu Iman buang coz Iman ketuk...



*** Gambar ni ibu dia ckp time mengamuk nak tido... comey sangat...

Contest -"Im Yours"

Contest -"Im Yours"


Assalammualaikum to all blogger... Kawan umi ada menganjurkan 1 contest sempena ulang tahun perkahwinannye yang ketiga & ulang tahun keliharan suami nye... Jadi sesiapa yang berminat bolehla baca syarat di bawah;
---


---


---


---
& add my link at your sidebar..


2.Haruslah Add Banner diats di sidebar & di Link-kn dgn


3.Buatkan satu entry bertajuk " Im Yours"
4.Just upload

a) Pic anda+suami (gmbar y paling romantik bg anda),

b) pic di hari p'kahwinan anda(pic y unik)

c)Pic suami anda (Pic b'sahaja, melucukan.dll)

(UP TO U nak pilih kategori a @ b @ c...@ ksemua ktegori.. )
5. Last, ceritakan serba sedikit perihal anda & suami anda/suami anda.. X perlu pnjang2... Just simple2 jer.

(cth: pgorbanan suami y xdpt anda lupakan, peristiwa romantik y xdpt dlupakn, k'istimewaan , kali ptama dilamar/mluahkan cinta dll)
~~ape2 sjer y tlintas dhati anda~~
6. Dah siap...just tgalkan link n3 anda di ruangan komen..

7. Tarikh pyertaan diterima 18.10.2009 - 26.11.2009 (4.45ptg)


-HADIAH MISTERI MENANTI ANDA-
( Hadiahnya dah di dalam fikiran...dirancang... Tp SURPRISEeeeeee)
- JURI YANG DIPILIH BUKAN DI KALANGAN BLOGGER, X TLIBAT DGN DUNIA BLOGGER...BARU ADIL KAN...-
Picture yang umi pertandingkan untuk contest nie ialah...
--




---




---

Contest " Im Yours"

Ini gambar untuk kategori (a)





*** Gambar ni diambil di majlis perkahwinan umi... gambar ni masa di dalam bilik...
(kira romantik kerana suami mendukung umi)


Bagi kategori (b) umi pertaruhkan gambar yang ini;






*** Ini gambar ditangkap masa hr perkahwinan umi...  Kira unik kerana pakai baju tradisi rakyat perak..


Khamis

Hampir Setahun Berlalu...

Tak sangka yea,,, pejam celik pejam celik dah hampir setahun umi berkahwin dengan suami... Tak sempat sambut anniversery yang pertama dah dapat baby... Alhamdulillah.. Umi bersyukur kepada Allah Taala kerana memanjangkan jodoh umi dengan suami... Walaupun pelbagai rintangan dan cubaan yang datang alhamdulillah umi dan suami dapat menempuh dengan sabar... Di sini umi selitkan gambar masa bertunang dan masa hr kenduri...
Umi sah menjadi isteri kepada Muhammad Hasry Hamat pada 22 January 2009, dan kenduri dibuat selang 2 hari selepas umi akad nikah... Ini gambar masa hari kenduri di rumah umi di Perak.




  • Inilah gambar pelamin umi yang di buat oleh pakcik umi sendiri...

  • Ini gambar first waktu pagi... Sorry gambar ni umi tak nk senyum langsung walaupun jurugambar suruh senyum... Kerana pagi kenduri telah terjadi pergaduhan antara umi dengan kakak... Kalo ikutkan hati mmg umi taknk langsung berganbar masa nie tapi memikirkan ibu umi,,, umi kuatkan juga semangat umi....






  • Ini gambar yang kedua... senyuman dah mula terukir walaupun mata masih nampak bengkak... nangis punya pasal....


  • Ini gambar paling suka... ala hindi plak... hehehe... kalo nk tau gambar nie diambil di belakang rumah umi je... bawah pokok buluh... nasib baik tak gatal kerana miang buluh









  • Ini gambar dengan pakaian Puteri Perak...






  • Ni gambar masa tunggu pihak lelaki sampai... masa nie tudung pun tak pakai lagi..










  • Inilah gambar umi dengan suami di atas pelamin...

Rabu

Budak Sekolah Zaman Sekarang...

Cerita nie umi dapat dari blog Ikan Stim... Tersenyum umi apabila membaca cerita yang ditulis... Rupanya ada lagi budak sekolah mcm nie zaman sekarang... hehehehe
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Selasa

Dunia Nak Kiamat...

Hari nie umi terbaca lagi cerita kes buang bayi yang sudah cukup sifat di hadapan masjid... Ya Allah apa nak jadi dengan manusia sekarang... dah tak kenal erti takut akan dosa dan akibat dari Allah...

Sayang sekali bayi tersebut telah meninggal dunia ketika ditemui... begitu senang mereka membunuh bayi yang tak berdosa... sepatutnye ibu bapa mereka yang patut mati bukan bayi itu... KEJAM!!!!
Inilah dikatakan dunia... Org yang tiada anak mahukan anak tak dapat,,, org yang taknak anak dapat dan org yang ada anak tak tau plak nk berterima kasih pada Allah malah membunuh plak... Allahhuakbar...
Sesekali umi terfikir,,, umi bersyukur kepada Allah akan kurnian zuriat kepada umi dan suami... Umi berjanji kepada Allah akan menjaga dengan sempurna... kerana ini adalah hadiah yang paling bermakna dr Allah...

*Ni lah gambar mayat bayi yang dibuang dihadapan masjid...

Kehamilan 32 Minggu


Berapa Besar Bayi Anda?

Pada minggu ini, berat bayi anda hampir 4 pon (1,8 kg). Panjang kepala ke bokong lebih dari 11,6 inci (29 cm), dan panjang total 18,9 inci (42 cm).
Berapa Besar Anda?

Pengukuran bagian atas rahim dari simfisis pubis sekitar 12,8 inci (32 cm). Pengukuran dari pusar anda ke bahagian atas rahim sekarang hampir 5 inci (12 cm).

*Sekarang kandungan umi dh 32minggu tapi baby tak duduk mcm dlm gambar di atas... terpasakla umi bersalin operate... Sedihnye

Jumaat

Tolong...


Semalam umi telah membuat medical checkup untuk memastikan bayi umi masih songsang(breech) atau dah duduk dlm keadaan normal.. Tapi hasil dr ultrasound yang umi lakukan baby umi masih breech... Jawapan doktor bg menakutkan umi coz suruh umi bersalin secara pembedahan... Ya Allah takutnye umi... kandungan umi dah memasuki 32 minggu,,,
boleh sesiapa bg pandangan sama ada umi perlu berjumpa bidan kampung unutk pusingkan baby atau biarkan baby pusing sendiri... Umi dalam delima kerana ibu suruh balik pusingkan baby tapi umi takut mencederakan baby...
Tolong yea bantu umi jikalau sapa2 yang pernah mengalami nasib seperti umi...

Khamis

Lagi Gambar Open House...






Hai.. ni gambar yang terbaru umi dapat masa open house hr tu... mari umi cerite sedikit tentang gambar tue...

  • Gambar yang atas sekali tue, gambar geng staff perempuan office umi, masa ni belum sedia lagi untuk bergambar tapi jurugambar dah tangkap..


  • Gambar bawah tue dh ready, dalam gambar nie 2 org je belum kawin... bju putih kuning tue dengan yang free hair...


  • yang nie gambar dengan Gm office umi... orgnye baik sgt.. Namanye En Rostam



  • Ini gambar semua staff tempat umi kerja.. Yang lelaki  2 org jugak blm kawin.. sorang yang berdiri di belakang bju biru dan sorang lg tidak hadir kan diri... Nak tau tak mna satu jurugambar semua gambar nie??? Yang bju oren tue.. berdiri hujung sekali...


  • Yang nie gambar CEO tempat umi bekerja.. masa nie dia tgh memberi ucapan... Nama dia Ir Zainudin A.Kadir


  • Ni gambar semua bos syarikat dan department bergambar dengan Tan Sri.. Org plg terhormat dlm syarikat umi


  • Yang nie gambar tgh mkn...Bru angkat muka tgk2 jurugambar dah ada depan...


Masalah - Masalah Sepanjang Kehamilan

1. Kehamilan Luar Rahim

Kehamilan yang berlaku di saluran falopian adalah merbahaya apabila ia mulai pecah dan merebak di dalam perut. Pendarahan yang banyak boleh membawa maut kepada si ibu. Golongan yang berisiko terdedah kepada kehamilan di luar rahim ialah terdiri daripada mereka yang mengandung kerap atau mandul, pernah menjalani pembedahan ke atas organ peranakan, pembedahan apendik atau usus, pernah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan pernah atau sedang menggunakan IUD.
2. Kehamilan Anggur
Ia berlaku disebabkan oleh pertumbuhan tisu placenta yang tidak normal dan membentuk seperti sejambak buah anggur. Salah satu simptomnya ialah, saiz perut ibu agak luar biasa dari sepatutnya. Pesakit juga mudah diserang tekanan serta tiroid. Pendarahan berlaku pada akhir trimester yang pertama, dan keluar seperti ketulan anggur. Hormon mengandung hCG juga akan meningkat. Kehamilan anggur perlu dibuang dengan kadar segera untuk mengelakkan pembentukan kanser atau "choricarcinoma"
3. Anemia

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah. Sel darah merah membawa oksigen kepada ibu dan anak yang dikandung. Anemia menjadikan seseorang itu mudah letih, nafas pendek, pucat, pening-pening dan lemah. Anemia berlaku kerana kekurangan zat besi yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk sel-sel darah merah. Wanita mengandung memerlukan dua kali ganda jumlah zat besi untuk pembentukan darah. Adalah susah untuk mendapatkan bekalan zat besi dari makanan atau yang sudah disimpan dalam tubuh, tambahan pula jika ibu mengamalkan diet yang tidak seimbang, mengandung kembar atau kerap hamil. Anemia perlu dirawat dan sekiranya jumlah darah terlalu rendah, pemindahan darah perlu dilakukan. Adakalanya ibu akan disarankan supaya bersalin awal kerana bayi akan mengalami kekurangan oksigen. Ceraian SALINDAH B1, berperanan untuk menambah paras hemoglobin darah dan membekalkan zat besi yang diperlukan oleh ibu dan anak yang dikandung.
4. CMV

Cytomegalovirus (CMV) merupakan sejenis virus dalam herpes virus. Simptom-simptom jangkitan ini termasuklah keletihan, demam dan gatal-gatal. Sekiranya wanita hamil menghidapi penyakit ini, mungkin akan menimbulkan kecatatan mental kongenital pada kandungannya seperti kerosakan otak, kecacatan dan masalah penglihatan atau pendengaran.
5. Eklampsia
Eklampsia timbul bersama-sama simptom pre-eklampsia, termasuklah kebengkakan, tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing. Si ibu juga akan mengalami sakit kepala, berpinar, muntah dan kesakitan bahagian abdomen. Sekiranya berlaku, si ibu perlu bersalin dengan kadar segera yang selalunya melalui pembedahan. Ia juga boleh berlaku beberapa minggu selepas melahirkan anak oleh ibu yang menghidapi pre-eklampsia. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan koma.
6. Keguguran

Kematian bayi 20 minggu sebelum tarikh bersalin dianggap sebagai keguguran. 10-25% kehamilan berakhir dengan keguguran. Jumlah ini mungkin lebih tinggi kerana keguguran berlaku sebelum ibu itu sendiri sedar bahawa dia sedang hamil. Lebih 75% keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan. Keguguran pada peringkat awal berlaku kerana bayi tidak dapat membesar seperti yang sepatutnya, faktor genetik serta persekitaran. Penggunaan dadah, alkohol, merokok, diabetes, tekanan darah tinggi dan jangkitan seperti toksoplasmosis, masalah pada placenta, uterus atau serviks juga boleh menyebabkan keguguran. Keguguran juga boleh berlkau kerana faktor usia, sukar untuk mengandung atau pernah berlakunya keguguran sebelum ini. Simptom-simptom keguguran termasuklah pendarahan dan sakit bahagian bawah abdomen. Sekiranya berserta dengan air mentuban, keguguran boleh berlaku dalam 24 jam.
7. Uri Lekang

Ia berlaku sama ada lekang sebahagian atau lekang kesemuanya sekali dari uterus. Kes ini berlaku satu bagi setiap 100 kehamilan. Ia merupakan kes yang serius kerana janin bergantung pada plasenta untuk bekalan oksigen dan makanan. Boleh membahayakan kesihatan ibu sekiranya berlaku pendarahan yang banyak. Pemindahan darah akan dibuat atau ibu akan disarankan bersalin awal. Simptom-simptom seperti turun darah merah terang dan sakit bahagian abdomen, pergerakan janin juga semakin lemah, rasa lembut disekeliling pinggang dan sakit bahagian bawah belakang. Faktor-faktor penyebab yang dikaitkan dengannya, antaranya ialah: tekanan darah tinggi, bentuk uterus yang abnormal, trauma, merokok dan penggunaan dadah terutamanya jenis kokaina.

8. Uri Ke Bawah

Placenta yang normal berkedudukan lebih tinggi dari uterus. Placenta atau uri ke bawah apabila ia berkeadaan uri tersebut turun ke bawah uterus, sama ada melitupi serviks atau separa menutupi serviks. Ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak berlaku sebelum ketika hendak bersalin. Ia dikaitkan dengan keadaan bayi yang telalu kecil atau berlaku pembesaran bayi yang tidak sempurna. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko menghadapi masalah uri ke bawah ini termsuklah pernah mengalami masalah uri ke bawah sebelum ini, mengandung kerap, pernah bersalin secara pembedahan dan berumur 35 tahun ke atas.
9. Kelahiran Pra Matang (Lahir Tak Cukup Bulan)

Kelahiran pra matang berlaku selepas minggu ke-20 dan sebelum minggu ke-37. sebanyak 7% bayi dilahirkan pra matang. Tanda dan simptom kelahiran pra matang termasuklah berlakunya kontraksi, sakit bahagian belakang, perubahan cairan vagina dan cirit-birit. Kelahiran pra matang berlaku disebabkan kebocoran membran pramasa, kelemahan serviks, mengandung kembar, keabnormalan uterus atau placenta, ibu merokok, pendarahan vagina, jangkitan atau penyakit sewaktu mengandung. Bayi pula selalunya kurang berat badan (kurang dari 5 1/2 paun), mengalami masalah pernafasan kerana pembentukan paru-paru yang tidak sempurna, berisiko mengalami masalah penglihatan, jantung serta kecacatan yang lain.

10. Masalah Serviks

Serviks akan terbuka dan menipis ketika ibu mengandung trimester yang kedua kerana serviks terlalu lemah untuk menahan berat bayi yang semakin membesar. Ini boleh menyebabkan kelahiran pra-matang atau berlaku keguguran. Komplikasi ini berlaku disebabkan faktor seperti biosip kun, keguguran atau kelahiran yang sukar sebelum ini. Risiko ini semakin meningkat sekiranya ibu yang hamil pernah memiliki sejarah masalah kelemahan selviks atau pernah mengalami keguguran sewaktu trimester kedua.

Rabu

Cerita Lawak,,,

  • Topup Rm10 Tahab Sebulan
Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..
Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..
Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..
Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.


2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901


3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.


4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902


5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;


<01234567891023> send to 09903


6) tak lama pastu diorg akn reply;

"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"
hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..
kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..

  • Loghat Mana Paling Munasabah
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:


"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):


"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate)
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

  • Papa & Mama
Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

  • Kisah Isteri Cemburu Tak Bertempat
Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.
Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi *** Lain kali jangan suruh anak yang kol... Janganla ada sifat cemburu buta




Sekitar Open House Syarikat...

Semalam iaitu 6 Oktober 2009, syarikat di mana tempat umi bekerja telah menganjurkan open house... best sangat... Dapat berkumpul ramai2... Umi bekerja dengan syarikat Tol... setakat Prolintas mempunyai 3 Tol dan 2 sudah operasi dan satu lagi insyallah tahun depan dalam bulan March(3) akan beroperasi... Di sini umi sertakan sedikit gambar sekitar majlis tersebut... Tak banyak sangat gambar coz guna handphone aje... Nanti bila dapat gambar yang lain umi upload lagi yea...


Ini gambar umi dengan staff tempat umi bekerja... umi yang tgh2 tu.. dah tembam sikit coz pregnant 7bulan.


Ini gambar member umi yang dh tak tahan lapar dan ngantuk.. jadi buat muka ceria... hehehehe


Ini gambar yang paling umi suka... penyanyi tu tiba2 je mari suruh kak hani menyanyi... apa lgi sesi tolak mikrofon pun bermula... hahaha... dan ada sorang lagi siap pusing keliling meja bila penyanyi tu kejar,


Masa ni dh time makan... itu gambar penari yang membuat persembahan... abaikan gambar org tgh makan tu tau...

Ini gambar penyanyi Fido dari singapura... Yang atas pentastue tau... sorry gambar tak jelas...

*** ini je dulu gambar umi letak... nanti kalo ada gambar lagi umi upload yea...

Tempat Menarik Di Sekitar Rumah Kampungku (part 2)

Kat Perak nie banyak tau lagi tempat menarik... banyak tempat bersejarah,,, tempat mandi-manda,,, tempat beribadat dan banyakla lagi tempat yang cantik untuk melancong...
  • Teluk Batik ; Teluk Batik terletak di daerah Lumut... Pantainya cantik... dan sesuai untuk berkelah dan melakukan aktiviti Family Day... Di sini juga disediakan resort untuk bermalam atau berkhemah aje kat tepi pantai... banyak kemudahan yang disediakan di sini...


(1) Pantai Teluk Batik


(2) Teluk batik Resort

  • Muzium ; Kat Perak terdapat banyak muzium yang boleh di lawati,,, Antaranya ialah;
(1) Muzium Darul Ridzuan terlatak di  Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh. Di bina pada tahun 1926








(2) Muzium Beruas terletak di Daerah Manjung...





(3) Kompleks Pasir Salak terletak kira-kira 80kilometer dr Ipoh, dan dirasmikan oleh oleh Raja Muda Nazrin Shah pada 26 Mei 1990...
bertujuan untuk memperingati peristiwa berdarah yang berlaku di sini...









(4) Muzium Diraja Kuala Kangsar( Istana Kayangan) terletak di Kuala Kangsar,.. Ia dibina pada tahun 1926...

  • Terdapat satu lagi tempat peranginan  iaitu Pulau Pangkor... Untuk pergi kesini kite perlu manaiki bot...Tempatnye pun cantik... Disini umi sertakan gambar sekitar Pulau Pangkor...



  • Di Perak juga terdapat banyak Gua dan Gunung yang boleh dilawati... Antara nama-nama Gua dan Gunung yang terdapat di Negeri perak ialah;(tak blh nk tulis semua.Banyak sangat nama gunung dan gua yang terdapat disini)
  1. Gua tempurung
  2. Gua Kandu
  3. Gunung Besar
  4. Gunung Biong

*** Yang ini sahaja umi dapat ceritakan,,, banyak lagi sebenarnye tempat menarik yang umi tak cerita... ada masa nanti umi ceritakan lagi yea... semua tempat menarik mengikut daerah yang terdapat di negeri Perak... Memang best kalo pergi semua tempat-tempat ini tau... Bye...